Wednesday, June 27, 2007

RTM Mahukan Skrip Lengkap

Ini prosedur baru RTM: Mulai sekarang syarikat penerbit drama TV dikehendaki menghantar skrip lengkap kepada RTM bagi dinilai sama ada RTM mahukan skrip itu ataupun tidak.

Sebelum ini, RTM hanya memerlukan sinopsis sahaja. Apabila sinopsis diterima, barulah penerbit mengarahkan penulis skrip menuliskan skrip lengkapnya.

Pada teorinya cara kerja baru ini membolehkan RTM menilai skrip lengkap dan dengan itu tidak ada risiko RTM menerima drama berkualiti buruk. Ini teorinya.

Apakah teori ini terbukti benar, itu hanya dapat dilihat apabila dasar baru ini sudah dilaksanakan.

Kualiti drama yang disiarkan oleh RTM bergantung kepada banyak faktor. Skrip hanyalah salah satu daripada faktor-faktor itu. Bagaimana pula dengan kawalan ke atas faktor-faktor lain.

Cara kerja baru RTM ini membebankan syarikat penerbit sebab proses mendapatkan manuskrip lengkap menjadi lebih sukar dan lebih mahal.

Bagi para penulis skrip, cara kerja baru ini tidak mempunyai daya motivasi yang tinggi. Tanpa jaminan skrip lengkap itu diterima oleh RTM, pertama, apakah faktor yang hendak mendorong penulis skrip menuliskan skrip lengkapnya.

Kedua, apakah yang dapat mendorong penulis menyerahkan skrip lengkapnya kepada syarikat penerbitan melainkan harga skrip itu dibayar sepenuhnya semasa skrip itu diserahkan.

Bagi syarikat penerbit pula, ia terpaksa membayar harga penuh bagi skrip-skrip yang belum tentu RTM luluskan.

Katakanlah, sesebuah penerbit hendak melesen novel PTS Kisah Satu Impian oleh Haslisa Ramli bagi dijadikan siri telenovela 10 episod. Kos menyediakan skrip lengkap bagi 10 episod itu tentulah mahal, sedangkan tiada jaminan ia akan diterima oleh RTM.

Tuan Meor Shariman mencadangkan, bagi menurunkan kos, syarikat penerbit boleh menggaji penulis skrip sepenuh masa, dan menurut beliau, langkah ini sudah pun dilakukan oleh syarikat yang tidak putus-putus membekalkan drama kepada RTM.

Cadangan Tuan Meor itu dapat dilakukan oleh syarikat-syarikat besar sahaja. Dengan membayar gaji, kos mendapatkan skrip dapat diturunkan.

Bagaimana pula dengan kualiti skrip, dan kualiti drama yang dihasilkan. Apakah kualiti kerja seni daripada orang yang dibayar gaji akan meningkat.

Tidakkah dengan cara kerja baru RTM ini, ia semakin menggalakkan amalan penerbit cuba berpakat-pakat dengan individu-individu yang berkuasa menilai, memilih dan meluluskan skrip?

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Skrip TV dan Filem
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Belajar Menulis Skrip Previous entry: Gosip Industri: Tan Sri Rashid Hussein Muncul Semula
jonos  on  06/28  at  01:10 AM

Inilah dia RTM….
——-

rastom  on  06/28  at  03:43 AM

Puan SifuPTS,

Mohon beri satu sebab kenapa PTS yang dinamik serta melambangkan suara kreatif baru mahu berurusan dengan seekor gergasi tua yang menternak banyak jerangkung di dalam almari? Hehehe….

Garu-garu kepala…

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/28  at  09:49 AM

Cara baru RTM ini adalah disebabkan oleh kualiti skrip tidak bermutu yang diterima setelah sinopsis atau treatment diluluskan.

Saya diberitahu oleh satu sumber, sebelum ini, RTM hanya menerima sinopsis lengkap dan treatment untuk diluluskan, sebelum skrip sepenuhnya ditulis.

Masalah yang dihadapi ialah, selepas sinopsis dan treatment diluluskan oleh RTM, skrip lengkap yang ditulis tidak menepati apa yang diluluskan. Dan RTM terpaksa juga membayar kerana kelulusan telah diberikan.

Maka itulah, untuk memastikan kualiti, RTM mengenakan syarat terbaru ini. Memang ia bakal membebankan syarikat produksi, malahan risiko tinggi bakal ditanggung oleh penulis skrip, kerana mereka tidak akan diberi bayaran penuh, sehinggalah RTM luluskan skrip tersebut.

Saya sendiri dalam tempoh sehari dua ini, telah menerima tawaran untuk menyiapkan 3 skrip telemovie dan satu skrip siri TV 13 episod, untuk RTM. Dan skrip2 ini, perlu dihantar ke RTM pada 19 Julai. Malangnya, saya terpaksa menolak kerana sudah mempunyai komitmen lain.

Apa yang ingin saya katakan ialah, di luar sana, banyak produksi yang sedang mencari penulis skrip. Risikonya ialah, penulis skrip terpaksa buat kerja dahulu dan tidak pasti jika mereka akan mendapat imbuhan ataupun tidak.

Kerana itulah, saya lebih fokus kepada penulisan skrip filem kerana ia kurang risiko (pada sayalah) dan bayarannya berbaloi.

Tuan Meor,
Isu drama RTM tidak berkualiti ini isu yang tidak telus. Macam-macam benar yang kita dengar…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.