Sunday, December 05, 2010

Rumah PENA = Rumah Ratapan Sasterawan Muda Melayu

Pada masa ini aktiviti sastera yang paling mendapat liputan dalam akhbar adalah majlis forum DOM (Dialog Anak Muda) yang dianjurkan oleh Persatuan Penulis Nasional (PENA) dan diadakan di Rumah PENA.

DOM menerima liputan baik dalam ruangan sastera akhbar Berita Harian dan Berita Minggu disebabkan termasuk dalam tenaga penggerak dan tulang belakang DOM adalah wartawan sastera dan budaya, Tn. Nazmi Yaakub.

Dari dahulu sampai sekarang, di mana sahaja diadakan majlis pertemuan orang sastera, suara-suara ratapan sasterawan kedengaran kuat dan terang. Sasterawan tua meratap-ratap, sasterawan muda pun meratap-ratap. Yang lelaki meratap, yang perempuan pun meratap. Tema ratapannya serupa sahaja. Yang itu, itu juga.

Buku-buku sastera adalah produk konsumer. Sebagaimana produk konsumer lain, buku-buku sastera perlu dipakejkan, dipromosi dan diedarkan, barulah ia sampai kepada kedai buku dan akhirnya karya itu sampai kepada pembeli.

Penerbit buku mencari makan dengan menjual buku kepada kedai buku. Kedai buku mencari makan dengan menjual buku kepada pembeli buku. Pembeli hanya akan membeli produk yang memenuhi keperluannya.

Sasterawan adalah golongan yang mempunyai bakat dan keupayaan menghasilkan buku-buku yang bermutu dan juga memenuhi keperluan pembaca buku. Penerbit dan kedai-kedai buku mahukan buku-buku yang bermutu tinggi dan laku keras.

Pada masa ini sudah ada sasterawan muda yang mampu melancong keluar negara, malah ke Eropah yang amat mahal itu, dengan menggunakan wang royaltinya, yakni tanpa menggunakan wang sponsor. Malah ada sasterawan yang mampu membina banglo besar dan membeli kereta dengan wang royalti.

Royalti mereka datang daripada hasil jualan dalam pasaran terbuka, bukan daripada projek KOMSAS. Pendapatan royalti mereka sama besarnya dengan pendapatan royalti penulis novel-novel popular, malah ada yang lebih tinggi. Golongan ini tidak kedengaran meratap-ratap.

Sudah sampai masanya penulis sastera mampu menikmati royalti yang banyak dan hidup selesa dengan menggunakan bakat mereka....

NOTA: Foto hiasan disalin daripada URL Facebook Tn. Nazmi Yaakub.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gaya Hidup Sasterawan Melayu Semakin Bergaya Previous entry: AHAD 19. 12. 2010 Kursus Percuma Bagaimana Membuka Kiosk Buku dalam Supermarket

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: