Monday, November 13, 2006

Sains & Matematik: Desas-desus Duit

Mula-mula kerajaan berjanji akan mengkaji dan menilai prestasi penggunaan bahasa Inggeris bagi pengajaran S&M pada tahun 2008.


Belum pun penilaian itu dijalankan, menteri berkata Malaysia akan mencontohi Brunei, yang mengajar S&M sekolah rendah dalam Bahasa Melayu, lalu ditukar kepada bahasa Inggeris di sekolah menengah.


Mengapa Brunei? Mengapa bukan German, Peranchis, Belanda, Denmark, Sweden, Norway, Austria, Switzerland, Belgium, Itali, Sepanyol, China, Jepun, Korea, Taiwan?


Pagi ini, Perdana Menteri pula membuat pengumuman S&M akan kekal diajar menggunakan bahasa Inggeris.


Yang peliknya, apabila dibantah oleh pejuang-pejuang bahasa Cina, Kementerian Pelajaran mengalah, lalu membenarkan sekolah-sekolah Cina mengajar S&M dalam bahasa Cina (dan dalam bahasa Inggeris dalam sesi kelas tambahan waktu petang sahaja).


Sekolah Melayu tak boleh! Mesti ajar dalam bahasa Inggeris sahaja!


Bukan setakat itu, atas bantahan pejuang-pejuang bahasa Cina, Kementerian Pelajaran sudah mengeluarkan surat rasmi membenarkan buku S&M untuk sekolah-sekolah Cina ditulis dalam bahasa Cina dan Inggeris.


Buku untuk sekolah Melayu mesti dalam bahasa Inggeris sahaja!


Ada desas-desus yang mengatakan alasan sebenar mengapa kerajaan sanggup tutup mata kepada fakta bahawa tiap-tiap tahun lebih 200 ribu pelajar mendapat markah D & E..... adalah ia melibatkan isu kontrak supply buku Inggeris yang berjuta-juta nilainya. Entah betul, entah tidak.


.


.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Isu Semasa
(14) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pemuda PAS Cabar Bahasa Inggeris di Mahkamah Tinggi Previous entry: Bahasa Inggeris dan Periuk Nasi Automatik
alang kelana  on  11/10  at  08:18 AM

Wow, bila nampak duit di depan mata, hilang segala tujuan asal perjuangan, hilang segala niat menjaga kepentingan anak bangsa…bila duit sudah bertakhta di mata dan bersultan di hati, apa lagi yang dapat mengubah pandangan…?
——-

jiwarasa  on  11/10  at  09:36 AM

Salam,

Kenapa bantahan pejuang bahasa Cina diterima?? Kerana mereka bantah betul-betul. Bukan bantah main-main. Kalau bantahan tidak dilayan, maknanya hilanglah sokongan dalam pilihanraya akan datang. Kepada mereka parti politik hanya alat bukan matlamat. Yang penting kepentingan bahasa dan bangsa tercapai.

Orang Cina sanggup korbankan parti Cina kerana perjuangkan kepentingan bangsa dan bahasa.
Orang Melayu sanggup korbankan kepentingan bangsa dan bahasa kerana perjuangkan parti melayu…

Beranikah pejuang bahasa Melayu membuang parti kerana kepentingan bahasa dan bangsa?

Faizul bin kamaruddin  on  11/10  at  09:36 AM

Duit pada asalnya hanyalah sekeping kertas kosong sahaja yang kemudiannya di cetak di atasnya nilai mata wang yang pelbagai jumlah. Nilai pada duit itu sebenarnya tidak bernilai kerana ia adalah kertas yang dicetak nilai mata wang. Sebab itu kena guna dinar emas, tidak kisah apa nilai pun yang diukir pada dinar emas itu kerana ia tetap bernilai apabila dicanai(betulkah perkataan ini) kerana ia aaslnya emas berbanding wang kertas yang asalnya kertas semata-mata.

rastom  on  11/10  at  10:42 AM

Badan Bahasa Melayu perlu contohi Dong Zhiao Zhong (organisasi pendidikan bahasa Cina). Belajarlah cara menggunakan kuasa kolektif demi survival bahasa.

Kang  on  11/10  at  12:14 PM

Memang betul—itulah puncanya. Tapi, juta-juta itu tak akan lesap jika bertukar kepada bahasa Melayu balik. Tetap ada juta-juta sebab anak-anak sekolah akan ‘dipaksa’ membeli buku yang tak diperlukan dan digunakan. Satu mata pelajaran sampai 4—5 buku (atau sampah) yang mesti dipikul ke sekolah setiap hari.

Kenyataan-kenyataan menteri memang pelik belaka. Sangat pelik. Menteri Melayu yang anti dengan Bahasa Melayu. Sama, saling tak tumpah dengan orang Islam yang anti Islam.

“Kita tak nak jadi jaguh kampungan…. bla, bla, bla…” Demikian kata TPM. Maknanya, Jepun, Korea, Taiwan, Thailand dan lain-lain negara Eropah adalah jaguh kampungan.

Kenapa jadi begini. Kalau tuntutan dari orang Cina segera ditunaikan (contohnya seperti yang Mbakyu kata dan masa penambahan kouta medik). Kalau tuntutan bangsa Melayu dipersenda-sendakan. Salah siapa? Salah kita sendiri sebab sebahagian kita berkata (dengan nada bodoh), “Ala… biarlah, asalkan kita dapat makan, kerja, sudahlah…” (Sama nilai dengan kehidupan seekor ayam). Berapa kerat sajakah yang bersungguh-sungguh berjuang mempertahankan Bahasa Melayu dibandingkan dengan orang yang berkata, “Ala biarlah…”

Kita mesti menarik seramai mungkin “ayam” menjadi pejuang. Setiap orang ada peranan masing-masing.

latip  on  11/10  at  12:22 PM

sakit hati betul dibuatnya….

sahrunizam  on  11/10  at  02:49 PM

elit penguasa Melayu sebenarnya tidak ikhlas dalam sepak terajang siasah negara.berbeza dengan ahli politik cina yang lebih jujur terhadap nasib bangsa mereka. apabila mereka perlu bersatu demi bangsa, mereka akan melakukan. percayalah mat rempit dan mat gian anak melayu pasti membiak subur kerana mereka kecewa dengan sukatan pelajaran yang kerap membingungkan

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/10  at  03:31 PM

umno perlu mewujudkan generasi melayu yang dungu supaya keujudan umno akan tetap relevan pada masa akan datang. persetankan nasib anak bangsa.

Faizul bin kamaruddin  on  11/10  at  04:37 PM

SAMPAI BILA KITA HENDAK BERSATU PADU…
TUNGGU TSUNAMI DATANG BARU HENDAK SEDARKAH?

Faizul bin kamaruddin  on  11/10  at  04:39 PM

MAKSUD SAYA BILA LAGI KITA SEMUA HENDAK SEPENDAPAT…
BILA! PENINGLAH MACAMNIH,

NANTI REMAJA SATU MALAYSIA MEMBERONTAK MACAMANA!

rastom  on  11/10  at  05:04 PM

memberontak itu boleh saja, tapi mestilah ada sebab sebabnya dan sasaran serta matalamatnya. mara mesti bersebab.

dingin  on  11/10  at  05:40 PM

buatlah persatuan blogger melayu

hik

alang kelana  on  11/10  at  08:12 PM

Adakah bernakna Melayu akan semakin layu…???!!!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/11  at  11:56 AM

Kasihan para pelajar dr kawasan luar bandar. Hilang minat dan semangat nak belajar matematik dan sains dan sekaligus tidak berminat juga untuk mempelajari bhs Inggeris. Kasihan juga dengan para guru yang tak henti-henti menerima tohmahan kononnya kurang bersungguh dan tidak kreatif dalam usaha mengajar anak-anak ini. Mengapa pihak kerajaan tidak mahu mengakui bhw ramai anak-anak di kawasan luar bandar yang gagal dalam Mate & sains ni? Dah banyak kajian yang dilakukan, masih nak menafikan juga. Bimbang juga bila guru “fed-up” mengajar, murid lagilah tak mahu belajar. Siapa yang rugi?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: