Sajak-sajak Cinta Mya Marja
ENGKAUKAH YANG MEMANGGIL NAMAKU
Mya Marja
Engkaukah yang melaung
memanggil namaku di gurun sepi
yang dengungnya menerjah
dan menggetarkan sukma
Atau akukah yang keliru
terdengar-dengar jeritan hati sendiri
setelah kauterbang jauh
bersayap emas setinggi awan
membawa cinta
mengukir bahagia bersama si dia
DAKUKAH YANG DIKAU DAMBA
Mya Marja
Dakukah yang dikau damba
seorang lelaki pengutip kata berharga
pengatur langkah yang cuba mencapai harga diri
dan belajar terbang dengan sayap angan
bagi mencapai bintang nan bersinar terang
Andai daku yang dikau damba
hembusi daku dengan kata suci saktimu
agar segera daku berdiri
agar segera daku berlari
agar segera daku datang
Akan kubawa dikau bersama
ke puncak bahagia menuju redhaNya.
KUINGIN BERTEDUH DENGANMU
Mya Marja
Kuingin berteduh denganmu
di bawah teduhan iman
bersama mekar zaman
kita jalinkan mesra ikatan
dengan hati bersih
mereda segala rintih.
Di bawah teduhan itu
kita segarkan semerbak kasih
bertaut pada Yang Maha Kasih
dengan putih kata nan mengalir redha
dan kalimah fatanah menggema jiwa
mematang tindak
menggetar rasa syahdu rindu
kepada pemberi segala syahdu.
Kunantikan saatnya berteduh bersamamu
bersyurga jiwa di taman bahagia.
APABILA KENANGAN DATANG
Mya Marja
Saat kenangan silam menyerang
aku tertikam bilah rindu dan kasih
yang berpusar-pusar di lubuk hati
bersama butir zikir dan tasbih
yang pernah kauhadiahkan.
Masa lalu itu adalah manis madu
saat kenangan datang
yang kuhirup cuma sakarnya
kerana dirimu telah pergi jauh
meninggalkan aku dengan kenangan.
MIMPI RINDU
Mya Marja
Rinduku tergantung
di langit malam sampai dinihari
Semalam dikau berpesan:
Carilah daku di langit itu
kala gelap semakin pekat
dan dingin menggigit
ke tulang!
Mungkinkah daku bermimpi kala jagaku
merindui dikau dalam mimpi rindu.
RINDU SEPI
Mya Marja
Tika rindu menerpa
berbisiklah dengan lafaz alunan kalimah
kata suci
ayat demi ayat
surah demi surah.
Tika sepi menyerang
bersunyilah menyendiri hingga terbit air mata
keinsafan
kerinduan nan dalam
pada rindu yang abadi.
Kekasih,
kata keramatmu itu abadi kuhayati.
(kr) SENTUHANMU
Mya Marja
Sentuhi daku dengan kasihmu
beralaskan selendang warisan iman
yang harum berzaman.
Sentuhi daku dengan makrifat
bahasa suci tenang bergema
tika sepi menerjah ke hati.
Sentuhilah daku
dengan lembut tanganmu
pabila dikau sah menjadi milikku.
RINDU SUNYI
Mya Marja
Sunyi bergetaran
di pelosok hati nan dalam
jauh terkenang
cinta semalam
dalam debar
dalam fikir
dalam tafsir
betapa sunyi yang dianugerahkan
memberi ruang akalku kembali
kepada Yang Maha Satu
saat langkah semakin jauh
dirimu entah di mana
sendirian aku membaca takdir
sujud berserah mengadu rindu
pada Kau Yang Maha Satu.
SAAT DIKAU KUABAIKAN
Mya Marja
Saat dikau kuabaikan
betapa akal budi seakan mati
mengejar alunan fatamorgana
akhirnya kakiku longlai
hati merana
Maafkan daku kekasih
kerana meninggalkanmu
Kembalilah padaku kekasih
mengalun lagu syahdu
dalam irama fikir dan zikir
memuji-muji keagunganNya
bersama kita alunkan zikir rindu
mengharap kasih dan redhaNya
Usah diturut rasa hati
yang terluka kerana cinta
yang pernah kutinggalkan.
TERIMA KASIH MEMBERIKAN AKU CINTA
Mya Marja
Terima kasih
kerana pernah memberikan aku cinta
dalam sejalur waktu yang kelam
kausuluh terang segala suram.
Terima kasih
kerana cintamu adalah kata berjiwa
yang kauatur sopan tanpa bujukan
tanpa bicara berdepan mata
hanya terutus di angin lalu
mesra menyapa hati yang beku
menyubur rasa yang lama layu.
Terima kasih
kerana cintamu telah reput dalam ingatan
setelah sekian lama kautinggalkan.
INI JALAN YANG KUPILIH
Mya Marja
Aku tidak mahu merintih
mengharap lagi belas kasih
daripada hatimu yang sentiasa memberi
kerana aku tahu cinta bukan meminta
tetapi memberi.
Ini jalan yang kupilih.
Pabila engkau meminta aku melupakanmu
inilah saatnya aku memberi
suatu kerelaan dalam paksa
bagai memberi seluruh nafasku
dan aku tercungap kelemasan
saat engkau kulepaskan
dari hati dan dari bibir
sendiri aku mendakap takdir.
RATIB SEDIH
Mya Marja
Kata akhirmu itu
adalah ratib sedih
yang bertahun kauhimpun
gemanya menggetarkan jantung dan hati
aku yang mencari jati diri dan akar berumbi
untuk ku terus berdiri dengan nama sendiri
pada medan harum yang kita susuri bersama
Itulah sebaris kenangan
yang kautinggalkan
hanyalah wangi
selendang suteramu
kusimpan dalam kalbu.
MAHLIGAI DAMAI DI KOTA KETENANGAN
Mya Marja
Telah kusiapkan mahligai damai
di kota ketenangan ini
untukmu dambaan hati
yang pernah menyapaku lalu pergi
tanpa kata ataupun salam akhir
kubaca redha sekalian takdir
dan kunanti dikau hadir.
Di mahligai damai ini
daku hiasi cahaya indah
gemerlap kota ketenangan
yang kubina dengan keringat sabar
bersama penantian pada makna takdir
menanti dikau datang lagi
bersama kita ratibkan rindu kepadaNya.
SEKUNTUM SENYUM KEPADA KENANGAN
Mya Marja
Senyum ini makin menguntum
pada kenangan yang kusimpan
dalam diam menyubur pohon diri
yang dahulu layu tidak bersiram.
Kasihmu itu bagai embun pagi
segar dinginnya memberiku damai
dan semangat makin bernyawa
lalu kuhembus nafas derita
dan kuhirup hikmah katamu
mencari diriku semula.
Senyum ini masih menguntum
kerana sekali engkau memberi cinta
tetap tersemat harumnya
walaupun kini aku terluka
kautinggalkan.
GADIS UNGGUL
Mya Marja
Engkau masih unggul
dalam berdiri berbudi
santun sopanmu masih kejap beradab
biarpun luka masih berbisa.
Engkau terus unggul
dalam duduk tawaduk
bermanis muka berlurus akal
erat tersemat
dalam bicaramu terpancar ilmu
biarpun dalam berduka.
Engkau gadis tabah
tenang meski dalam susah
setiap keluh kesah
engkau mengadu kepada Allah.
SELEMBAR TAKDIR KASIH
Mya Marja
Dapatkah dibaca cerita kasih suci
dan onak cinta berduri
pada selembar takdir
yang kejap menjadi rahsia.
Kita pelakon cerita cuma
memegang watak tersedia
dan bertukar rupa menurut akal
berpentas kita mencari bekal.
Mengapa harus berduka
pada selembar takdir kasih
yang menyimpang dari jiwa
dan menusuk seribu luka.
Kita ini pelakon cerita
hayati watak diberi
menuju haluan dengan pedoman
berpandu akal dan iman.
BUKAN SEMUDAHNYA KULAFAZKAN CINTA
Mya Marja
Andai hati tidak terpegun
dan tersentuh
melihat teguh kasihmu kepada Ilahi
bukan semudah itu kulafazkan cinta.
Bukan kata berbenang dusta
yang kusulamkan untukmu
tetapi sentuhan hati pada hamparan harap
kusulam corak bunga kasih
putih bersih kusiapkan untukmu.
Pada rela sebuah kerelaan
adalah izin pasti kunantikan
membuka rahsia dalam rahsia
tegakkan semula teguh percayamu
pada cinta yang kulafazkan
lambang hati melaut kasih
kepadamu.
KUSUSUN KATA INDAHMU
Mya Marja
Kata indahmu
mesra meruap hati
mengalir ke jiwa
menambat rasa
segala luka pun hilang.
Kata indahmu itu
menjadi nasyid syahdu
memekar murni hasrat
berbaur sesuci kasih
menghalau dendam pedih
teralun semerbak mendamai lara
teman perjalanan mengharap syurgaNya.
Kususun kata indahmu
menjadi puisi cinta
berbingkai dua jiwa
memukim sejahtera.
DI SATU SUDUT HATI
Mya Marja
Di sudut hati ini
kusediakan taman buatmu
untuk kauhiasi
dengan seni kasih dan harum kalimah
bermunajat seribu restu Yang Maha Satu.
Di sudut hati ini
yang singgah bayu sepi cuma
dan dingin rindu tanpa sapaan
gema suaramu tidak juga hadir
mengusir sepi bersarang bertahun.
Daku mencari tafsir
pada bahasa diammu
yang kaukirim di angin lalu
menitip pesan akhir:
Kau dan aku tidak mungkin bersatu
berdua dalam selembar takdir!
ALUNKAN CINTAMU
Mya Marja
Kala gelora cinta menghempas
di tepian duga
tanpa kenal luhur murni hati
tidak bertepi kepada setia
menggoyahkan yakin.
Alunkan semula cintamu
mengharap restu Yang Maha Satu
meneguh janji abadi
pada destinasi pasti
nantikan gamitan sinar
memberi cinta sebenar.
Kembanglah dikau
semekar bunga pagi
dielus segar bayu
menghembus taman indah
taman jiwamu.
LUKA RINDUKU SEMAKIN DALAM
Mya Marja
Semakin aku menghindar kenangan
dan harum mawar yang kautinggalkan
di kotak akal di ruang fikir
semakin ia hadir
bagai deru air membuih
menyapa pantai hati sepi
bersama desir zikir
perlahan menghembus
berlagu seperti yang dahulu
pernah kaudendangkan.
Kutinggalkan sepantai kenangan
dan mendaki memburu erti
pada sebuah ketetapan
sembunyi dan zahir di mata fikir
yang kutemui cuma wajahmu
tunduk suci bagai dahulu
berterbangan bersama kenangan.
Di puncak sepi ini
wajah kenangan dan harum mawar
hadir silih berganti
walau sekian lama kaupergi
terkapai aku diulit persoalan
dan luka rindu semakin mendalam.
USAH DIKAU MENANGIS LAGI
Mya Marja
Aku tidak ingin
melihat dikau menangis
dihujani kata puji janji
namun dusta kauterima
dilontari kata keji
lalu ditinggal pergi.
Usah dikau menangis lagi
berendam air mata
membasuh luka sendirian
dek hujan dan lontaran kata
si dia pendusta.
Sapulah air mata
usah biar mengalir
atur langkah gagah
namun penuh hemah.
Dikaulah gadis tabah
usirlah segala keji tohmah
yang hadir bertujah-tujah.
DUYUNG SAKTI
Mya Marja
Andai engkau duyung
berenanglah
ke laut luas
indah pandangnya
banyak mimpinya.
Usah engkau renangi
sungai gelora
nan deras airnya
terkadang hanyir baunya.
Renangi laut luasmu
kerana gelombang laut
lebih memujuk
hati nan rajuk.
MEMUKIM SEJAHTERA
Mya Marja
Kata indahmu
mesra meruap hati
mengalir ke jiwa
menambat rasa
segala luka pun hilang.
Kata indahmu itu
menjadi nasyid syahdu
memekar murni hasrat
berbaur sesuci kasih
menghalau dendam pedih
teralun semerbak mendamai lara
teman perjalanan mengharap syurgaNya.
Kususun kata indahmu
menjadi puisi cinta
berbingkai dua jiwa
memukim sejahtera.
PADAMKAN API CEMBURUMU
Mya Marja
Usah kaubakar
mahligai bahagia
dengan api cemburumu
yang meranap segala.
Cemburu kerana Allah
meningkat ketakwaan
amalan kian berkesan
namun cemburu butamu
tidak kausandar di tiang iman
hanya mendengar bisikan hitam
kauwarnakan dengan hati kelam.
Padamkan api itu
sebelum membakar haluan
kembali kita beriring jalan.
DAKU PASRAH MENANTI JANJI
Mya Marja
Tinggalkan aku sendiri
pada detik seketika
kerana kuingin menghitung janji
yang engkau lafaz dahulu
menjadi janji rindu
yang kudakap rela
kepada rindu nan abadi.
Pada detik nan seketika
kupilinkan janji rindu
dengan setia bicara iman
yang bernur di lubuk hati
perkasa jiwa kerananya.
Pada detik ini
pasrah kunanti janji
ke hadrat Ilahi
dalam sujud berserah diri.
KULIHAT TAMAN FIRDAUSI PADA WAJAHMU
Mya Marja
Wajahmu yang berseri
mengalun rinduku
pada sujud dinihari
pada takbir tahmid memuji Ilahi.
Dari sorotan matamu
pesona dirimu dipandang
bagai ada taman firdausi di dalamnya
yang terbentang hijau
beraliran sungai jernih dan dingin
menyegarkan.
Dalam mekar senyummu terukir di bibir
tidak lupa pada ucap zikir diam dan zahir.
Semanis senyum kaulempar
menyubur hati nan rawan
tenang kembali jiwa nan bergelora
menggamit kembali rasa rindu kasihNya.
Dalam gerak batin dan zahir
tersusun indah lenggok imanmu
wangian syurga jua yang kaurindui
mataku asyik menari-nari
pesona melihat kau masih berdiri
dalam ruang istiqomah puji dan puja
mengabdi diri kepadaNya.
SELEMPANGKAN SELENDANG SUTERAMU
Mya Marja
Sehelai selendang sutera
wangi harumnya tidak hilang
walau ditelan zaman
Lembutmu sutera
menjadi temanmu wanita
yang tunduk pandangnya
yang tawaduk pekertinya
yang luhur budinya
yang molek tuturnya
Alun suara puji-pujian yang terdendang
bersama sehelai suteramu
masih wangi
malam dan siang
pujian pada Yang Maha Memberi
Wangimu sutera terus semerbak
walau dek panas mentari
dan hujan menimpa bumi
Kepadamu wanita
pemilik selendang sutera
selempangkan selendangmu
hingga nafas ditutup bumi.
TEGAKKAN KEMBALI HARGA DIRIMU
Mya Marja
Pada pasrah kali ini
perlukah dikau menangis lagi
setelah ribuan tangis
kaukumpul di lorong hidupmu
bersama serpihan kasih
yang tidak berbaki
kau merintih sendiri.
Pada pasrah kali ini
tegakkan kembali harga dirimu
yang diinjak janji kosong
hanya bersulam harapan palsu
bertopeng indah.
Pasrahkan jiwamu
dalam berkasih
kepada Pemberi
segala bahagia.
HENTIKAN TANGISMU ITU
Mya Marja
Rindu yang kaukepung
memercik tangis di wajah
jalur harap bertukar angan
bahagia idaman tinggal kenangan
saat wangi kasih
jauh menyisih.
Hentikan tangismu
sebelum menjadi sungai gelora
dan melimpah ke tebing
memusnah sebendang sabar
dan batas tawakal.
Rawat dukamu
dengan jalinan mimpi baru
dengan wangi kasih tuhan
nan segar dingin
bersama pedoman iman
teguh yakin.
KUBERIKAN CINTAKU
Mya Marja
Kuberikan cintaku
sewaktu dikau ditinggal derita
bilah tajam masih menusuk
di jiwa bersendu lara.
Langkahkan kakimu
tanpa goyah dan sangsi
depani realiti
tanpa bujukan mimpi
kaumampu berdiri
menongkah badai derita
mencipta bahagia.
Kuberikan cintaku
sewaktu derita kian menjauh
pada langkah keduamu
kaususun percaya
menanti setiaku
di hujung doa.
.
.
Mya Marja
Engkaukah yang melaung
memanggil namaku di gurun sepi
yang dengungnya menerjah
dan menggetarkan sukma
Atau akukah yang keliru
terdengar-dengar jeritan hati sendiri
setelah kauterbang jauh
bersayap emas setinggi awan
membawa cinta
mengukir bahagia bersama si dia
DAKUKAH YANG DIKAU DAMBA
Mya Marja
Dakukah yang dikau damba
seorang lelaki pengutip kata berharga
pengatur langkah yang cuba mencapai harga diri
dan belajar terbang dengan sayap angan
bagi mencapai bintang nan bersinar terang
Andai daku yang dikau damba
hembusi daku dengan kata suci saktimu
agar segera daku berdiri
agar segera daku berlari
agar segera daku datang
Akan kubawa dikau bersama
ke puncak bahagia menuju redhaNya.
KUINGIN BERTEDUH DENGANMU
Mya Marja
Kuingin berteduh denganmu
di bawah teduhan iman
bersama mekar zaman
kita jalinkan mesra ikatan
dengan hati bersih
mereda segala rintih.
Di bawah teduhan itu
kita segarkan semerbak kasih
bertaut pada Yang Maha Kasih
dengan putih kata nan mengalir redha
dan kalimah fatanah menggema jiwa
mematang tindak
menggetar rasa syahdu rindu
kepada pemberi segala syahdu.
Kunantikan saatnya berteduh bersamamu
bersyurga jiwa di taman bahagia.
APABILA KENANGAN DATANG
Mya Marja
Saat kenangan silam menyerang
aku tertikam bilah rindu dan kasih
yang berpusar-pusar di lubuk hati
bersama butir zikir dan tasbih
yang pernah kauhadiahkan.
Masa lalu itu adalah manis madu
saat kenangan datang
yang kuhirup cuma sakarnya
kerana dirimu telah pergi jauh
meninggalkan aku dengan kenangan.
MIMPI RINDU
Mya Marja
Rinduku tergantung
di langit malam sampai dinihari
Semalam dikau berpesan:
Carilah daku di langit itu
kala gelap semakin pekat
dan dingin menggigit
ke tulang!
Mungkinkah daku bermimpi kala jagaku
merindui dikau dalam mimpi rindu.
RINDU SEPI
Mya Marja
Tika rindu menerpa
berbisiklah dengan lafaz alunan kalimah
kata suci
ayat demi ayat
surah demi surah.
Tika sepi menyerang
bersunyilah menyendiri hingga terbit air mata
keinsafan
kerinduan nan dalam
pada rindu yang abadi.
Kekasih,
kata keramatmu itu abadi kuhayati.
(kr) SENTUHANMU
Mya Marja
Sentuhi daku dengan kasihmu
beralaskan selendang warisan iman
yang harum berzaman.
Sentuhi daku dengan makrifat
bahasa suci tenang bergema
tika sepi menerjah ke hati.
Sentuhilah daku
dengan lembut tanganmu
pabila dikau sah menjadi milikku.
RINDU SUNYI
Mya Marja
Sunyi bergetaran
di pelosok hati nan dalam
jauh terkenang
cinta semalam
dalam debar
dalam fikir
dalam tafsir
betapa sunyi yang dianugerahkan
memberi ruang akalku kembali
kepada Yang Maha Satu
saat langkah semakin jauh
dirimu entah di mana
sendirian aku membaca takdir
sujud berserah mengadu rindu
pada Kau Yang Maha Satu.
SAAT DIKAU KUABAIKAN
Mya Marja
Saat dikau kuabaikan
betapa akal budi seakan mati
mengejar alunan fatamorgana
akhirnya kakiku longlai
hati merana
Maafkan daku kekasih
kerana meninggalkanmu
Kembalilah padaku kekasih
mengalun lagu syahdu
dalam irama fikir dan zikir
memuji-muji keagunganNya
bersama kita alunkan zikir rindu
mengharap kasih dan redhaNya
Usah diturut rasa hati
yang terluka kerana cinta
yang pernah kutinggalkan.
TERIMA KASIH MEMBERIKAN AKU CINTA
Mya Marja
Terima kasih
kerana pernah memberikan aku cinta
dalam sejalur waktu yang kelam
kausuluh terang segala suram.
Terima kasih
kerana cintamu adalah kata berjiwa
yang kauatur sopan tanpa bujukan
tanpa bicara berdepan mata
hanya terutus di angin lalu
mesra menyapa hati yang beku
menyubur rasa yang lama layu.
Terima kasih
kerana cintamu telah reput dalam ingatan
setelah sekian lama kautinggalkan.
INI JALAN YANG KUPILIH
Mya Marja
Aku tidak mahu merintih
mengharap lagi belas kasih
daripada hatimu yang sentiasa memberi
kerana aku tahu cinta bukan meminta
tetapi memberi.
Ini jalan yang kupilih.
Pabila engkau meminta aku melupakanmu
inilah saatnya aku memberi
suatu kerelaan dalam paksa
bagai memberi seluruh nafasku
dan aku tercungap kelemasan
saat engkau kulepaskan
dari hati dan dari bibir
sendiri aku mendakap takdir.
RATIB SEDIH
Mya Marja
Kata akhirmu itu
adalah ratib sedih
yang bertahun kauhimpun
gemanya menggetarkan jantung dan hati
aku yang mencari jati diri dan akar berumbi
untuk ku terus berdiri dengan nama sendiri
pada medan harum yang kita susuri bersama
Itulah sebaris kenangan
yang kautinggalkan
hanyalah wangi
selendang suteramu
kusimpan dalam kalbu.
MAHLIGAI DAMAI DI KOTA KETENANGAN
Mya Marja
Telah kusiapkan mahligai damai
di kota ketenangan ini
untukmu dambaan hati
yang pernah menyapaku lalu pergi
tanpa kata ataupun salam akhir
kubaca redha sekalian takdir
dan kunanti dikau hadir.
Di mahligai damai ini
daku hiasi cahaya indah
gemerlap kota ketenangan
yang kubina dengan keringat sabar
bersama penantian pada makna takdir
menanti dikau datang lagi
bersama kita ratibkan rindu kepadaNya.
SEKUNTUM SENYUM KEPADA KENANGAN
Mya Marja
Senyum ini makin menguntum
pada kenangan yang kusimpan
dalam diam menyubur pohon diri
yang dahulu layu tidak bersiram.
Kasihmu itu bagai embun pagi
segar dinginnya memberiku damai
dan semangat makin bernyawa
lalu kuhembus nafas derita
dan kuhirup hikmah katamu
mencari diriku semula.
Senyum ini masih menguntum
kerana sekali engkau memberi cinta
tetap tersemat harumnya
walaupun kini aku terluka
kautinggalkan.
GADIS UNGGUL
Mya Marja
Engkau masih unggul
dalam berdiri berbudi
santun sopanmu masih kejap beradab
biarpun luka masih berbisa.
Engkau terus unggul
dalam duduk tawaduk
bermanis muka berlurus akal
erat tersemat
dalam bicaramu terpancar ilmu
biarpun dalam berduka.
Engkau gadis tabah
tenang meski dalam susah
setiap keluh kesah
engkau mengadu kepada Allah.
SELEMBAR TAKDIR KASIH
Mya Marja
Dapatkah dibaca cerita kasih suci
dan onak cinta berduri
pada selembar takdir
yang kejap menjadi rahsia.
Kita pelakon cerita cuma
memegang watak tersedia
dan bertukar rupa menurut akal
berpentas kita mencari bekal.
Mengapa harus berduka
pada selembar takdir kasih
yang menyimpang dari jiwa
dan menusuk seribu luka.
Kita ini pelakon cerita
hayati watak diberi
menuju haluan dengan pedoman
berpandu akal dan iman.
BUKAN SEMUDAHNYA KULAFAZKAN CINTA
Mya Marja
Andai hati tidak terpegun
dan tersentuh
melihat teguh kasihmu kepada Ilahi
bukan semudah itu kulafazkan cinta.
Bukan kata berbenang dusta
yang kusulamkan untukmu
tetapi sentuhan hati pada hamparan harap
kusulam corak bunga kasih
putih bersih kusiapkan untukmu.
Pada rela sebuah kerelaan
adalah izin pasti kunantikan
membuka rahsia dalam rahsia
tegakkan semula teguh percayamu
pada cinta yang kulafazkan
lambang hati melaut kasih
kepadamu.
KUSUSUN KATA INDAHMU
Mya Marja
Kata indahmu
mesra meruap hati
mengalir ke jiwa
menambat rasa
segala luka pun hilang.
Kata indahmu itu
menjadi nasyid syahdu
memekar murni hasrat
berbaur sesuci kasih
menghalau dendam pedih
teralun semerbak mendamai lara
teman perjalanan mengharap syurgaNya.
Kususun kata indahmu
menjadi puisi cinta
berbingkai dua jiwa
memukim sejahtera.
DI SATU SUDUT HATI
Mya Marja
Di sudut hati ini
kusediakan taman buatmu
untuk kauhiasi
dengan seni kasih dan harum kalimah
bermunajat seribu restu Yang Maha Satu.
Di sudut hati ini
yang singgah bayu sepi cuma
dan dingin rindu tanpa sapaan
gema suaramu tidak juga hadir
mengusir sepi bersarang bertahun.
Daku mencari tafsir
pada bahasa diammu
yang kaukirim di angin lalu
menitip pesan akhir:
Kau dan aku tidak mungkin bersatu
berdua dalam selembar takdir!
ALUNKAN CINTAMU
Mya Marja
Kala gelora cinta menghempas
di tepian duga
tanpa kenal luhur murni hati
tidak bertepi kepada setia
menggoyahkan yakin.
Alunkan semula cintamu
mengharap restu Yang Maha Satu
meneguh janji abadi
pada destinasi pasti
nantikan gamitan sinar
memberi cinta sebenar.
Kembanglah dikau
semekar bunga pagi
dielus segar bayu
menghembus taman indah
taman jiwamu.
LUKA RINDUKU SEMAKIN DALAM
Mya Marja
Semakin aku menghindar kenangan
dan harum mawar yang kautinggalkan
di kotak akal di ruang fikir
semakin ia hadir
bagai deru air membuih
menyapa pantai hati sepi
bersama desir zikir
perlahan menghembus
berlagu seperti yang dahulu
pernah kaudendangkan.
Kutinggalkan sepantai kenangan
dan mendaki memburu erti
pada sebuah ketetapan
sembunyi dan zahir di mata fikir
yang kutemui cuma wajahmu
tunduk suci bagai dahulu
berterbangan bersama kenangan.
Di puncak sepi ini
wajah kenangan dan harum mawar
hadir silih berganti
walau sekian lama kaupergi
terkapai aku diulit persoalan
dan luka rindu semakin mendalam.
USAH DIKAU MENANGIS LAGI
Mya Marja
Aku tidak ingin
melihat dikau menangis
dihujani kata puji janji
namun dusta kauterima
dilontari kata keji
lalu ditinggal pergi.
Usah dikau menangis lagi
berendam air mata
membasuh luka sendirian
dek hujan dan lontaran kata
si dia pendusta.
Sapulah air mata
usah biar mengalir
atur langkah gagah
namun penuh hemah.
Dikaulah gadis tabah
usirlah segala keji tohmah
yang hadir bertujah-tujah.
DUYUNG SAKTI
Mya Marja
Andai engkau duyung
berenanglah
ke laut luas
indah pandangnya
banyak mimpinya.
Usah engkau renangi
sungai gelora
nan deras airnya
terkadang hanyir baunya.
Renangi laut luasmu
kerana gelombang laut
lebih memujuk
hati nan rajuk.
MEMUKIM SEJAHTERA
Mya Marja
Kata indahmu
mesra meruap hati
mengalir ke jiwa
menambat rasa
segala luka pun hilang.
Kata indahmu itu
menjadi nasyid syahdu
memekar murni hasrat
berbaur sesuci kasih
menghalau dendam pedih
teralun semerbak mendamai lara
teman perjalanan mengharap syurgaNya.
Kususun kata indahmu
menjadi puisi cinta
berbingkai dua jiwa
memukim sejahtera.
PADAMKAN API CEMBURUMU
Mya Marja
Usah kaubakar
mahligai bahagia
dengan api cemburumu
yang meranap segala.
Cemburu kerana Allah
meningkat ketakwaan
amalan kian berkesan
namun cemburu butamu
tidak kausandar di tiang iman
hanya mendengar bisikan hitam
kauwarnakan dengan hati kelam.
Padamkan api itu
sebelum membakar haluan
kembali kita beriring jalan.
DAKU PASRAH MENANTI JANJI
Mya Marja
Tinggalkan aku sendiri
pada detik seketika
kerana kuingin menghitung janji
yang engkau lafaz dahulu
menjadi janji rindu
yang kudakap rela
kepada rindu nan abadi.
Pada detik nan seketika
kupilinkan janji rindu
dengan setia bicara iman
yang bernur di lubuk hati
perkasa jiwa kerananya.
Pada detik ini
pasrah kunanti janji
ke hadrat Ilahi
dalam sujud berserah diri.
KULIHAT TAMAN FIRDAUSI PADA WAJAHMU
Mya Marja
Wajahmu yang berseri
mengalun rinduku
pada sujud dinihari
pada takbir tahmid memuji Ilahi.
Dari sorotan matamu
pesona dirimu dipandang
bagai ada taman firdausi di dalamnya
yang terbentang hijau
beraliran sungai jernih dan dingin
menyegarkan.
Dalam mekar senyummu terukir di bibir
tidak lupa pada ucap zikir diam dan zahir.
Semanis senyum kaulempar
menyubur hati nan rawan
tenang kembali jiwa nan bergelora
menggamit kembali rasa rindu kasihNya.
Dalam gerak batin dan zahir
tersusun indah lenggok imanmu
wangian syurga jua yang kaurindui
mataku asyik menari-nari
pesona melihat kau masih berdiri
dalam ruang istiqomah puji dan puja
mengabdi diri kepadaNya.
SELEMPANGKAN SELENDANG SUTERAMU
Mya Marja
Sehelai selendang sutera
wangi harumnya tidak hilang
walau ditelan zaman
Lembutmu sutera
menjadi temanmu wanita
yang tunduk pandangnya
yang tawaduk pekertinya
yang luhur budinya
yang molek tuturnya
Alun suara puji-pujian yang terdendang
bersama sehelai suteramu
masih wangi
malam dan siang
pujian pada Yang Maha Memberi
Wangimu sutera terus semerbak
walau dek panas mentari
dan hujan menimpa bumi
Kepadamu wanita
pemilik selendang sutera
selempangkan selendangmu
hingga nafas ditutup bumi.
TEGAKKAN KEMBALI HARGA DIRIMU
Mya Marja
Pada pasrah kali ini
perlukah dikau menangis lagi
setelah ribuan tangis
kaukumpul di lorong hidupmu
bersama serpihan kasih
yang tidak berbaki
kau merintih sendiri.
Pada pasrah kali ini
tegakkan kembali harga dirimu
yang diinjak janji kosong
hanya bersulam harapan palsu
bertopeng indah.
Pasrahkan jiwamu
dalam berkasih
kepada Pemberi
segala bahagia.
HENTIKAN TANGISMU ITU
Mya Marja
Rindu yang kaukepung
memercik tangis di wajah
jalur harap bertukar angan
bahagia idaman tinggal kenangan
saat wangi kasih
jauh menyisih.
Hentikan tangismu
sebelum menjadi sungai gelora
dan melimpah ke tebing
memusnah sebendang sabar
dan batas tawakal.
Rawat dukamu
dengan jalinan mimpi baru
dengan wangi kasih tuhan
nan segar dingin
bersama pedoman iman
teguh yakin.
KUBERIKAN CINTAKU
Mya Marja
Kuberikan cintaku
sewaktu dikau ditinggal derita
bilah tajam masih menusuk
di jiwa bersendu lara.
Langkahkan kakimu
tanpa goyah dan sangsi
depani realiti
tanpa bujukan mimpi
kaumampu berdiri
menongkah badai derita
mencipta bahagia.
Kuberikan cintaku
sewaktu derita kian menjauh
pada langkah keduamu
kaususun percaya
menanti setiaku
di hujung doa.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Puan Ainon yang dihormati,
Terima kasih kerana memberikan daku sebuah bilik khas.
Namun, terasa sunyi di sini tanpa tawa ria sahabat yang lain..
..dan daku seakan kehilangan ilham, hati belum mampu menzahirkan kata indah yang bernama puisi terindah..
Puan,
MEMUKIM SEJAHTERA dan KUSUSUN KATA INDAHMU merupakan puisi yang sama, lain tajuk. (ok nanti saya betulkan)
Ampun maaf.
Nota Sifu: Saudara terpaksa diberi bilik khas sebab fail asal terlalu besar, terhegeh-hegeh mahu buka dan mahu SAVE.
——-
Assalamu’alaikum Puan Sifu, Tuan Mya Marja,
Terima kasih Puan Sifu kerana “mengasingkan” puisi-puisi KS Ilmar, Kamal dan Mya; kerana secara tidak langsung telah ‘melonjakkan’ koleksi Alang Kelana ke bahagian teratas, dengan puisi ‘sensasi’ SURAT CINTA UNTUK USTAZAH…
Tahniah Tuan Mya, kerana dapat bilik khas untuk puisi-puisi tuan.
Tuan Mya,
Harapnya yang indah akan terus menjelma, saban waktu setiap hari. Teruskan usaha saudara, lihat ... hasilnya amat mengasyikkan.
Tuan Alang, Tuan Mal,
Terima kasih segala…
HENTIKAN TANGISAN
Rindu yang kaukepung
memercik tangis di wajah
jalur harap bertukar angan
bahagia idaman tinggal kenangan
saat wangi kasih
jauh menyisih.
Hentikan tangismu
sebelum menjadi sungai gelora
dan melimpah ke tebing
memusnah sebendang sabar
dan batas tawakal.
Rawat dukamu
dengan jalinan mimpi baru
dengan wangi kasih tuhan
nan segar dingin
bersama pedoman iman
teguh yakin.
Mya Marja
25 MAC 2007.
Sajak-sajak ini untuk mencuba nasib. Tidak apa bukan.
1
Sebuah monolog pendek berunsur cinta
Sebuah cinta segar
Di awal waktunya
Bertemu di sudut usia muda
Bagai menyelusuri denai hutan
Siang dan malam
Tanpa menyedari onak duri
akan ditempuhi
Maka merelai segalanya yang indah bagimu
Menerima segalanya dengan sebaiknya
Dari warna corak baharu
Suasana sepi diri dan meriah bersama
Dan tersentak monolog diri di tebing kedewasaan
Membekalkan dialog syahdu
Kau makin mendekati persoalan:
Apa sebenarnya hati
Apa sebenarnya lamunan
Apa sebenarnya kenyataan.
Kau bermain dalam penantian
Namun ada ketikanya ia satu pilihan
Memilih untuk merasai sesuatu yang lumrah
Buat seorang yang meninggalkan
Alam rindu ibu, sayang ayah.
Menatang pertimbangan sendiri
Tak kira dalam kacau, risau dan tenang.
Di sinilah cinta pertama dizahirkan
Menjadi pintu pengalaman dewasa
Diingati kerana kuasanya
Yang membuatmu tersenyum mengenangnya sendirian.
22.3.2007
Mohd Fadzil Yusof
Indera cinta
Tangan yang menulis akan cepat mengaris
Mencuba kata-kata yang kaku
Menjadi daun-daun makna.
Kau katakan lewat mulutmu
Ungkapan-ungkapan paling aneh diucapkan
Paling ceria dibisikkan
Paling membimbangkan bila dijeritkan
Kala aku menerimanya dengan sepasang teliga
Perkataan-perkataan yang mudah berulang
Manja, kental dan berani
Aku cinta padamu, pada mu.
Berbeza dari luaran namun bersatu dalamannya
Kau menemukan cinta dalam waktu
Yang tidak disedari
Cinta itu aku
Aku adalah seorang kekasih.
Di sini kau menulis perasaanmu setiap waktu
Kertas demi kertas
Tanpa sedar kau mulai larut dalam dirinya
Teori menyatakan
‘kau bersatu dengan melalui udara
Dihirup madat kasih yang nyata mengasyikkan dirimu
Makin rindu dan beku.
Mencari rindu-Nya yang satu
Mohd Fadzil Yusof
3
Inilah waktunya
Inilah waktunya
Kau mengambil ketetapan
Semangat cinta
Dibasuh tiap masa dengan
Air rindu, mesra dan mahu.
Kau lupakan kegusaran
Yang sering menjadi badai
Yang keruh dan tercemar
Dan di sini menanti awan putih
Memerah susunya mencurahkan madu
Dan dari bumi merkah mengeluarkan matanya
Suci dan dingin.
Kau kembali memandang kenyataan
Soal dirinya dan dirimu
Pesona dari riak wajah
Memerangkap sukma
Redha dan jujur
Hajat akan terkabul, doakau hulur
Kepada-Nya kau titipkan
Harap dan ampun.
Mohd Fadzil Yusof
4
Cinta
Cinta adalah kecantikan dari mindamudamu
Busana perasaan emosional yang luas
Membiakkan tenaga nuclear
Untuk menakluki sebuah alam diri
Yang rahsia, tersirat dan amat sepi bersuara.
Cinta adalah kunci bagi sebuah kamar
Menjaga privasi dirimu dan diriku
Tika mereka juga sibuk dengan kerja
Kau dan aku selalu bersoal jawab,
Mana pintunya?.
Mohd Fadzil Yusof
5
Aqqad kata
Aqqad kata cinta itu bukan haiwani
Bukan syahwani dan bukan satu pura-pura
Cinta itu suci dan berpedoman
seperti ditunjukkan dalam Kitab Al-Quran.
Aqqad kata jangan memperjudikan hubungan
Yang sentiasa ada toleransi, kompromi dan komunikasi
Kerana tiap manusia adalah sama
Yang membezakan adalah taqwa.
Aqqad kata perkahwinan satu alam
Yang di nikmati secara manusiawi
Bertamadun, beradab dan penuh rasional
Bertatacara dan sentiasa bertolak-ansur.
Mohd Fadzil Yusof
5
Hujan petang
I
Hujan kau datang dengan riuhmu
Dan sekali lagi aku berseorangan
Dikepung kesunyian
Kau memulangkan sajak ini padaku
Bagi meyimpan rasa
Dan mengoresi lagi hati sendiri dengan nadanya.
Kau tentu dating untuk melekakanku
Dalam pada itu aku bersyukur
Kerana rahmat kasihn-Nya
Kau hadir
Terima kasih buatmu
Kerana menemaniku, mengusir cerita-cerita sukarku.
Jika yang dicinta sudah pudar wajah
Maklumkan padanya bahawa
Masa belum tiba untuk berpisah
Jika yang dikasihi sudah berputus asa, khabarkanlah
Rindu dan janji tetap masih membara.
II
Dalam keriuhanmu hujan
Kulihat pohon dan alam menjadi ceria
Pemuda dan gadis berlari riang dari tempat kerja
Aku tinggal di sini mengharapkan rindu ini terpadam segera.
Jika kau masih muda hujan
Ceritakan kembali kenangan cintamu
Kau kata ia melukakan
Seperti dibakar api lilin
Aku mula bersuara
Buat hujan yang asyik ketawa
Kita berada di alam sementara
Masih adakah harapan untuk kau bercerita?.
Oktober 2003
Mohd Fadzil Yusof
6 Dua musim
Antara dua musim ini
Jatuh di tengah-tengahnya mawar
Dari langit
Tanah rekah menjadi tempat semai
Menyambut ria sebuah ceritera damai
Walau tangisan sudah berkolam-kolam
Dari kanak-kanak
Kecil serta ibu mereka
Perjanjian kali ini
Tetap tidak mengubah hari
Yang penuh coretan kasar dan comot.
Dilarik oleh tipu dayanya
Roboh pondok bertandang
Perjanjian kali ini
Satu sama lain
Tiada yang boleh dipercayai lagi.
2003
Mohd Fadzil Yusof
7
Cinta tapi ….
Cinta tidak bersuara
Sering saja lupa namun rindu
Bagai lebah yang tiap hari mendatangi bunga
Menghisap manisan
Berbicara dengan desingannya
Rindu tapi lupa
Jujur tapi alpa
Biarpun semua masih berlaku
Kasih tetap satu
Rindu tapi takut
Teraba-raba dalam pusingan diri
Kasih tapi cemburu
Sentiasa meragui dirinya, apa dalam hatinya
Dekat tapi jauh
Sayang tapi sangsi
Saling melukai dan membenci
Kerana kita manusia
Sukar sekadar menerima semata
Belum semua bertemu makna
Nafas yang berbeza
Masih jua berbau sangka.
2003
Mohd Fadzil Yusof
8
Cintaku
Dalam kekalutan bara api
Diri merasai amat mengasihimu
Walau belumku tahu
Yakinkah aku
Dalam kekosongan fizikal dan nama
Aku menrenungmu dari tirai tanggapanku
Kaulah cinta pertamaku
Walau belum ku tahu
Sungguhkah cinta itu
Dalam kekerasan badai
Aku menyayangimu
Satu dalam seribu
Sejuta dalam satu
Inilah yang kau mahu
Aku menyedari hatiku
Seakan berpadu dalam pencarian ini
Jauh dari kekaburan dan kesangsian
Aku ingin
Menjadi kekasih
Daripada para kekasihmu.
2003
Mohd Fadzil Yusof
Selembar pakaian
Selembar pakaian
Seurat benang panjang.
Selembar harapan
Seurat kenangan panjang
Pakaian indah dan cantik
Lembut dan nipis bak sutera Parsi
Dijalinkan antara benang dan pakaian dengan tautan
Jarum yang renik menikam pakaian
Diurati sedikit-sedikit
Benang panjang
Kain terbentang
Pakaian sudah usai disulam
Cantik dan bersih
Dari kecacatan dan kekotoran.
(indah kasih dan cinta, satu anugerah Tuhan.)
2003
Mohd Fadzil Yusof
10
Bida’ah
Mari ke sini kita bercanda, bercinta
Lupakan kekesalan diri sendiri, diri mereka
Lupakan kenangan tradisi yang memenatkan
Tidak perlu kita pupuk lagi bidah sesat yang merosakkan
Silaturahim dan persaudaraan
Dosa peribadi yang mengilap ego dan ujub diri
Di sini setiap orang mesti patuh dan sedia
Mengenali dan menyimpan amarah berbara
Celur atau padamkan lidah panas dendam
Bumi ini satu, Tuhan kita satu
Kiblat kita satu, syariat yang satu
Maksud yang satu
Mengapa mahu berpincangan dan berdabik dada ?
Masalah sebenar ada di depan mata yang harus ditanggani.
Janganlah berjuzu’ lagi.
2007
Mohd Fadzil Yusof
11
Sendu cinta
Tidak terasa
Warna pagi ceria
Berkeping-keping mendorong membuka diari baru
Kasihnya menghirup oksigen pagi
Dipanggil ke alam nyata
Peribadi manja
Semalam dia melupakan sebuah cerita
Seperti satu mimpi ngeri
Cinta boleh saja melukakan
Nuansa naluri nisa’nya
Merah menguntum muda
Angin bisa berubah arah
Hujan menanggapi siang cerah
Dia tidak mudah melupakan
Musim rontok nostalgia
Indah bak kasturi
Tapi semuanya
Disangka menjadi abadi
Dan cinta tidak semestinya abadi
Yang abadi hanyalah yang Maha Tinggi
Ini waktu untuk menyakinkan diri
Senyumlah pada mawar
Dia kembali dengan menghadirkan mahar
Nyata lebih murah dari biasa
Untuk yang Maha Esa.
Mohd Fadzil Yusof
PASRAH BERKASIH
Pada pasrah kali ini
perlukah dikau menangis lagi
setelah ribuan tangis
kaukumpul di lorong hidupmu
bersama serpihan kasih
yang tidak berbaki
merintih sendiri.
Pada pasrah kali ini
tegakkan kembali harga diri
yang diinjak janji kosong
hanya bersulam harapan palsu
bertopeng indah.
Pasrahkan jiwa
dalam berkasih
kepada Pemberi
segala bahagia.
Mya Marja
26 MAC 2007.
11
Sakinat
Tembusi dinding galau
Dimensi kata yang kaya dengan sakinat
Runtunan peribadi
Luahan kesunyian
Pujukan yang tertahan, ditawan
Semu dan suram.
Sentuhan logika
Patah dinodai khianat
Percaya kepada ketentuan
Belum menghayati doa
Di mana sakinat.
Memecah kesunyian ini
Keluar dari kepompong diri
Belajar dan mengerti
Istilah sebenar
Pujangga yang kehilangan
Sakinat.
Mohd Fadzil Yusof
12
Mimpi.
Muka bumi disentuh awan
Disapa khabaran dan senyuman
Menyulam dingin selesa
Lembap jalan tar
Di bawah terang dan bintang dan bulan
Menyeruku segera pulang
Ke rumah
Kembali ke ruang istirehat
Bulan dalam kamar
Bintang mengemaskan ceritera
Aku dibaringkan
Dirayu dimanja
Dicium didakap
Diselimutkan sampai lewat malam
Aku mimpikan bidadari
Jauh dari lembayung renung
Cahaya menusuk masuk ke kamar
Siang menancap dada
Subuh yang lewat
Kamar dibasahi mimpi dewasa.
Mohd Fadzil Yusof
13
Aksara
Aksara itu kau baca
Mengundang rindu dan khusuk
Puncak estetika yang kau cari
Peralihan yang ditunggu-tunggu
Di persinggahan kecil ini
Menanda tarikh peristiwa
Dengan pena dan buku tulis
Menyalin pengalaman pendatang
Yang menyandang penyair
Diselusupi waspada
Diri dan minda
Apa kau faedah dari aksara?
Nikmat petang berlalu
Melupai sesuatu yang paling kau cinta
Kau juga merinduinya
Dalam sendu waktu yang kalut
Meminta untuk menangguhkan siang
Supaya malam lebih menyegarkan
Kau mahu ke tengah-tengah dirimu
Yang tidak hipokrit
Yang tidak membosankan
Apakah mesti meninggalkan semua skrip
Dipilih dari awal lakonan
Jangan terburu-buru mencari malam
Yang sepi dan malap
Di sana kau bersendirian
Mencari makna cinta dan harapan
Ini masa peralihan
Dunia akan bersimpati padamu.
Mohd Fadzil Yusof
14
Kejatuhan
Sejarah bukan mendidik kita
Dalam suasana genting ini
Kerana perbohongan sudah tersurat
Dengan darah dan luka
Nyawa dan sukma menderita
Di antara celah-celah runtuhan,
bangunan dan pagan ideologi.
Mujur semua itu boleh digarap lagi sekali
oleh suara-suara pasitas
dengan percaya kepada kebenaran
yang bisa dikembalikan ke
tempat asalnya.
Sedang peramal masa depan memikirkan
Kejatuhan apa selepas kebangkitan kali itu
Siapa pula bisa menafikan kebenaran.
Mohd Fadzil Yusof
15
Empati
Menerima dan menyerahkan sesuatu yang engkau tahu
Menurut kemampuanmu dan batas kejujuranmu
Mencari kesederhaan perkataan @ ungkapan
Mengelak daripada terlalu mudah menghukum
Sedang engkau belum menyelaminya sedalam dasar hitamnya
Walau enagkau sepi dan sibuk dengan sesuatu
Perkongsian itu membalikkan makna sebenar dan mengelak daripada kekaburan bayang.
Kini engkau harus menerima sendiri, bukan semua perkara menuntut satu jalan keluar.
Mohd Fadzil Yusof
16
Seorang kanak syiling RM 1
Raut wajah yang comel dari sendi-sendi ukhwah
Istimewa. Memerlukan wang kecil. Dia sendiri dalam satu nasib yang panjang. Di masa mendatang, mungkin.
Dia di masjid menunaikan kewajiban sambil membawa beg galas, niat untuk tidur di rumah Allah ini sudah diajak kerapkali
Hari ini amat muram
Dengan kegelapan.
‘dia mahu tukar wang kecil’
Sementara dia sedang berbicara seakan meminta sesuatu
Dia tidak memahami. Tapi tukaran wang ini sangat penting baginya. Hairan menjadikan dirinya tidak faham segalanya tentang seorang kanak-kanak di masjid itu.
Mohd Fadzil Yusof
17
Maya
Hanya dirimu sukar menyatakan
Hakikat dirimu
Yang bergerak dari dua alam
Berulang-alik dari lintasan waktu
Yang terbatas
Kuingat kembali kemesraan malam
yang kau sembunyikan
Senyumanmu dan kerelaanmu
pecah dalam satu ketawa mesra
Detik mendayu suaramu- maya
Kurenungi diriku
Yang lebih alpa daripada dunia yang satu ini
Aku mengerti mengapa kau masih di sisi
Menambahkan riang dan keyakinan dirimu
Realitiku membelakangi cita.
Mohd Fadzil Yusof
18
Kelembutan
Alam lengkung
Alam bimbang
Bumi hilang akur
Bekas noda dan fitnah
Tercemar lagi setiap detik
Kerana hilang pertimbangan
Kekerasan
Bumi kering
Tumpahan cair merah
Di tanah kesang
Meramu tubuh-tubuh diam
Lagu-lagu peperangan kedengaran
Sedang kuat bergelut
Disadung kesugulan usia
Masa depan dalam tangan pendita
Sesudah esok hilangnya, masih berulang.
Mohd Fadzil Yusof
19
Ulangan
Ulangan-ulangan suara
Kembali membentuk kulit kering
Derita akan lansung menjeritkan ketegangan yang barah
Di palestina sana
Diri diramas ragu dan rapuh yakin
Angin pagi mengulangi dinginnya
Di tiap ceritera
Menghantar ke berandah renungan
Menyambung simpati dan bimbang
Menyegarkan kubu persendirian lawan.
Mohd Fadzil Yusof
20
Testimoni
Aku tidak biasa melihat diriku
Sepanjang hari ini dalam realiti
Dunia sudah mengasingkannya ke suatu sudut
Sebagai makhluk yang terus diburu bayang
Planet yang bertaburan dan teratur mengembang
Kembali ke pandangan ululalbab, tapi siapakah ululalbab?
Dunia yang dilihat satu tempat dan manusia di sini
Dalam pertembungan ruang masa bersama titik-titik globalisasi.
Tapi aku berlari dari satu tempat yang kabur itu ke
Tempat yang lebih terang, melihat seluruh diriku dan luaran. Aku dilihat seorang teroris?.
Kemudian mencari perlindungan di sebalik bangunan
Tersergam dengan gagah dan memanggilku untuk masuki
Setiba di satu titik aku berbicara seorang diri dan berdialog
Dengan mereka pelbagai persoalan
Yang lansung dari domir diri
Pertanyaan, hujah dan sanggah
Berlalu dalam gerak perang dan bencana
Manusia mesti lebih tabah menghadapi kemungkinan.
Mohd Fadzil Yusof
21
Nostalgia
Adakala pagi adalah cermin, melihat wajah semalam
Yang meninggalkan bekas dan nafas
Matahari menuruti rentak hari ini
Yang cukup dengan pakej yang tertentu
Usia menunggu di pinggir takdir
Memegang nilai yakin yang kecil
Dalam tapak tangan seorang dewasa.
Di antara pencari dan penemu sesuatu
Arah masih lagi bertelagah di kota piung
Telah meninggalkan nostalgia seribu satu perasaan
Marah, benci, suka dan gembira
Atas kematian nostalgia semalam.
Mohd Fadzil Yusof
22
Cinta seorang pelupa
Kerja yang bertapuk-tapuk di mejanya
Hanya bermain dengan dateline dan idea-idea yang belum terlaksana
Dia selalu melihat jam dan tarikh esok
Adakah satu perubahan baharu yang berlaku pada diri?.
Masa hampir tamat dengan semua kata janji
Yang tidak manis tetapi tetap kabur
Seperti potret lama yang menghilang imejnya
Seorang pelupa dengan semua kerja
Tersangkut di bilik kecilnya
Memunggah fail masa depan yang berdebu
Ditulis dengan tangan harapan
Atau ditaip dengan komputer ang meremehkan keadaan
Dia mengalami sepi di akhir malam
Bertanyakan perempuan yang sanggup menemaninya.
Mohd Fadzil Yusof
23
Luahan rindu
Rindu mekar di tepi siling
Berteburan di atas tikar getah
Memikirkan dirinya yang belum berpunya
Terasa hati semakin diramas masa
Masa menanti jawapan yang pasti
Dia pasti akan menunggu takdir
Dan takdir bukan untuk ditunggu
Muncul sendiri dan mengajak, menyeru
‘mari kekasih, ini masanya’.
Atau merasionalkan pendirian
Telah lama terkedu dengan pencarian
Apa-apa tentang cinta dari seorang perempuan
Makna apa pada janji seorang isteri.
Biarkan semua diserahkan pada Tuhan
Biarkan usahanya melayang ditiup angin senja.
Dia alpa tentang sunnah Rasul.
Mohd Fadzil Yusof
24
Belaian Malam
Musim panas yang membahang
Ada pohon yang menguning daunnya
Kekeringan dan kehausan
Hujan, jika datang ia mengejutkan hari
Menenggelamkan rumah, katil, pakaian dan kenderaan
Tidak sempat mendamaikan resah dan kalut kerja
Hanya pabila malam mendinginkan bahang
Mengosongkan suhu, terkadang terasa beban
Semuanya menjadi haru dan pilu
Peristiwa mendatangi tiap peribadi
Tragedi tersusun seperti plot cereka
Aku menantikan saat tenang
Harmoni dapat juga dicubit
Dari tengah dunia suhu yang kacau
Musim berganti tidak terjangka
Oleh mereka yang mengkaji perubahan cuaca
Waktu mengempalkan tangannya
Mengumpulkan sifat manusia yang kian rakus
Kehilangan cinta, kasih dan simpati
Azan isyak berlalu dengan hujan rintik
Kepul awan sedia membenihkan harapan insan
Terawang-awang dalam belaian mimpi
Sepert menjelma di tengah realiti
Aku sekadar mengharapkan syukur yang berterusan
Menitip tiap masa dan perkara
Menjadi belaian yang lebih bermakna
Oleh Sang Pencipta.
Mohd Fadzil Yusof
25
Dilamar
Dia dilamar seorang lelaki
Pada hari berlakunya tsunami
Bunga memerahkan kelopaknya
Daun menghijaukan uratnya
Saat penuh kejutan
Bercampur-baur dengan derita
Lamaran itu menjadikannya tabah melihat peristiwa
Mengubati luka lara.
Bertautlah hati sebatang kara
Dimiliki dan memiliki kebun bahagia.
Masa melanjutkan pandangan hidup
Setiap sesuatu menemui pergakhiran
Dia menemui sesuatu yang tidak terduga
Cinta membela kerinduan pada orangtuanya.
Dia menyakini tiap insan perlu sempurnakan
Baki kehidupan.
Mohd Fadzil Yusof
26
Pelamar yang ironi.
Namaku Adam seorang lelaki yang mengidamkanmu
Aku sudah memikirkan segalanya
Dari awal perkiraan
Dari hujung kekusutan
Nyata ku menakluki kekurangan diri ini.
Ini bukan bujukan atau kata-kata sambil lewa
Separuh jalan atau janji waktu pilihanraya
Kerana:
Telah ku hitung berapa batang jalan di depan rumahmu
Berapa buah rumah jiranmu
Berapa tinggi pokok pinang sebelah rumahmu
Berapa jauh jiwaku ditambat olehmu
Kau memulakan segalanya.
Dengan senyuman yang menawan mata
Kebijaksaan ilmu yang dikagumi
Keindahan budi perkerti
Nilai agama terpelihara
Lantas segalanya membataskanku
Melihat lebih jauh dan lama
Aku meminta dan berdoa
Agar pilihan ini benar-benar diyakini.
Dan kali ini
Aku datang dengan satu maksud
Mungkin agak mengejut atau menyusahkan
Aku ingin mendekatimu
Dan ingin menjadikanmu
Teman yang sejati, sudikan wahai Hawa
Aku pelamar yang ironi.
Mohd Fadzil Yusof
Cinta Seorang Tua
Seorang tua di lorong cinta
Membahasakannya orang lama
‘sudah kuhirup debunga cinta
waktu muda’
lalu lahirlah zuriat yang dikasihi
cinta seorang tua
bukan pada pengalamannya yang banyak
‘telah kuteguk madu cinta
yang bahagia’.
Cinta seorang tua
Di tepi kitab agama, Al-Quran
Dan kuliah agama. Dia membaca al-Fatihah tiap
Pada buat semua insan dikenali
Yang telah meninggalkannya.
Tinggal dia seorang mengungkap cinta
‘cinta yang terawal dan terakhir:
Kembaliku pada Tuhan Maha Pengasih lagi Penyayang’.
AKU KEKASIHMU
Sejati kasih
kurindu.
Merpati putih
kutemu.
Mengutus lirih
hatiku.
Mengusap pasrah
cintamu
ditinggal pedih
kekasihmu.
Bergenang perih
jiwamu
ditinggal kasih
kaukelu.
Aku kekasih
dirimu.
Mengutus kasih
kepadamu.
~Mya Marja
27 MAC 2007.
KUBERI CINTA
Kuberikan cinta
waktu engkau ditinggal derita
bilah tajam masih menusuk
di jiwa bersendu lara.
Langkahkan kaki
tanpa goyah dan sangsi
depani realiti
tanpa bujukan mimpi
kaumampu berdiri
menongkah badai derita
mencipta bahagia.
Kuberikan cinta
waktu derita kian menjauh
pada langkah keduamu
kaususun percaya
menanti setia
di hujung doa.
Mya Marja
27 MAC 2007.
28
jangan biarkan hatimu tawar
jangan biarkan hatimu tawar
mencari arah yang tidak menyamai keinginan
terkadang ujian datang untuk mencuba diri pada satu keadaan
melengkapkan peribadi yang tulus dan benar
senyuman yang indah memikat padamu
matahari yang sedang bercahaya membisikkan
cahaya di sebalik angin yang bertiup
menyisir amarahmu wahai wanita yang kusanjungi
jangan biarkan hatimu duka dan sedih
di antara mereka yang kalah dalam pertarungan
kau masih berada di sisinya untuk mempertahankan
jiwa dan makna kehidupan yang bakal berubah
yakinlah kau seorang pecinta yang setia.
wajah seorang yang yakin dengan diri
berada dalam badai rintangan di samping
selalu berjuang dan berusaha
menyerahkan diri padaNya
ia juga satu ketentuan yang harus diterima.
Mohd Fadzil Yusof
29
Hadiah
Tengah abad resah sudah berlainan
Manusia di dalam piring sendirian
Boleh retak dan hancur
Tangan akan terluka
Darah menitis ke lantai marmar
Menawarkan hadiah
Untuk berhati-hati menetapkan jerit waktu.
Ibu meminjam dari tingkapnya
Melihat dengan kasih sayang
Hari sudah bercambah lagi
Seorang di tengah abad
Menerima banyak hadiah kali ini
Untuk meningatkan
Tentang kesilapan yang mudah
Mohd Fadzil Yusof
30
Seorang Adam
Dia diciptakan daripada tanah kesat, berbau, mesiu dan dingin
Menelaah waktu mudanya yang masih keriangan yang dinamakan pondok nostalgia.
Dia mencatat kehidupan yang mendatang
Dengan benih harapan, cita di tengah-tengah cinta, harmoni, duka, resah dan bimbang
Masa depan kian kekeringan nilai tidak seperti dulu amat kaya dengan kasih sayang, kesatuan dan kecintaan.
Dia hanya mencari rumah harinya untuk mengakhir sisa waktu
Yang masih belum dibina atas nama hakiki
Dan ada buku-buku yang dicarinya belum temui atau tidak sempat dibaca.
Dan sebagai seorang pembaca sejarah dia sentiasa dihantui soalan.
Yang berat terkadang sukar untuk menyediakan jawapan.
Mohd Fadzil Yusof
waktu salji
sewaktu kita ada
adalah segala cinta
ia seperti salji
jatuh ke segenap penjuru
menutup segala sudut
putih bersih
pohon-pohon di tepi jalan
hanya kaku dan hanya menunggu
kehadiran musim sejuk begini
dan waktu itu
tergaris rindu
di tapak-tapak jalan
penuh keindahan dan kelembutan
dan kau tidak sedari sejauh mana
salji terus turun ke atas dirimu…
4 febuari 2005
asyik menelusuri sajak nukilan mya marja.. rindu pun berbuai kembali…terlalu jauh rasanya perjalanan ini dalam mencari cinta…
Post a comment