Salah Letak Buku
Buku ini adalah sebuah novel inspirasi. Di sebuah cawangan POPULAR, novel berat ini diletakkan di rak buku kanak-kanak!
Kepada mentee-mentee Sifu, cuba jawab soalan tutorial hari ini: Apakah aspek pada kulit buku ini yang menyebabkan ia diletakkan di rak buku kanak-kanak, bukan di rak novel PTS.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Assalamualaikum,
Pada pandangan mata saya yang kurang arif ini, jawapannya ya. Namun, jika penjelasan dibuat kepada pemunya kedai buku itu, mungkin nasib berbeza akan menjelma.
Barangkali sebab diletakkan gambar seorang kanak-kanak sedang berlari membawa belon.
Sifir mereka :
Gambar kanak-kanak = buku kanak-kanak
Salam,
Saya bersetuju dengan pandangan xara. Seimbas pandang sebelum membaca entri Puan Sifu saya sangkakan buku kanak-kanak. Begitu jugalah agaknya sangkaan “orang POPULAR”.
Adanya kanak-kanak sedang berlari riang sambil membawa belon.
Barangkali kerana ‘font’ yang agak naif dan keanak-anakan. Begitu juga warna yang kurang serius.
Pada pendapat saya, font perkataan SOFIAH nampak seperti font buku kanak-kanak. Warna oren juga seperti warna kanak. Di samping ada gambar kanak-kanak yang memegang belon.
Saya fikir kalau diletak gambar seorang wanita di sebelah kanak-kanak itu kemungkinan besar ia berubah di rak novel dewasa.
Itu sahaja, hanya Tuhan yang Maha Mengetahui
Saya bersetuju dengan pendapat Yusri dan Fadzli Yusof tetapi pandangan saya jika gambar yang serupa digunakan tetapi menggunakan font dan warna kulit yang berbeza dan diletakkan di rak yang betul pasti menarik minat pembaca dewasa untuk membeleknya. Jika gambar kulit menggunakan kanak-kanak yang sedang menangis atau bersedih tahu pula pekerja kedai buku untuk berhati-hati menyusunnya.
Puan,
Saya bersetuju dengan pendapat-pendapat yang diutarakan sebelum ini. Ketika saya melihat cover buku ini di MPH, saya juga mempunyai pandangan yang sama - ianya adalah sebuah novel kanak-kanak.
Mengapa saya kata begitu?
1. Gambar kanak-kanak yang berlari mengejar belon.
2. Font yang digunakan ( seperti yang disuarakan oleh Fadzli).
3. Warna yang digunakan.
Secara keseluruhannya, design cover buku ini secara tidak langsung “memberitahu” bakal pembeli bahawa ianya adalah “novel kanak-kanak”.
Wallahualam.
Novel Barat selalu menggunakan pendekatan sebegini, gambar kanak-kanak tetapi ia sebuah novel dewasa dan amat serius isinya.
Ada satu novel, tak ingat tajuknya, gambar wajah kanak-kanak sedang memeluk anak patung. Cerita di dalam ialah kisah pembunuhan… dan anak itu menjadi hantu lagi… eeee… seram betul ceritanya.
Bagi saya yang lebih berminat melihat tajuk daripada design kulit luar, tajuk buku itu sendiri Dalam Kehadiran Sofiah sudah menggambarkan ‘keberatannya’.
Wallahualam.
Kusyi Hirdan
http://www.jendelaku.com
Ceria sangatlah sifu…
Warna:
Warna kulit buku berwarna oren dipersembahkan secara gradient. Berdasarkan teori warna dan personaliti warna, oren adalah simbolik terhadap jiwa remaja.
Judul Tulisan:
Mengikut salah satu prinsip rekabentuk grafik, tulisan mesti dianggap sebagai satu imej, maka tafsiran terhadap buku akan bergantung kepada bagaimana jenis tulisan itu digunakan dalam menghiasi sesebuah buku.
Jenis tulisan yang digunakan adalah fancy, dan dari jenis sans-serif bertulisan tangan dan tidak menggambarkan novel ini sebuah novel yang berat, sebaliknya lebih kepada sebuah novel bacaan yang santai.
Imej:
Padang rumput, anak gadis dan belon, semuanya memberikan mesej bahawa novel ini sebuah novel kanak-kanak. Jalan ceritanya pasti berkaitan dengan kebebasan, sama ada watak utama mencari kebebasan, atau kisah seorang kanak-kanak dengan elemen kebebasan.
Belon merupakan objek tumpuan kanak-kanak. Belon merupakan salah satu faktor yang paling dominan dalam memberi maksud bahawa buku ini buku novel kanak-kanak.
Judul Buku:
Dalam Kehadiran Sofiah bunyinya agak global dan boleh mendatangkan pelbagai tafsiran terhadap pembaca. Adakah ia adalah kisah seorang kanak-kanak bernama Sofiah, atau seorang isteri bernama Sofiah, atau pekerja bernama Sofiah, seorang adik bernama Sofiah atau seorang sahabat bernama Sofiah, seorang murid bernama Sofiah atau apa-apa sahaja watak wanita bernama Sofiah.
Diari sebuah kehidupan pula terletak pada sudut di luar fokus mata orang yang melihat. Perkataan diari sebuah kehidupan itu sendiri mempunyai tafsiran yang luas.
Tagline:
“Dunia yang tidak dapat disentuh dengan hujung jari, hanya dengan hati yang tulus dan wajah yang mulus.” -
Tagline ini memiliki perkataan wajah yang mulus, yang boleh dikaitkan dengan anak gadis juga. Selain itu ia boleh dikaitkan dengan kisah cinta remaja dan memiliki unsur-unsur romantis.
Nama penulis:
Nama penulis adalah satu jenama yang mempengaruhi tafsiran pembaca terhadap sesebuah buku. Sekiranya penulis itu sering menulis novel thriller, maka membaca namanya sahaja, pasti akan ada tafsiran bahawa novel itu adalah novel thriller. Jika penulis terkenal dengan novel cinta, maka buku tersebut mungkin akan ditafsirkan sebagai buku cinta. Secara jujur, penulis buku ini baru masih belum dikaitkan dengan mana-mana genre novel secara serius.
Logo Penerbit:
PTS Novel merupakan satu jenama yang boleh dianggap masih baru dalam Penerbitan PTS. Jika PTS One, barangkali semua orang akan kenal bahawa buku yang ada logo PTS One adalah buku novel kanak-kanak dan awal remaja. Oleh sebab itu, sukar bagi penyusun buku untuk mengenalpasti rak mana yang sesuai untuk buku ini
Tafsiran peribadi saya:
Berdasarkan tafsiran saya, novel ini pasti sebuah novel yang menyentuh hati, dengan elemen romantis dan diserikan dengan watak kanak-kanak, seorang anak gadis serta maksud sebuah kebebasan dan penghargaan terhadap satu-satu watak bernama Sofiah.
salam untuk Pn Sifu dan pembaca yang prihatin.
saya ada menerima beberapa maklum balas dari beberapa orang rakan yang membeli novel ini. Mereka membelinya untuk dihadiahkan kepada anak mereka!
Mungkin novel ini boleh dibaca bersama oleh golongan dewasa dan remaja. Wallahuallam…
[removed]void(0);
cool smirk
Pisang berbuah dua kali. Seperti mana kes “TEGAR”
Berdasarkan pengalaman mengendalikan kedai buku…
“Cover” buku ini sudah cukup menarik bagi saya dengan warna, tulisan, mesej dan gambaran yang diberikan. Namun untuk pengetahuan, bukan silap penerbit, penulis, pereka imej tetapi kebanyakkan kesilapan yang berlaku adalah bermula dari buku ini diperkenalkan kepada pihak “merchandiser” kedai buku.
Dengan ratusan buku yang keluar setiap bulan, kadangkala “merchandiser” tidak mempunyai masa untuk membaca dan menganalisa sesebuah naskha baru yang diterbitkan. Kadangkala hanya dengan membaca tajuk sahaja mereka mengandaikan sesebuah buku itu akan diletakkan di bahagian atau kategori mana.
Maka, berlakulah apa yang telah berlaku ini. Jika pekerja sesebuah buku itu peka dan mempunyai inisiatifnya untuk menukar bahagian atau kategori buku tersebut maka pembetulan akan dibuat, tetapi jika tiada yang bersifat sedemikian maka selamanyalah buku tersebut berada di kawasan yang salah. Ini pernah berlaku pada buku novel “Curahan Cinta Niagar” yang mana berlaku kesalahan kategori untuk buku ini, ia diletakkan di bahagian “Pengajian”, di mana ia sepatutnya diletakkan di bahagian Novel Melayu.
“Buku ini adalah sebuah novel inspirasi. Di sebuah cawangan POPULAR, novel berat ini diletakkan di rak buku kanak-kanak!”
Satu strategi baru membantu kanak-kanak menggalakkan ibu bapa mereka pula membaca!
Nota Kaki: Ramlee: “Itu dia punya baca apa daa..”
Ajis : ” Coba kau baca Din.”
Sudin : ” Alif tendang Wau…Itu sarkis daa!”
Post a comment