Salah Satu dan Satu Satu
Ada beberapa orang Hos TV3 yang kerap silap apabila menggunakan 2 frasa ini. Di bawah adalah makna yang betul:
(i) salah satu = satu daripada beberapa yang lain (one of them / one of many)
Banjir disebabkan oleh banyak faktor, satu-satunya adalah rasuah. (SALAH)
Banjir disebabkan oleh banyak faktor, salah satunya adalah rasuah. (BETUL)
(ii) satu-satunya = hanya satu sahaja (one and only one)
Salah satu isteri Nabi Muhammad yang tidak pernah dimadukan adalah Khadijah. (SALAH)
Satu-satunya isteri Nabi Muhammad yang tidak pernah dimadukan adalah Khadijah. (BETUL)
.

-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

MBA adalah salah satu orang murid dalam UNIKA PTS (kurang tepat)
MBA adalah salah seorang murid dalam UNIKA PTS (BETUL)
Puan Ainon adalah satu-satunya pejuang bahasa Melayu yang mempunyai syarikat sendiri (AYAT BETUL, FAKTA KURANG PASTI (MOGA-MOGA BETUL)
Betul ke Sifu-san?
-----
salah satu:
Amiene Rev merupakan salah satu nama samaran saya.
satu-satunya:
Amiene Rev merupakan satu-satunya mentee yang paling misteri di Unika PTS.
pst: Kenapa Forum UNIKA PTS sudah tidak boleh dimasuki lagi? Sudah berbulan-bulan lamanya. Soalan-soalan dan perbincangan saya di dalam forum itu entah bagaimana kesudahannya.
Post a comment