Ada-ada Sahaja: Cerita Salesman PTS Menyusahkan Salesman Penerbit Lain
Semasa PBAKL, dalam tempoh menunggu unit Publisiti bertindak dalam dua fasa (11 pagi dan 3 petang), saya ada berkunjung satu per satu ke gerai penerbit kecil dan berbual dengan tuan kedai. Sebenarnya saya sedang melakukan spy. Bagi yang mengenali saya, maka saya tidak boleh bersembunyi lagi. Tapi, bagi yang belum kenal saya, mereka tidak tahu saya ini staf PTS.
Saya mendapat cerita ini, ikhlas dari sebuah penerbit kecil:
Saya mendapat cerita ini, ikhlas dari sebuah penerbit kecil:
"Orang Sales PTS benar-benar menyusahkan kami. Dulu-dulu, tak pernah kedai buku MPH Popular suruh kami kemaskan buku dan kirakan stok. Sekarang, MPH dan Popular sudah sombong. Tidak mahu ambil stok baru kalau tidak ada sesiapa yang ingin kirakan stok dan susunkan buku untuk mereka. Mereka selalu sindir-sindir, "Salesman PTS lagi pandai kerja, siap kirakan stok untuk kami lagi. Sudahnya, kami penerbit-penerbit baru ini kenalah ikut rentak PTS juga. Tak boleh malas-malas."
Saya sekadar mengangguk. Dalam hati cuma berkata, "Kalau Tuan Kimy dan Tuan Al-Beruntungi mendengar cerita ini, pasti hidung mereka kembang kuncup kembang kuncup.
(Nama dirahsiakan bagi menjaga keselamatan.)
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Sekalung Tahniah..
Post a comment