Tuesday, October 26, 2010

Sastera Kanak-Kanak Genre Cerita Pari-Pari: Perbezaan Nilai-Nilai Antara-budaya

Dalam tradisi sastera Melayu klasik, tidak wujud apa yang disebut genre 'sastera' kanak-kanak. Malah apa yang disebut 'cerita' untuk kanak-kanak pun tidak wujud.

Sastera kanak-kanak adalah karya sastera yang dihasilkan (oleh orang dewasa) dengan mengemukakan watak utamanya kanak-kanak, bercakap tentang dunia dan alam kanak-kanak, bagi dinikmati oleh kanak-kanak.

Memang ada cerita-cerita dalam sastera rakyat Melayu di mana terdapat watak kanak-kanak di dalamnya, tetapi cerita-cerita itu tidak dapat 'dinikmati' oleh kanak-kanak disebabkan cerita-cerita itu tidak memenuhi keperluan psikologis kanak-kanak, sebagai contoh cerita-cerita itu tidak dapat menghiburkan kanak-kanak. Selepas mendengar cerita Si Tanggang ataupun Batu Belah Batu bertangkup, kanak-kanak tidak mahu mendengarnya lagi berkali-kali.

Ketiadaan sastera kanak-kanak dalam bahasa Melayu menyebabkan cerita-cerita terjemahan daripada tradisi sastera asing menjadi sangat popular.

Salah satu isu yang timbul adalah perbezaan nilai-nilai budaya. Sebagai contoh, sesetengah tingkah laku yang diterima dalam sesuatu budaya mungkin dianggap tidak sesuai dalam budaya lain.

Umpamanya, dalam cerita Snow White and the Seven Dwarfs, seorang gadis tinggal serumah dengan 7 orang lelaki. Meskipun semua lelaki itu sudah tua, namun mereka tetap lelaki. Dalam cerita Cinderella pula, seorang gadis pergi ke majlis tari menari, dan dia menari dengan pasangan lelaki sehingga masuk waktu subuh. Dalam cerita The Sleeping Beauty pula, seorang pemuda mencium seorang gadis.

Situasi begini memerlukan kita menghasilkan cerita-cerita yang indah-indah dalam bahasa Melayu, dan dituliskan dengan menggunakan gaya bahasa bermutu sastera bagi memenuhi keperluan psikologis kanak-kanak negara ini.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Kempen Agresif Bagi Mempromosi Komik-M Sempena Musim Cuti Sekolah Previous entry: Kamus adalah Harta Intelek yang Menguntungkan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.