Sastera Melayu Tidak Dibaca Orang: Mengapakah Pembaca Melayu Juga Yang Sentiasa Dipersalahkan
Seorang orang pandai sastera Melayu menulis...
"Kenapa karya sastera berbahasa Melayu tidak mempunyai pembaca yang ramai. Adakah mitos purata dua buah buku setahun yang dibaca oleh rakyat negara ini masih menjadi momok?
Kita mempunyai ramai penulis berbakat sama ada mapan atau muda. Mereka mampu menawarkan karya dalam pelbagai tema, gaya atau pendekatan. Tetapi masalahnya rakyat kita tidak gemar membaca seperti mana masyarakat Jepun atau negara-negara maju." Baca lagi....
Nota Sifu: Ini contoh persepsi lapuk. Apabila novel Melayu tidak banyak dibaca orang, balik-balik yang dipersalahkan, dituduh bodoh sastera, dan malas membaca adalah pembaca rakyat Malaysia, bukan karya itu sendiri, bukan si penulisnya, bukan si editornya, bukan para kritikus, bukan si desainer kulit buku itu, bukan artis layoutnya, bukan si penerbitnya, bukan si pengedar, bukan si pekedai, bukan pegawai kerajaan yang memilih judul buku bagi pembelian perpustakaan, bukan pegawai di kementerian pelajaran yang menggubal kurikulum pendidikan sastera, bukan jenis bahan yang dipilih sebagai teks subjek sastera di sekolah rendah dan menengah, bukan teknik-teknik pengajaran sastera yang digunakan oleh guru sastera di sekolah, bukan siapa profesor dan penceramah yang mengajarkan teknik-teknik penulisan kepada si penulis....
Faktor yang menyebabkan sesuatu kegagalan, baik apa jua nama kegagalan itu, bukan hanya SATU faktor, tetapi multipel.
.
.
"Kenapa karya sastera berbahasa Melayu tidak mempunyai pembaca yang ramai. Adakah mitos purata dua buah buku setahun yang dibaca oleh rakyat negara ini masih menjadi momok?
Kita mempunyai ramai penulis berbakat sama ada mapan atau muda. Mereka mampu menawarkan karya dalam pelbagai tema, gaya atau pendekatan. Tetapi masalahnya rakyat kita tidak gemar membaca seperti mana masyarakat Jepun atau negara-negara maju." Baca lagi....
Nota Sifu: Ini contoh persepsi lapuk. Apabila novel Melayu tidak banyak dibaca orang, balik-balik yang dipersalahkan, dituduh bodoh sastera, dan malas membaca adalah pembaca rakyat Malaysia, bukan karya itu sendiri, bukan si penulisnya, bukan si editornya, bukan para kritikus, bukan si desainer kulit buku itu, bukan artis layoutnya, bukan si penerbitnya, bukan si pengedar, bukan si pekedai, bukan pegawai kerajaan yang memilih judul buku bagi pembelian perpustakaan, bukan pegawai di kementerian pelajaran yang menggubal kurikulum pendidikan sastera, bukan jenis bahan yang dipilih sebagai teks subjek sastera di sekolah rendah dan menengah, bukan teknik-teknik pengajaran sastera yang digunakan oleh guru sastera di sekolah, bukan siapa profesor dan penceramah yang mengajarkan teknik-teknik penulisan kepada si penulis....
Faktor yang menyebabkan sesuatu kegagalan, baik apa jua nama kegagalan itu, bukan hanya SATU faktor, tetapi multipel.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Pelanggan selalunya benar… ini prinsip yang boleh digunakan dalam dunia penulisan.
——-
Assalamualaikum wm. wbt.
Puan,
Saya bersetuju dengan kenyataan puan. Dan saya melihat, orang kita kebanyakannya mengamalkan “complaining system”. Sistem ini ternyata lebih banyak merosakkan dari membina.
Mungkin telah tiba masanya kita mencontohi orang Jepun yang mengamalkan “suggestion system”. Sistem ini terbukti menjadikan bangsa mereka unggul di persada dunia.
Saya pernah terbaca artikel tentang cadangan untuk menukar bangsa MELAYU kepada bangsa MELAJU. Cadangan yang baik kerana kesannya sangat positif ....
Puan Ainon,
Orang kita kena belajar ilmu ‘problem-solving’. Banyak tindakan yang kita buat tidak berdasarkan kajian yang mendalam.
Nak kata kreatif ataupun lateral pun bukan. Lalu lahirlah polisi yang tolol.
Senang sangat hendak merumuskan bahawa sastera Melayu tidak laku, kerana orang kita tidak suka membaca.
Gunalah fishbone, sekurang-kurangnya.
Ataupun gunakan teori ‘bangau oh bangau’!
http://jiwarasa.blogspot.com/2004/10/fishbone-dan-bangau-oh-bangau.html
Quote “menukar bangsa MELAYU kepada bangsa MELAJU”
Encik Idrus, seperti menukar Mat Rempit kepada Dajal Rempit? heh…heh…heh…
Ada masa cuba cari buku The Tipping Point dan baca.
Harga buku dan tangga gaji juga memainkan peranan. Seperti yang Puan Ainon sebutkan, banyak faktor memainkan peranan.
Tahukah anda sampai sekarang Malaysia tidak melaksanakan skim gaji minimum. Ini susahnya apabila ahli politik juga golongan usahawan utama - jangan laksanakan undang-undang yang boleh menyebabkan diri sendiri rugi.
Insyaallah saya akan usahakan. Terima kasih!
Salam untuk Pn Ainon,
Amat menarik komen ini. Rasanya agak terlambat untuk mengubah sikap generasi matang yang tidak gemar membaca di kalangan orang Melayu.
Tetapi masih ada harapan bagi generasi muda…anak-anak perlu dididik sejak tadika lagi atau sebaik saja mereka berumur 1 tahun supaya sukakan buku.
Dan para ibu bapa mesti juga sukakan buku, dan amalkan sikap menyimpan duit untuk membeli buku bukan untuk membeli baju dan kasut baby yang berjenama mahal luar negara (yang pasti kaya orang kat luar negara tu ).
Ada para ibu bapa muda Melayu yang rela membeli baju baby beratus-ratus ringgit tetapi amat ‘kedekut’ dan berkira bila hendak membeli buku. Bagi keluarga yang kurang mampu ada banyak perpustakaan awam di Malaysia.
Selalunya perpustakaan awam ini dipenuhi oleh bangsa Cina kerana mereka tahu menghargai faedah membaca buku dan juga kemudahan ini percuma atau rendah yurannya. Kalau orang yang tidak suka membaca mereka memang tidak akan mengamalkan tabiat ini walau apapun bahasa karya tersebut.
Karya bahasa Melayu kurang promosi dan pendedahan, ulasan karya Melayu mesti juga dipaparkan dalam akhbar atau media bahasa lain seperti NST, The Star dan akhbar Cina atau Tamil. Dengan itu orang ramai akan tahu tentang kewujudan karya sastera ini dan mungkin membuka minat untuk membaca dan membelinya.
Kita jangan terlalu fobia dengan perkataan ‘Melayu’ dan menganggap orang tidak berminat untuk membacanya. Mutu cerita dan bahasa adalah penentu sama ada karya itu mendapat sambutan atau tidak bukan jenis bahasanya.
Saya dulu belajar di Australia dan orang sana memang minat karya Melayu, malah filem ‘Ranjau di sepanjang jalan’ pernah ditayangkan di saluran telivision Nasional Australia (ABC). Saya tidak pernah melihat ia ditayangkan di Malaysia.
Saya juga sedang berusaha untuk mendidik anak-anak saya supaya sukakan buku dan bahasa terutamanya bahasa Melayu.
Alangkah baiknya jika kos-kos bahan dan proses pencetakan dan ilustrasi boleh turun lebih rendah lagi maka banyak karya buku certa kanak-kanak dalam dalam bahasa Melayu boleh dihasilkan dengan cantik dan berkualiti seperti buku-buku terbitan kulit keras berbahasa Inggeris dari luar negara.
Hanya satu nukilan rasa.
Sekian, Nor.
Puan Nor,
Saya sangat bersetuju dengan pandangan-pandangan Puan. Pengalaman kami di PTS saat ini, penggemar buku-buku PTS komplen tak cukup buku yang hendak dibaca, maksudnya tak cukup buku PTS.
Komplen ini lebih banyak dikemukakan oleh remaja yang membaca buku-buku terbitan PTS One. Nampaknya remaja suka buku PTS, apabila trend ini dapat kita mantapkan, sampai bila-bila mereka akan suka membaca.
Yang jadi isu kami adalah, modal operasi PTS yang terbatas.
Kita mempunyai stok manuksrip yang banyak sebab jumlah penulis PTS sudah bertambah. Jadual penerbitan 2007 sudah penuh, mana-mana manuskrip yang masuk sekarang akan diterbitkan pada tahun 2008.
Jika modal kami dapat dibesarkan, semua manuskrip itu dapat kita percepatkan jadual terbitnya.
Puan Sifu,
Ada satu entri dalam blog saya, seperti berikut:
Tahap pembacaan rendah, rakyat hanya baca satu halaman setahun?
Saya tertarik dengan rencana yang diterbitkan di laman web HarakahDaily.net bertajuk “Tahap pembacaan rendah, rakyat hanya baca satu halaman setahun” oleh Salmiyah Harun. Beliau merujuk kepada kehadiran ramai pengunjung ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2006 yang baru selesai pada minggu pertama April tahun ini.
Beliau menjelaskan bahawa kehadiran begitu ramai ke pesta buku bukanlah penunjuk kepada tahap pembacaan rakyat Malaysia, khususnya orang Melayu. Namun bagi saya walaupun ada yang tidak membeli lantaran pelbagai sebab yang pengunjung berkenaan sahaja yang tahu, kehadiran yang begitu ramai (ada pihak yang mengatakan tahun ini kehadiran melebihi tahun-tahun sebelumnya) paling kurangpun telah menunjukkan bahawa minat membaca di kalangan masyarakat Malaysia khususnya Melayu semakin meningkat.
Salmiyah mengambil kenyataan Rustam Sani yang berkata, “Menurut kajian sistematik yang dijalankan oleh Toyota Foundation melalui sekumpulan pensyarah dalam negara menyatakan purata setiap rakyat di negara ini hanya membaca satu muka surat buku setahun, daripada kajian ini jelas menunjukkan tahap pembacaan di kalangan rakyat negara ini amat rendah termasuklah orang Melayu kerana tidak ada lagi bukti selepas itu.”
Berdasarkan makluman yang saya tahu, kajian ini telah lama dilaporkan. Justeru itu, saya kira, ianya tidak harus menjadi penunjuk kepada tahap pembacaan di kalangan rakyat kita. Elok kiranya mana-mana pihak membuat kajian semula dalam hal ini supaya data lebih terperinci dan terkini boleh dibuat panduan.
Saya ada mendapat tahu bahawa antara gosip pesta buku yang didengar, sebuah penerbit mengutip RM135 ribu pada hari Sabtu sahaja (1 April 2006 – hari ke-2 terakhir). Jumlah kutipannya selama 10 hari pesta melebihi RM500 ribu. Dan kehadiran pada hari itu sahaja dikatakan mencecah 150 ribu orang. (Ini dari blog Puan)
Ada gosip lain mengatakan sebuah gerai penerbit terkenal berjaya mengutip jualan lebih RM70 ribu pada hari kedua pameran dibuka. Gosip itu gosiplah, tapi gosip pesta buku lain dari gosip artis dan politik. (Dipetik dari blog Puan juga)
Akhirnya saya kurang setuju dengan pendapat Salmiyah, namun begitu saya turunkan rencana beliau untuk tatapan semua. Sila komen jika ada.
Saya setuju yang amat setuju.
Itu sebab saya mahu jadi penulis. Mengapa tulisan orang seperti Dato’ Johan Jaafar, Hishamuddin Rais (yang saya sangat minat tulisannya) mahupun Mufti Perlis Dr Asri Zainal Abidin sangat ditunggu-tunggu. Bukan sebab orang tidak suka membaca, sebaliknya tulisan itu bentuknya sangat sukar dihadam.
Ada rencana yang berbunyi seperti laporan statistik, ada yang berupa monolog tanpa arah tuju rangka perbicaraannya bahkan kadang-kadang ayat panjang yang tidak selesai maksudnya.
assalamualaikum…
saya merupakan seorang pelajar di sebuah institut.
dalam program pembelajaran saya,saya diwajibkan untuk mengambil kesusasteraan bahasa melayu.
kadang-kadang saya terfikir,mengapa saya perlu mempelajarinya padahal ia tiada kaitan langsung dengan pengajian teras saya..
tapi sesuatu telah mengubah pemikiran saya..
sastera tidaklah seteruk yang saya sangkakan..
waktu spm dlu belajar sikit pun dah rasa terpaksa..
sekarang ni dah mula sukakan sastera..
saya rasa untuk memupuk masyarakat menyukai sastera, cara seperti apa yang saya lalui amat berkesan sebab melalui ini saya lebih faham apa itu sastera dan saya juga dapat tahu banyak karya2…
semua kawan-kawan pun ada pendapat sama dengan saya..
Cik Ema,
Di luar negara khususnya negara Barat terdapat pelajar perubatan yang diwajibkan mengambil subjek lakonan dan seni pentas. Apa kaitannya dengan bidang perubatan? Sastera mengajar erti kemanusiaan, komunikasi, sosial dan sebagainya di kala subjek sains dan teknikal amat “kering” dari nilai-nilai ini.
Saya masih ingat ketika pertama kali mengikuti kelas Fizik di ASASI UM dahulu. Di akhir syarahan, penyarah saya berkata alangkah bosannya hidup tanpa sastera. Walaupun saya terdidik dalam bidang teknikal saya amat menyanjungi sastera. Malangnya sistem pendidikan kita “menyisihkan” dan “mengasingkan” bidang ini.Jadi lahirlah orang teknikal yang buta sastera dan budaya sendiri. Melihat sastera seolah-olah bidang yang rendah martabatnya sedangkan di negara-negara maju penggiat sastera amat dihargai oleh semua pihak.
Post a comment