Wednesday, March 10, 2010

Sastera Remaja adalah Lubuk Wang

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Rekod pembayaran royalti PTS menunjukkan majoriti penulis PTS yang termasuk dalam senarai 20 orang penulis top menerima royalti setiap tahun adalah penulis sastera remaja.

Saat ini pasaran novel remaja sedang berkembang dengan baik sekali.Kedai-kedai buku sudaha memberikan rak-rak khusus untuk novel-novel remaja.

Kita meramalkan lebih banyak penerbit akan terjun ke dalam pasaran ini. Trend ini amat positif. 

Lebih banyak penerbit sudah memasuki pasaran novel remaja bermakna lebih rancak dan lebih meriah outlook industri ini. Masing-masing penerbit dengan strategi bisnes dan pemasarannya.  

Semakin banyak penerbit menerbitkan novel remaja, semakin banyak novel remaja dapat dipamerkan dalam kedai-kedai buku. Dengan itu lebih banyak rak untuk novel remaja akan disediakan oleh pengurusan kedai buku. Lebih banyak rak, maka kesannya adalah semakin lebih menonjol rak-rak itu di mata pengunjung kedai. Maka lebih mudah orang ternampak novel-novel remaja itu.

Lebih banyak novel remaja diterbitkan, lebih banyak pilihan ditawarkan kepada remaja. Pilihan yang banyak mencipta daya tarikan kepada remaja yang belum mempunyai habit membaca buku-buku dalam Bahasa Melayu supaya mahu cuba membacanya.

Permintaan yang besar dapat memotivasi lebih banyak penulis menghasilkan novel remaja. Lebih banyak penulis bermakna lebih banyak teknik, gaya dan ragam penulisan yang dapat dinikmati oleh pembeli.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Komik-M Terbaru Previous entry: Buku Resipi Terbaru dari PTS

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: