Setiap Bulan PTS Menerbitkan antara 10 hingga 14 Judul Sastera Kanak-Kanak dan Awal Remaja
![]()
![]()
Genre sastera kanak-kanak dan awal remaja PTS ditargetkan kepada kumpulan usia antara 8 - 12 tahun. Usia 8 tahun dipilih kerana pada usia itu kanak-kanak sudah dapat membaca sendiri buku-buku cerita dengan lancar tanpa bantuan guru ataupun ibu bapa.
Dalam istilah Inggerisnya buku-buku cerita dalam kategori ini disebut buku-buku 'readers'.
Pada masa ini semua anak syarikat PTS menerbitkan buku-buku readers ini. Jumlah judul yang diterbitkan tiap-tiap bulan adalah antara 10 - 14 judul.
Anak syarikat yang paling banyak menerbitkan buku readers adalah PTS One Sdn. Bhd. kerana memang anak syarikat ini ditubuhkan khusus bagi menerokai sektor kank-kanak dan awal remaja. Purata PTS One menerbitkan antara 5 - 7 judul.
PTS Professional Sdn. Bhd. mempunyai unit Teen-Pro yang menerbitkan buku-buku readers yang berorientasikan tema bisnes, travelog dan hobi. Pada masa ini ia menerbitkan antara 3 -4 judul sebulan.
PTS Islamika Sdn. Bhd. menerbitkan readers yang bertemakan akhlak dan agama. Pada masa ini ia menerbitkan antara 3 -4 judul sebulan.
PTS Litera Utama Sdn. Bhd. menerbitkan readers yang diterjemahkan dari Bahasa Indonesia purata 1 judul sebulan.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment