Sunday, December 02, 2007

Sastera Remaja Kebal Serangan Buku Impot

Fenomena kejayaan siri Harry Potter menyebabkan banyak orang percaya pasaran novel remaja tempatan akan dikuasai oleh judul-judul impot, yang dikatakan lebih tinggi mutunya.

Jika saudara seorang penulis novel remaja, barangkali saudara mahu tahu apakah novel-novel remaja tempatan akan kalah kepada novel-novel remaja yang diimpot, baik dalam bentuk karya asalnya mahupun edisi terjemahannya.

Dapatkah penulis sastera remaja tempatan bersaing dengan judul-judul impot, seperti siri Harry Potter? 

Sebenarnya, di mana-mana negara sekalipun yang rakyatnya suka membaca, judul-judul sastera remaja tempatan menguasai pasaran. Kejayaan siri Harry Potter adalah kekecualian. Bagi satu judul impot yang meletup, berpuluh-puluh judul tempatan yang juga meletup-letup. Fenomena ini dapat dilihat dalam dunia hiburan di mana kejayaan Mawi dalam pasaran tempatan mengatasi kejayaan mana-mana artis luar negara. 

Kita perlu mencungkil bakat-bakat penulis sastera remaja tempatan yang berbakat, supaya sektor sastera remaja dalam Bahasa Melayu menjadi meriah dan berkembang dengan menggebu-gebu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Remaja
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana Buku Seharusnya Dipromosi Previous entry: Idea untuk Institut Terjemahan Negara (ITNM)
supian salleh  on  12/06  at  10:13 AM

assalamualaikum,
Pn. Ainon, saya sedang menulis novel remaja yang bertajuk
Hiskal dan Soleya,Ratu Gunung Mezbin.

Lebih kurang separuh dah saya tulis. Saya ingat nak terbitkan di PTS. Apa patut saya buat?

Novel ni saya rasa boleh dijadikan siri. Sebab Hiskal tu hero dalam cerita ni. Ratu Soleya tu tukang sihir yang jahat.

Karya seterusnya mungkin Hiskal dan ....

ala-ala Harry Potter gitu.

Supian Salleh

......................

Nota Sifu: Pernahkah Tuan mengikuti bengkel penulisan PTS? Jika belum, wajib hadir untuk bengkel Teknik Surah Yusuf. Mendaftar dalam UNIKA.

supian salleh  on  12/06  at  11:37 AM

Belum…
Macam mana nak daftar? Kat mana bengkel tu?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: