Sasterawan Negara Dato’ A Samad Said Mungkin Bernaung di Bawah Label PTS
Pengurus besar jabatan editorial PTS, Tuan Fauzul Naim Ishak memberitahu bahawa pada saat ini perbincangan sedang dijalankan antara PTS dan Wira Bukit Sdn. Bhd. tentang kemungkinan karya-karya SN Dato' A Samad Said diterbitkan dan dipasarkan oleh PTS.
Wira Bukit Sdn. Bhd. adalah penerbit yang memiliki hak eksklusif menerbitkan semua karya tokoh sastera ASAS 50 itu.
PTS sendiri memang sudah lama mendekati beliau dengan hasrat dapat menerbitkan beberapa karya beliau yang berpotensi dipasarkan dengan baik.
Seandainya PTS berjaya meyakinkan pihak Wira Bukit, maka ia adalah suatu pengiktirafan yang amat berharga....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Berita yang menarik dan mengujakan. Saya nantikan perkembangan seterusnya. Saya yakin, insyaAllah, andai jadi SN Pak Samad bernaung di bawah PTS, bakal mencipta satu gelombang. Gelombang apa? Sama-sama kita buka mata, telinga dan hati.
Post a comment