Satu Kali Beli, 7 Kali Beli
Dalam taklimat MBOOK remaja semalam, Tuan Syaizul Amal, Pengarah Urusan METADOME, memberitahu salah satu tingkah laku pembeli konten mobile adalah begini: Purata mereka membuat 7 pembelian.
Itulah data dalam rekod pembelian METADOME. Data ini amat relevan kepada penulis-penulis PTS.
Pada masa ini jumlah download Mbook baru lebih 500. Majoriti adalah pengguna nombor Maxis 012. Sebenarnya semua nombor sudah boleh digunakan bagi membeli Mbook PTS-METADOME, tetapi banyak orang tidak tahu.
Beliau menerangkan kita masih dalam fasa mengajar orang bagaimana cara men-download Mbook PTS. Fasa ini sangat kritikal kepada kejayaan jualan Mbook. Orang ramai perlu diajar cara-cara mendownload Mbook.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam,
pada pendapat saya, untuk memperkenalkan mbook kepada pembaca, perlu diadakan ‘road tour’ supaya mbook pergi kepada pelanggan dan bukan sekadar mengharapkan pelanggan pergi ke mbook.
Cara ‘pergi ke pelanggan’ ini digunapakai oleh Digi Superstars dan Hotlink juga bagi memperkenalkan servis terbaru. Ia amat berkesan.
Digi Superstars membawa artis ke ‘road tour’, dan pada pendapat saya, mbook boleh membawa penulis-penulis ngetop PTS untuk mempromosi mbook.
Ini sekadar pendapat saya. Terima kasih.
Puan,
Saya adalah antara pembaca yang menunggu-nunggu format mbook ini. Begitu teruja untuk melihat bagaimana mbook berfungsi.
Agak terkilan kerana sudah 2 kali muat turun saya masih belum pernah melihat kelibat mbook ini.
Kali pertama muat turun dari website http://www.metamobile.com.my/m-book/index.php. Sesi muat turun selesai kemudiaan keluar “error”. Rupanya saya guna CELCOM maka terdapat “error” tersebut. Hanya talian “Hotlink” boleh muat turun file tersebut. Hangus RM5.00
Kali kedua, adik datang ke rumah.Dia menggunakan talian Hotlink. Download sekali lagi. Tak boleh juga sebab model telefon tak serasi. Hangus RM3.00.
Nasihat saya, TOLONG UPDATE WEBSITE METAMOBILE.
About Mbook
- How to download
- Phone Compatibility
Bahagian ini masih kosong walaupun Mbook sudah lama dilancarkan. Jangan naya peminat buku-buku PTS seperti saya.
Salam,
Cadangan saya:
- Flyer iklan mbook dikepilkan bersama buku keluaran PTS
- Helpline waktu pejabat untuk mengatasi ‘teething problem’
- Buka booth di Sg Wang Plaza.
IBM WARP pernah dikatakan OS terbaik pada zamannya namun terkubur dek kurang promosi.
Microsoft Windows yang penuh dengan problem masih hidup dan terus mengeluarkan update2 bermasalah hasil sistem ‘after sale service’ yang ‘bijak’.
Salam,
Saya amat ingin tahu perkembangan jualan m-book. Adakah laris, dan sambutan buku genre bagaimana yang dibeli melalui m-book.
Apakah m-book sukses?
Post a comment