Monday, December 31, 2007

Satu Lagi Hadis yang Relevan Sebagai Panduan Apabila Menyampaikan Mesej Islam kepada Bukan Islam

Dalam koleksi hadis-hadis autentik dan autoritatif yang disusun oleh Imam Muslim, ada sebuah hadis di mana Tsauban melaporkan, katanya, “Saya pernah berdiri di tepi Nabi Muhammad.

Kemudian datang seorang paderi Yahudi ke hadapan beliau sambil berkata, 'Asalamualaika, wahai Muhammad.'

Kata Tsauban, “Saya tolak paderi Yahudi itu kuat-kuat sehingga dia hampir jatuh.

Kata paderi Yahudi itu kepada saya, 'Mengapa kamu tolak saya?'

Saya jawab, 'Mengapa kamu tidak mengatakan Wahai Rasulullah?'

Paderi Yahudi itu menjawab, 'Saya menyebut namanya sebagaimana yang diberikan oleh keluarganya.'

Kemudian Nabi Muhammad berkata, 'Sesungguhnya, keluarga saya telah memberi saya nama Muhammad.'"

.......................... 

Nota 1: Hadis ini mengandungi ibrah-ibrah atau prinsip-prinsip, yang relevan apabila kita menuliskan bahan-bahan yang akan dibaca oleh target yang belum yakin bahawa Nabi Muhammad itu adalah seorang Utusan Allah.

Nota 2: Sambungan hadis ini selengkapnya adalah seperti berikut:

Kata Tsauban lagi, “Kemudian Paderi Yahudi itu berkata, 'Saya datang sebab mahu bertanyakan suatu perkara kepada tuan.' Jawab Nabi Muhammad, 'Apakah ada kebaikannya apabila saya terangkan kepada saudara?' Jawab paderi Yahudi itu, 'Saya akan memikirkannya dengan menggunakan kedua-dua telinga saya ini.'”

Kata Tsauban lagi, “Nabi Muhammad mengetuk-ngetukkan tongkat yang dipegangnya lalu berkata, 'Silalah tanya!' Paderi Yahudi itu pun bertanya, 'Di manakah manusia berada pada masa bumi dan langit digantikan dengan bumi dan langit lain?' Jawab Nabi Muhammad, 'Manusia berada dalam kegelapan di bawah sebuah jambatan.' Paderi Yahudi itu bertanya lagi, 'Siapakah yang mula-mula melintasi jambatan itu?' Jawab Nabi Muhammad, 'Orang-orang yang menjadi miskin kerana ikut saya berpindah dari Mekah ke Madinah.'”

Kata Tsauban lagi, “Paderi itu bertanya lagi, 'Apakah makanan yang mula-mula mereka makan semasa masuk syurga?' Jawab Nabi Muhammad, 'Hati ikan paus.' Paderi itu bertanya lagi, 'Selepas itu, apakah makanan mereka?' Jawab Nabi Muhammad, 'Mereka disembelihkan seladang syurga, yang biasanya mula dimakan dari bahagian pinggangnya.' Paderi itu bertanya lagi, 'Apakah minuman mereka?' Jawab Nabi Muhammad, 'Air dari mata air syurga yang dinamakan Salsabil.' Kata paderi Yahudi itu, 'Tuan berkata benar.'

Kata Tsauban lagi, “Kemudian paderi Yahudi itu berkata, 'Saya juga datang sebab hendak bertanyakan kepada tuan suatu perkara yang tidak seorang pun penduduk bumi tahu, kecuali nabi, ataupun seorang ataupun dua orang lelaki sahaja yang tahu.' Jawab Nabi Muhammad, 'Apakah ada kebaikannya apabila saya terangkan kepada saudara?' Jawab paderi Yahudi itu, 'Saya akan memikirkannya dengan menggunakan kedua-dua telinga saya ini.'”

Kata Tsauban lagi, “Paderi Yahudi itupun berkata, 'Saya datang mahu bertanya kepada tuan perihal anak.' Jawab Nabi Muhammad, 'Air mani lelaki berwarna putih, manakala air mani perempuan berwarna kuning. Apabila air mani lelaki dan perempuan bertemu, jika air mani lelaki yang menang, dengan izin Allah, ia menghasilkan bayi lelaki. Apabila air mani perempuan yang menang, dengan izin Allah, ia menghasilkan bayi perempuan. Kata paderi Yahudi itu, 'Tuan benar. Benarlah, tuan benar-benar seorang nabi.'”

Kata Tsauban lagi, “Selepas Paderi Yahudi itu pergi, Nabi Muhammad berkata, 'Orang itu bertanyakan kepada saya perkara yang saya tidak tahu mengenainya, sehinggalah Allah menerangkannya kepada saya.'” (Rujuk Kitab Sahih Muslim Bab 8: hadis nombor 173 & 174)

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Agama
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Membidas Sifu (diterbitkan verbatim) Previous entry: Hadis yang Relevan Apabila Menyampaikan Mesej Islam kepada Bukan Islam
Abdul Latip  on  12/30  at  11:54 PM

Firman Allah SWT.

“Sesungguhnya Allah dan Malaikat berselawat ke atas nabi, hai orang-orang yang beriman, berselawatlah kamu ke atas nabi dan ucapkanlah salam dengan penuh penghormatan kepadanya.” (Al Ahzab ayat 56)

Apabila ayat itu diturunkan maka sahabat bertanya kepada baginda. “Wahai Nabi Allah, cara memberi salam kepadamu telah kami ketahui iaitu ucapan dalam sembahyang (Attahiyat) Tolong ajarkan kami cara mengucapkan selawat.”

Nabi Muhamad pun mengajarkan yang maknanya. “Ya Allah, cucuri Rahmat-MU ke atas Muhamad dan ke atas ahli keluarga Muhamad.”

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad berkata “Allah menghantar sepuluh rahmat kepada orang yang mengucapkan satu selawat.”

Anas meriwayatkan, bahawa Nabi Muhamad bersabda, “ Sesiapa yang mendengar sebutan namaku hendaklah dia memohon rahmat ke atas aku.”   

Jabir meriwayatkan nabi Muhamad bersabda, “Celakalah mereka yang tidak berselawat bila sahaja namaku disebut kepadanya.”

Imam Nawawi dalam kitabnya mengatakan,” Adalah perlu bahawa lidah dan jari-jari digunakan bilamana hendak menulis nama Rasulullah SAW hendaklah ditulis dengan nama Rasulullah SAW.”

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi Muhamda bersabda, “Jikalau seseorang menulis namaku di dalam sebuah kitab, para malaikat akan menghantar rahmat ke atasnya terus menerus selagi namaku berada dalam kiratab itu.”

Awaslah dengan amaran ini. “Dan janganlah kamu ikut orang yang banyak bersumpah lagi suka menghina, yang banyak mencela lagi suka menghambur fitnah yang banyak menghalangi perbuatan baik…” (Al Qalam ayat 10-12)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/31  at  12:21 AM

Namun saya masih terasa janggal dengan penggunaan
‘saya’. Sebab apabila membaca sirah yang diterjemah,
biasa penulis menggunakan ‘aku’ apabila nabi
membahasakan dirinya. Kenapa tukar jadi ‘saya’ ye?

yus  on  12/31  at  09:51 AM

Saya setuju dengan huraian Puan…

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.