Wednesday, January 16, 2008

Selamat Datang! Satu Lagi Nama Besar Berhijrah Masuk Tim PTS

Nama glamor beliau adalah Mr. VOVIN. Nama sebenar beliau Tuan Nazri M. Annuar.

Beliau memulakan perkhidmatan di PTS ONE pada 2 Januari lalu.  

Sebagai anggota Tim PTS, beliau memikul tanggungjawab:

(i) Menaikkan kualiti cerita terbitan PTS ONE yang ditargetkan kepada remaja lelaki.

(ii) Menaikkan kualiti ilustrasinya, dan

(iii) Menaikkan kualiti pakejingnya.

Ibarat sirih pulang ke gagang, pinang pulang ke tampuk.

Teringat pula Sifu, beberapa waktu dahulu sewaktu kali pertama berkenalan dengan Mr. Vovin di bengkel Surah Yusuf. Beliau datang membawa sebuah karya beliau yang beliau yakin telah dicetak rompak.

Beliau menyerahkan 2 naskah bukunya kepada saya. Saya tengok, ya, saya nampak ada tanda-tanda salah satu buku itu adalah dicetakrompak.

Saya pandang wajahnya. Saya dapat merasakan apa yang terpendam di hatinya.

Lalu saya katakan kepadanya, "Jangan saudara pandang ke belakang, nanti saudara hilang motivasi berkarya. Pandang ke depan. Tulis buku buat PTS. Kita akan terbitkan!"

Dalam hati, Sifu berkata: "Ini ada anak muda yang berbakat besar dan sangat tidak puas hati."

Lalu saya bisikkan kepada Sdr. Mat Jan yang memperkenalkan Mr. Vovin kepada saya. "Jaga dia baik-baik!" itulah arahan saya kepada Sdr. Mat Jan.

Segera Sdr. Mat Jan menjawab, "Baik, puan!" 

 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Buku Remaja
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Satu Lagi Novel Fantasi Sai-Fai dari PTS FORTUNA Previous entry: PTS PROFESSIONAL dan Jabatan Grafik Naik 1 Tingkat
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/16  at  05:08 PM

Selamat datang Vovin! Bila nak belanja makan?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/16  at  05:25 PM

Baik, puan! <—besar sungguh pengaruh drama Gerak Khas terhadap diri saudara Mat Jan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/16  at  05:26 PM

Besok saya bawa kuah durian “Musang King” dari Janda Baik. Kita makan cecah roti!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/16  at  05:42 PM

Baik Puan!!! Nyum nyum! raspberry

Panaharjuna  on  01/16  at  05:51 PM

Berita Paham.

Roger and out.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/16  at  07:39 PM

Yey, Vovin! Peewit! Peewit!

Mya Marja  on  01/16  at  09:56 PM

Assalamualaikum,
Tuan Vovin rupa-rupanya!

ICe  on  01/16  at  10:58 PM

Lama juga En. Mat Jan hendak ‘unlock’ watak rahsia ni ya. :D

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/17  at  09:31 AM

Salam,

Sedang menikmati durian ‘Musang King’

Nyum.

Sedap.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/17  at  09:36 AM

Seluruh PTS Editorial sedang mabuk… gara-gara durian Musang King!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  01/17  at  11:41 PM

Tahniah Tuan Vovin!

Ya, ‘Jangan Pandang Belakang’ kerana ada ‘Ghost Rider’.

Tabik!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: