Satu Syawal: Tiket Filem dan Buku Laku
Rekod jualan PTS menunjukkan pada hari-hari akhir bulan Ramadhan dan hari-hari awal bulan Syawal jualan buku-buku PTS naik lebih tinggi daripada hari-hari biasa.
Inilah faktor yang menyebabkan PTS melancarkan kempen promosi novel-novel Islami terbitannya menjelang bulan Syawal.
Trend jualan ini serupa dengan trend jualan tiket filem yang juga naik mendadak pada hari-hari awal bulan Syawal.
Barangkali pada hari-hari awal Syawal banyak remaja pergi ke mall-mall bagi membelanjakan duit raya mereka, sama ada buat menonton filem, makan-makan, ataupun membeli buku.
Pada saat ini kerja-kerja packing dan shipping amat sibuk di dalam setor PTS yang terletak di kawasan perindustrian di Batu Caves, sehingga Tim Editorial pun banyak yang turun membantu Tim Setor bagi memastikan semua buku sampai ke kedai-kedai buku sebelum orang ramai yang pulang ke kampung tiba di destinasi masing-masing.
Nampaknya, apabila tiba musim cuti raya jualan buku-buku PTS di luar kota Kuala Lumpur naik menggebu-gebu macam apam tepung beras ragi tapai.
Menurut beberapa operator kedai buku yang kita tanya, semasa cuti raya banyak abang-abang dan kakak-kakak yang bekerja di bandar-bandar besar balik kampung lalu membawa adik-adik mereka yang masih bersekolah datang membeli buku sebagai cara memberi motivasi supaya mereka suka membaca.
Manakala ibu bapa yang pulang ke kampung membelikan buku-buku bagi bacaan anak-anak dalam kereta, supaya mereka kurang bising dan kurang boring sepanjang perjalanan jauh.
Tidak kurang juga bagi orang muda-muda yang balik menaiki bas dan kereta api, ada yang membaca buku bagi mengurangkan rasa bosan.
Itulah sebabnya jualan buku-buku remaja PTS laku keras pada musim cuti raya.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Perkara sebaliknya pula berlaku di kedai kamera, inilah waktu jualan yang paling perlahan.
Saya perhatikan senario yang sama berlaku di Islamic Relief. Ramai orang berduyun-duyun menderma menjelang Syawal ini berbanding hari-hari di awal bulan Ramadan.
..............
Nota Sifu: Tuan Iskandar, ada atau tidak orang yang bersedekah sardin dalam tin? Saya akan bersedekah pulut kepada penduduk Orang Asli Kpg. Songkok, dapatlah mereka buat lemang. Minggu lalu 2 orang sahabat dari KL turun bersedekah beras, minyak masak, gula, garam dan sabun mandi.
Post a comment