Sunday, September 27, 2009

Saya Membentangkan Kertas Kerja

Pada pagi ini saya berada di Johor Baru bagi membentangkan kertas kerja pada Persidangan Bahasa Melayu Antarabangsa (28 - 30 Oktober 2009).

Tajuk kertas kerja saya adalah "Trend Kontemporari Pasaran Buku Melayu Dalam Negara dan Strategi Menembusi Pasaran Buku Antarabangsa".

Persidangan ini adalah sangat akademik sifatnya,  dengan penyertaan profesor-profesor bahasa Melayu dari dalam dan luar negara, namun permohonan saya bagi membentangkan kertas dari industri telah diterima oleh penganjur.

Objektif saya adalah menyampaikan maklumat berkenaan isu-isu penting yang dihadapi oleh pemain-pemain dalam sektor industri perbukuan di Malaysia, khususnya penerbit buku-buku Melayu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Mengejutkan! Mengapa DBP Mati Akal Dibuat oleh Dawama Previous entry: Testimonial dari Blog Orang Besar Lagi Terkenal
Imran Yusuf  on  09/28  at  03:40 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Syabas kerana dapat membentangkan kertas kerja di persidang yang amat akademik.

Semoga kertas kerja Puan dapat “difahami” walau pun mungkin tidak mencapai tahap ‘tidak terlalu akademik’ bagi para profesor yang hadir. Semoga hasilnya lebih ramai profesor akan sanggup ‘menurunkan’ darjat akademik mereka dan menulis untuk PTS, seperti Tuan Prof Muhd Kamil Ibrahim.

Riduan Khairi  on  10/01  at  07:06 AM

Salamualaikum Sifu,

Mengapa makluman seminar ini tidak diwar-warkan kepada umum? Atau memang khusus untuk ahli akademik sahaja.

Saya sangat berminat untuk mengikutinya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/01  at  01:53 PM

salam puan..
sebagai antara peminat PTS yg secara tak langsung pecinta buku tempatan, saya amat tertarik dgn pembentangan puan pada persidangan tempoh hari, sampai naik terharu & hampir menangis sy (biarpun dlm hati) mengenangkan kata-kata puan memang benar jika melihat keadaan sekarang. saya harap puan & syarikat terus maju di masa akan datang. saya juga mencadangkan agar PTS merangka strategi promosi & pemasaran melibatkan media elektronik khususnya. buat kerjasama dgn mogul2 media untuk menarik pembaca melalui aktiviti jelajah & peraduan untuk hadiah novel menarik kepada pembaca. jika KRU dengan sokongan Alaf 21 boleh bekerjasama promosi produk masing2 di kebanyakan media khususnya kumpulan AMP Radio Networks, begitu juga Al-Hidayah Publications berani gunakan TV3 & TV9 untuk iklan tambahan, saya yakin & percaya PTS boleh buat lebih dari itu..insyaAllah.
jika boleh, saya ingin sekali berguru dgn puan seperti peminat puan yg lain & berharap puan boleh datang ke UPSI untuk mencurah ilmu kepada ribuan pelajar penggemar buku2 yg berkualiti & bercitarasa tinggi.
sekian, wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.