Friday, November 09, 2007

Khutbah Jumaat PTS: Perihal Restoran Cina Halal dan Novel Islami Halal

Banyak orang percaya, kalau mahu menjadi penerbit novel yang berjaya dalam perniagaannya, dia tidak boleh menerbitkan novel-novel yang pure Islami sahaja, perlu dimasukkan elemen-elemen, kalau bukan seks, romen dan asmara perlu diselitkan, atas alasan pasaran novel cinta yang pure Islami adalah amat kecil.

Pemikiran begini bermakna kita percaya Islam menyempitkan rezeki penganutnya yang taat.

Allah tidak mungkin merugikan hambanya yang mematuhi Quran dan Sunnah kerana Tuhan berjanji bahawa mereka yang ikut jalan Tuhan adalah mereka yang beruntung, baik di dunia mahupun di akhirat. Nabi Muhammad juga sudah menunjukkan bahawa berniaga dengan cara-cara yang beliau amalkan menghasilkan keuntungan yang berlipat ganda.

Jika saudara mahu makan makanan masakan Cina yang sedap dan harganya amat berpatutan, kunjungi restoran Cina Seafood Garden di Tanjung Malim. Restoran itu mendapat logo Halal JAKIM, tukang masaknya anak-anak muda Cina dan Melayu. Semua hidangannya lebih murah daripada harga hotel, pada waktu yang sama lebih sedap pula! Ia juga berhawa dingin.

Suatu perkara amat istimewa pada restoran ini adalah ia TIDAK menjual minuman arak sama sekali, beer pun tidak dijualnya. Banyak restoran yang mengaku bertaraf 'halal' tetap menjual arak, tetapi tidak yang di Tanjung Malim ini. Di restoran itu, pelanggan Cina pun minum teh Cina ataupun air buah sahaja.

Restoran Cina ini paling popular di Tanjung Malim. Pelanggannya sama banyak antara Melayu, Cina dan India. Malah operator bas-bas pelancong Cina dan Siam memberi kontrak kepada restoran ini. Padahal di Tanjung Malin itu banyak restoran-restoran Cina.

Restoran Seafood Garden di Tanjung Malim adalah bukti bahawa apabila sesuatu restoran itu menjual makanan halal sahaja, pasarannya menjadi lebih besar, kerana semua bangsa dapat dijadikan target pelanggan. Syaratnya adalah kelazatan masakannya.

Justeru, jika ada restoran halal yang gagal menawan hati pelanggan-pelanggan bukan Islam, pastilah ia disebabkan oleh kualiti masakannya yang gagal, bukan disebabkan oleh ciri halalnya.

Restoran apa sekalipun namanya, apabila hidangannya tidak sedap, pasti gagal.

Jikalau ada penerbit novel pure Islami gagal, itu bukan disebabkan oleh pasaran novel-novel pure Islami yang amat kecil, ataupun disebabkan pembeli tidak mahukan buku-buku bercirikan pure Islami, tetapi disebabkan novel-novelnya yang dikatakan pure Islami itu rendah mutunya, maka tidak sedap dibaca.

Penerbit novel apa sekali pun namanya, Islami ataupun non-Islami, apabila novel-novelnya tidak sedap dibaca, baik yang pure ataupun yang tidak pure ciri Islaminya, bisnesnya pasti gagal.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Khutbah Jumaat
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Rasuah di Kementerian Pelajaran: Apabila Kontraktor Buku Juga Menerbitkan Buku Previous entry: Sastera Malaysia Dimanipulasi untuk Kepentingan Politik
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/09  at  08:50 AM

Nikmatnya membaca khutbah PTS, semoga ianya dapat berkumandang secara live melalui web pts bagi khutbah seterusnya.

Fakta yang diberi cukup sempurna. Maklumat sokongannya amat jelas. Semoga ianya memberikan kita kesedaran bahawa hidup yang berpaksikan 100% ajaran Islam boleh membuatkan kita menjadi bahagia, kaya dan pandai.

Yakin dengan sebenarnya yakin, bahawa Allah telah memberikan kita panduan yang paling betul dan paling berkesan untuk mencapai segala apa yang kita inginkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/09  at  08:43 PM

Bak kata Upin & Ipin, “Betul, betul”.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: