Friday, July 13, 2007

Sedikit Ilmu yang Berguna

Assalamualaikum.

Puan Ainon yang saya hormati dan segani, semoga Puan Ainon berada dalam keadaan sihat sejahtera dan aman bahagia. Amin.

Puan, saya baru sahaja selesai menjalankan program bertajuk 'Pembangunan Organisasi dan Pemantapan Modal Insan' untuk para pegawai dan pensyarah daripada sebuah institut. Program ini dijalankan selama 4 hari di Langkawi.

Apa yang ingin saya ceritakan ialah saya telah gunakan semua nasihat yang Puan berikan semasa kita berkursus mengenai training tempohari. Hasilnya sangat hebat, Puan!

Saya ikut pesan Puan supaya memberikan peserta banyak masa untuk bercakap. Saya ikut nasihat Puan supaya menunjukkan rasa hormat kepada semua peserta dan juga pegawai daripada penganjur program tersebut. Bukan sahaja saya mendapat maklum balas yang sangat baik di akhir program ini, saya juga diminta menghantar beberapa cadangan untuk program-program lain untuk pelajar dan juga untuk staff institut.

Terima kasih banyak-banyak, Puan, atas segala ilmu yang telah Puan curahkan kepada saya. Untuk pengetahuan pihak Puan, saya bawa 30 buku saya. Kesemuanya habis dijual di akhir program tersebut. Rasa menyesal pula sebab tidak bawa lebih banyak buku. Walau bagaimanapun, saya bersyukur kerana selama ini saya tidak pernah bawa buku tersebut apabila saya menjalankan apa-apa program bersama orang dewasa. Ini kerana, saya sangka, buku itu tidak ada kena mengena dengan mereka. Ternyata saya silap.

Sekali lagi, terima kasih banyak-banyak, Puan. Saya berharap agar terus mendapat tunjuk ajar daripada Puan untuk memajukan lagi kerjaya saya dan juga memajukan lagi kebolehan saya untuk berkongsi ilmu melalui penulisan saya.

Terima kasih, Puan.

OA.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: 11 Tahun Belajar Mengarang Previous entry: Siapa Dapat Duit Gadis Muda
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/14  at  01:46 AM

Siapakah Encik/Cik/Puan OA ini?
——-

Alang Kelana  on  07/14  at  07:29 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah, tahniah, tahniah Tuan OA,..Tuan telah berjaya memecah masuk ke sektor yang berbeda dari sektor training di sekolah ke sektor training jabatan dan agensi kerajaan. Inilah berkat berguru.

Syabas untuk Puan Sifu yang telah melahirkan seorang lagi mentee yang tangkas menukar haluan demi meningkatkan kejayaan di dalam waktu yang singkat.

mp  on  07/14  at  07:45 AM

Terima kasih berkongsi maklumat ini.

Tengku Asmadi  on  07/14  at  01:52 PM

Tahniah dan syabas kepada saudara Osman Affan.  Orang muda yang berjiwa besar dan bercita-cita tinggi.  Saya percaya anda pasti merealisasikan impian dan mampu terus menyumbang bakti.  Saya kagum.

Osman Affan  on  07/14  at  06:15 PM

Assalamualaikum.

Puan Ainon yang saya hormati, sekali lagi, saya merasa terharu.

En Alang, terima kasih. Betul, inilah berkatnya berguru. Inilah juga berkatnya berguru dengan seseorang yang pakar dalam bidangnya.

Dr Asmadi, terima kasih. Saya benar-benar terharu dan bersemangat dengan kata-kata Dr. itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/18  at  02:04 PM

Tahniah kepada saudara Osman Affan, semoga mencapai segala apa yang dihajati, Amin.

Insyaa Allah saya juga ingin berguru dengan saudara.

“Sesiapa yang mengajar kepada aku walaupun perkataan Alif, dia itu guruku” kata
Saidina Ali.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: