Thursday, October 09, 2008

Ada-ada Sahaja: Kisah Encik Azari dan Tuala Gambar Raket Badminton

PTS tidak mempunyai pejabat cawangan di zon-zon seluruh negara. Semua agen dan kedai buku diservis oleh eksekutif jualan yang bertugas di ibu pejabat PTS di kawasan perindustrian Batu Caves Kuala Lumpur.

Setiap bulan eksekutif sales PTS keluar out-station berhari-hari, ada masanya sampai 10 hari, melawat kedai-kedai buku zon masing-masing. Tn. Azari menjaga zon Pantai Timur. Tn. Zulkimy menjaga zon Utara. Tn. Nurikhram menjaga zon Selatan. 

Apabila tiba musim hujan, mereka lebih banyak terdedah kepada bahaya. Di sesetengah tempat, garisan keselataman di atas jalan sudah kabur, dan itu menyukarkan mereka memandu pada waktu malam.

Di pekan-pekan kecil, keadaan hotel (yang terletak di atas kedai kopi) tidak selesa. Yang dikatakan 'hotel' adalah rumah tumpangan Cina. Tuala mandi yang disediakan amat kecil dan nipis (gambar raket badminton), sampai tidak cukup hendak dililitkan di pinggang (En. Azari)! 

Ada kalanya rumah tumpangan seperti itu hanya mempunyai bilik mandi kongsi, masih menggunakan kolah dan gayung. Sesekali mereka terpaksa berkongsi bilik air dengan pekerja-pekerja kontraktor potong rumput yang terdiri daripada warga negara asing!

Lelaki penghias cover buku ini adalah Tuan Azari. 

Barangkali, suatu strategi meningkatkan keselesaan para eksekutif sales PTS adalah dengan mengamalkan apa yang disarankan oleh pengarang buku ini! 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(8) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Berfikir di Luar Kotak Gaya DBP Previous entry: Surat Pilihan: Novel Sisipan
Shamsuddin Kadir  on  10/18  at  03:02 AM

Insyaa-Allah setiap usaha dan kepayahan itu terbalas dengan tercatatnya amalan baik dalam buku amalannya.

Semoga di dunia mereka dipermudahkan di dalam urusan dunia mereka dan di akhirat mereka menjadi orang yang paling banyak memiliki amalan baik. Amin.

Usaha menyebarkan buku-buku bermanfaat adalah satu usaha yang tidak akan rugi sepanjang hayat.

MBA  on  10/18  at  05:14 AM

Membaca kisah ini, teringat saya kepada hotel-hotel tradisional di Jepun yang dipanggil “Ryokan”.

Ryokan tidak menyediakan katil dan tilam, cuma tikar (tatami) seperti totoo di tempat kita. Sebuah TV dan sepasang yukata (kimono musim panas sebagai baju tidur).

Bilik mandi dan tandas memang di luar dan berkongsi.

Apa yang menariknya ialah, saiz tuala yang diberikan hanyalah sejengkal sahaja. Ia itu yang bercap “good morning”. Malahan di sekitar ryokan juga, tuala jenis itu jugalah yang dijual.

Ryokan ialah penginapan paling murah di Jepun.

MBA  on  10/18  at  05:23 AM

Puan Sifu-san;

Jiran di sebelah rumah saya (pernah datang ke kursus PTS) buat kerja dari rumah. Setiap bulan beliau akan ke utara dan selatan untuk bertemu pelanggannya.

Beliau menyewa sebuah rumah di Perak (Taiping) dan sebuah bilik di Johor. Bayarannya ialah RM200 sebulan setiap satu. Beliau bermalam satu hingga tiga malam sebulan di Perak dan di Johor. Ia lebih menguntungkan katanya sebab jika menyewa hotel, paling murah ialah RM100 semalam dan belum tentu dapat disewa.

Barangkali PTS boleh meniru idea sebegini dan semasa tidak digunakan, ia bolehlah dimenafaatkan oleh penulis PTS di kawasan-kawasan tersebut.

Wallahualam.

Imran Yusuf  on  10/18  at  10:41 AM

Assalamu’alaikum, Puan Sifu,

Cadangan Tuan MBA mungkin lebih murah dilaksanakan daripada cadangan pengarang buku itu.

Akan tetapi cadangan pengarang buku itu lebih menarik dan lebih selesa layanannya - malah boleh juga meningkatkan produktiviti para eksekutif sales PTS.

Cubalah buat kajian lebih mendalam terhadap kedua-dua cadangan itu. smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/18  at  12:08 PM

Senario jika ada mungkin ‘rumah pts’ di daerah kerap pergi.

‘Malas aku nak duduk sana… out of the way laa’
‘Busuk dan kotor. Orang yang duduk sebelum aku tak jaga rumah tu.’
‘Tilam tak empuk la… gua allergy tilam murah geng’
‘Hish… kurang pulak claim aku camni’
‘Apa.. tandas sumbat lagi? Orang sana…’
‘Alamak… tambah lagi kerja aku. Tak pasal2 kena jaga rumah tumpangan pulak’

Pengurusan mikro (micromanagement) aktiviti tidak teras (non-core) boleh menjadi satu perangkap. Pengurusannya remeh, dan terkadang pulangan tidak seberapa. Lebih parah mungkin secara tidak sengaja ia memberi kesan negatif pada moral pekerja (salesperson, juga pekerja yang harus jaga dan selenggara.

Cara termudah untuk tingkatkan moral mereka yang harus pergi luar kawasan ialah dengan meningkatkan elaun (hehe.. pengurusan biasa alergi dengar ayat ni). Tapi cara ni pun payah juga… nanti ada yang pergi luar kawasan bukan kerana tugas sangat tapi kerana nak tuai claim.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/18  at  12:56 PM

Tuan Imran,

Apa jua idea pastilah ada kelebihannya dan ada kelemahannya. Jadi, pilihlah mana-mana idea yang kita sanggup galas kelemahannya.

Kelebihan idea pengarang buku itu adalah ‘rumah sewa’ itu nanti akan sentiasa bersih dan kemas. Makan pun tidak perlu keluar rumah. All-in-one service.

Kekurangan idea itu adalah salesman asyik outstation sahaja….

KakChik  on  10/19  at  01:06 PM

La… saya tak tahu pun yang model tu En. Azari rupanya… Kalau tahu, masa dia singgah di gerasi pesta buku baru-baru ni boleh saya promo habis-habis.

Dia pun ‘low-profile’ saja…

Tentu suami saya seronok kalau tahu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/19  at  09:20 PM

Salam..

Keluarnya seorang sales person adalah tujuan utamanya untuk mencari sales dan juga pasaran baru, namun dengan pasaran yang sediaada, jadual perjalanan dapat dilakukan.

Idea untuk mencari rumah sewa adalah tidak begitu berkesan kerana dalam sesuatu daerah ataupun bandar itu tidak ada begitu banyak pelanggan yang harus dijanji temu. Kerja sales person adalah bekerja secara bergerak dan tidak bertumpu pada suatu kawasan sahaja. Kadangkala bertemujanji dengan pelanggan sehingga 7 - 12 orang dan lewat malam baru merehatkan diri di “rumah tumpangan”.

Sales person mengejar masa, pelanggan dan jualan, itu belum lagi kira meredah hujan panas.

Namun, dengan peredaran waktu sekarang, setiap kali sales person mencari “rumah tumpangan” kena juga pastikan setiap “rumah tumpangan” itu mempunyai WIFI untuk digunakan untuk e-mail pesanan pelanggan bagi memastikan produk segera diproses kepada pelanggan.

Sepatutnya Tn. Azari meletakkan “cawangannya yang 4” itu di setiap daerah yang dilawatinya seperti Kota Baharu, Kuala Terengganu, Kemaman dan Kuantan, barulah adil dan saksama adanya dan menjimatkan…..Aminnnn.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: