Wednesday, September 16, 2009

Sekali Menerbitkan Buku, Tidak Boleh Berhenti Menerbitkan Buku Lagi, Sampai Bila-bila

Apabila tuan mahu menerbitkan sebuah buku, bersedialah... selepas buku pertama, setiap bulan tuan mesti menerbitkan buku baru. Jadi, tuan memerlukan modal operasi yang besar.

Semua kedai buku dan pengedar akan berhutang kepada penerbit. Mereka tidak membayar harga buku yang diterima pada hari yang sama. Semuanya main kredit.

Mengutip hutang daripada kedai buku dan pengedar buku indie adalah kerja sukar, melainkan penerbit datang dengan membawa buku hutang berserta buku baru yang pekedai yakin akan laku keras.

Tunjukkan buku baru itu, kalau pekedai mahu buku itu, dia perlulah membayar dahulu hutang buku-buku lama.

Cara mengutip hutang adalah serupa sahaja bagi semua jenis bisnes.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Akan Terbit: Di Dunia Ada Syurga Previous entry: Dana RM50 Juta Setahun untuk Penerbit Filem, RM00 Juta untuk Penerbit Buku Ilmu

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.