Sekolah Agama Al-Farabi Kelang Menganjurkan Bengkel Komik

Foto menunjukkan pelajar-pelajar Sekolah Agama Al-Farabi, Kelang, Selangor mengikuti bengkel melukis komik.
Pelukis Komik-M PTS yang menjalankan bengkel itu adalah Tn. Alif Firdaus Azis siri Orang Kuat (T-shirt meraj) dan Tn. Bophairy siri Ultra Qalif (T-shirt putih).
Perkembangan positif ini sangat baik kerana komik yang berunsur Islamik sudah mula mendapat sokongan daripada golongan agamawan. Pada masa lalu sekolah-sekolah agama tidak membenarkan komik dibaca dalam kawasan sekolah kerana dibimbangi komik-komik itu meninggalkan kesan negatif kepada pelajar. Dengan terbitnya Komik-M perlahan-lahan pandangan itu mula berubah, bahawa tidak semua jenis komik mengandungi unsur-unsur negatif.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment