Saturday, February 26, 2011

Sekolah Fanatik AinMaisarah

Foto menunjukkan ketibaan Puan Ain Maisarah ke Sekolah Taman Seroja di Bandar Baru Salak Tinggi, Selangor, sebuah sekolah rendah. Beliau disambut oleh guru-guru yang memakai pakaian sedondon, lengkap dengan bunga manggar. Pendek kata, sambutan yang diberikan kepada beliau ala-ala sambutan untuk timbalan menteri di kementerian pelajaran!

Sekolah ini bolehlah diberi jolokan 'Sekolah Fanatik AinMaisarah' kerana pada hari itu buku-buku dan novel-novel lain terbitan PTS yang dipamerkan boleh dikatakan macam 'tidak laku' melainkan buku-buku AinMaisarah yang habis licin, satu naskhah pun tidak tertinggal.

Pada hari itu, novel-novel AinMaisarah terjual sebanyak 1012 naskah. Puan Ain Maisarah terpaksa menunggu sehingga jam 2 petang bagi menghabiskan tandatangan ratusan pelajar yang menunggu dari jam 10 pagi. Habis dakwat dua batang pen.

Kita nama fenomena ini sebagai 'Fenomena AinMaisarah'. Ia adalah sesuatu yang di luar kebiasaan. Belum pernah sebelum ini penulis novel mengalami apa yang sedang dialami oleh Puan Ain Maisarah di mana penulis disambut sebagai selebriti.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Tip Survival Penulis: Mencipta Nama untuk Cerita Kanak-Kanak dan Awal Remaja Previous entry: Tip Survival Penerbit: Apa Tugas Eksekutif Junior di Jabatan Sales PTS

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.