Sunday, April 22, 2007

Selamat Memulakan Karier Baru kepada Cik Fatimah Danial

Adalah dimaklumkan editor pengurusan PTS Islamika, Cik Fatimah bt Danial, akan menamatkan perkhidmatannya di PTS pada 30 April ini. Beliau adalah puteri kepada Dr. Danial Zainal Abidin. Beliau akan pulang ke Pulau Pinang bagi memulakan karier sebagai usahawan bersama keluarga.

Fatimah, berkelulusan ijazah muda dalam bidang biokteknologi dari USM, berkhidmat dengan kumpulan PTS bermula Mei 2003 sebagai editor pelatih sebelum dilantik menjadi editor penuh PTS Pubications & Distributors Sdn Bhd.

Atas khidmat cemerlangnya yang merangkumi dedikasi, usaha tanpa jemu dan ketelitian kerja-kerjanya, Fatimah kemudian dilantik sebagai editor kanan dan akhir sekali editor pengurusan di PTS Millenia Sdn Bhd.

Apabila kumpulan PTS berhasrat menubuhkan PTS Islamika, beliau sekali lagi diberi kepercayaan dan tanggungjawab untuk menjadi tulang belakang dan perintis projek Islamika bersama tim nukleus PTS Islamika. Bermula dari proses perancangan sehinggalah Islamika mencapai status operasi pada Jun 2006, beliau banyak terlibat mengendalikan urusan pra-penerbitan, dari manuskrip mentah hinggalah terbit menjadi buku.

Beliau juga banyak terlibat dalam melatih editor-editor baru dan editor bebas di PTS.

Kumpulan PTS khususnya PTS Islamika ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih atas khidmat dan jasa cik Fatimah bersama PTS. Allah jua yang layak yang membalasnya.

Warga PTS amat terasa kehilangan rakan setugas yang cukup sabar dan banyak berkongsi susah senang bersama PTS sejak dari PTS mula bertatih lagi. Semoga semangat, dedikasi, komitment dan peribadi muslimah solehah beliau sentiasa menjadi dorongan serta inspirasi kepada rakan-rakan setugas yang lain, khususnya generasi muda PTS, insya'Allah.

Di doakan agar beliau terus berjaya dan cemerlang dalam apa jua kerjaya dan bidang yang diceburi. Jazahallahu khairan kathira - semoga Allah memberi balasan baik sebanyak-banyaknya kepada beliau. Wallahu'alam.

Sebarang urusan PTS Islamika yang berkaitan dengan beliau kini diambil alih oleh editor PTS Islamika, Cik Firdaus Tahir .(JavaScript must be enabled to view this email address).

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Pengumuman
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Catatan Travelogue (1) Previous entry: Pesta Buku 26 April - 6 Mei
Fadzli Yusof  on  04/27  at  09:34 AM

Terima kasih banyak-banyak kerana sumbangan Saudari Fatimah terhadap karya-karya saya dan rakan-rakan yang lain. Awan yang indah, pasti lebih damai jika ada sang camar terbang lalu. Setelah ia berlalu, hati masih terasa rentak sayapnya… (entah apa-apa la ayat ni!)

http://www.fadzliyusof.com
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/08  at  10:42 PM

Salam,
Cik Fatimah Danial merupakan seorang muslimah yang sangat tabah dan tekun di dalam apa jua tugas yang beliau dilakukan selama ini. Saya sudah mengenali beliau semenjak tingkatan satu di SMI Al-Amin Gombak lagi. Semoga beliau sentiasa sukses didalam apa jua kerjaya yang beliau ceburi selepas ini. Sesungguhnya Allah amat menyayangi orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Jzklh.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: