Tuesday, September 30, 2008

Selamat Menyambut Hari raya

Saya mengucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada semua pembaca UNIKPTS amnya dan kepada semua MenteeSifuPTS khususnya.

Kepada semua mentee yang sudah menghasilkan karya saya mendoakan moga-moga karya mereka laku keras.

Kepada mentee yang sedang bersungguh-sungguh menyiapkan karya saya mendoakan supaya proses penulisan menjadi semakin laju selepas cuti raya ini.

Sama-samalah kita saling maaf-memaafi jika ada apa-apa yang tersalah cakap antara kita selama berinteraksi sebagai Sifu dan Mentee. 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(15) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Satu Buku, Dua Terjemahan Previous entry: Memilih antara Diri yang Terkenal ataupun Buku yang Terkenal
Abdul Latip  on  09/30  at  06:50 AM

Saya juga ingin mengucapkan Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri kepada Sifu Puan Ainon, warga kerja PTS dan semua penulis PTS. Maaf zahir dan batin.

MKI  on  09/30  at  07:14 AM

Salam sejahtera Puan Ainon yang budiman,

Saya sekeluarga mendoakan agar puan dan suami serta anak-anak diberkati Allah. Semoga hari raya ini membawa lebih kebahagiaan.

Kami mohon maaf jika ada salah-silap.

NeenaUmi  on  09/30  at  07:17 AM

Assalamualaikum warahmatullah,

Kepada Puan Ainon yang saya amat hormati, semua warga kerja PTS serta sahabat penulis PTS dan para pembaca…

Saya mengucapkan Eid Mubarak!

Di doakan semoga segala amal ibadah kita pada Ramadhan yang baru berlalu diterima Allah serta dipanjangkan usia sehingga berkesempatan dalam Ramadhan-Ramadhan yang berikutnya...Amin

Maaf Zahir Batin..

Amar Mahmood  on  09/30  at  07:24 AM

Selamat Hari Raya Aidilfitri buat Puan Ainon dan Prof. Juga buat seluruh warga PTS yang telah banyak membantu saya.

Tak lupa juga buat Pembaca UNIKPTS.

Moga Syawal ini memberi kejayaan yang lebih besar buat kita semua.

Maaf Zahir Batin smile

Fable Fox  on  09/30  at  07:46 AM

Saya pun sama. Minta maaf dan Selamat Hari Raya!

Azhar Mat Zin
Fable Fox
http://www.fablefox.com

MBA  on  09/30  at  08:21 AM

Salam Sifu-san;

Bakar lemang buatan sendiri
Tidak cukup rendang gunalah sardin
Selamat hari raya Aidilfitri
Mohon maaf Zahir dan batin.

Shamsuddin Kadir  on  09/30  at  09:54 AM

Assalamualaikum wbt.

Kepada Puan Sifu, wargakerja PTS, penulis PTS dan semua tetamu dan pelajar Universiti Terbuka PTS

Saya ingin mengambil kesempatan ini bagi memohon maaf daripada semua di atas setiap kelakukan saya yang mana menguris ataupun menyakitkan hati Tuan & Puan semua. Maafkan saya. Maafkan saya. Maafkan saya.

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri

Shamsuddin Abdul Kadir
http://www.shamsuddinkadir.com

Imran Yusuf  on  09/30  at  10:45 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu

Salam Idilfitri dari kami sekeluarga. Semoga lepas raya karya semakin laju mengalir dan buku diterbitkan segera supaya sempat untuk Pesta Buku 2009.

Alhamdulillah juga anak kapal & kapal Bunga Melati Dua dan Bunga Melati 5 dibebaskan jadi dapatlah kita beraya dengan fikiran yang lega, tanpa bimbang keadaan mereka menyambut hari raya dalam tawanan lanun.

(Dengar khabarnya oleh kerana banyak kapal yang ditahan puak lanun Somalia, sehingga mereka/lanun terpaksa buat jadual untuk berunding ‘take own sweet time’ untuk nak terima wang tebusan dari pihak kapal mana yang mereka nak bebaskan dahulu, dan khabarnya pihak lanun beri keutamaan untuk lepaskan kapal dari Malaysia kerana anak kapal ramai yang beragama Islam… alahai...fikir pasal raya juga lanun ni rupanya...)

http://meredahsamudera.blogspot.com

Sunthara CFP RFP  on  09/30  at  12:15 PM

Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri Kepada Puan Sifu, warga PTS, penulis/bakal penulis PTS dan semua pelawat laman Universiti Terbuka PTS. Semoga semua amalan dalam Bulan Ramadan dikurniakan pahala berlipat ganda.

Sunthara Segar CFP,RFP
Writer,Marketing and Copywriting Consultant
http://ilmudigital.blogspot.com
Kolumnis Ruangan Mengurus Kewangan Mingguan Wanita
Penulis Buku PTS Siri Pengurusan Kekayaan:
1) Kerjaya Perancangan Kewangan Peribadi
2) Rahsia Melabur Dalam Unit Amanah
3) Rahsia Mengurus Insurans Hayat

Zamri Mohamad  on  09/30  at  12:33 PM

Assalam alaikum wbt

Puan yang dihormati dan Tuan/Puan/ Cik Puan Editor serta pengurus dan rakan-rakan penulis yang dikasihi Allah dicintai Nabi.

Salam Aidilfitri daripada saya, mohon maaf sekiranya sepanjang ini saya ada terbuat salah dan silap kata dan perbuatan. Mari kita sama-sama doa-mendoakan kejayaan bersama di dunia dan akhirat.

Moga-moga Allah menghidupkan, menidurkan dan membangkitkan kita kembali bersama sebagai Muslim dan bersama-sama orang yang soleh dan solehah.

Salam Aidilfitri

ZAMRI MOHAMAD

M.Faisal Nordin  on  09/30  at  05:27 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu & Warga PTS

Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin kepada Pn. Sifu sekeluarga dan juga warga PTS yang sentiasa diingati.

M.Faisal Nordin & Sekeluarga.

Wan Norjihan  on  09/30  at  10:26 PM

Assalamu’alaikum warahmatullah

Kepada Sifu, semua staf rangkaian PTS, para penulis, penerbit dan pembaca semua, semoga berada dalam lindungan dan rahmat Allah Ta’ala.

Saya juga ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat menyambut hari raya idilfitri, semoga Ramadhan dan Syawal kali ini membawa seribu keberkatan kepada kita semua.

Saya juga doakan semua semoga dikurniakan Allah Ta’ala ilham dan kelapangan dalam meneruskan perjuangan salah satu wadah dakwah ini.

Wan Norjihan binti Wan Abdullah
http://www.norjihan.net

Bb Wilmi  on  10/01  at  02:24 PM

Assalamualaikum Pn Ainon & Keluarga ...

Ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri ini ditujukan khas untuk Puan & keluarga yang dirahmati Allah.

Semoga kedatangan Syawal tahun ini lebih bermakna dengan limpah kurnia-Nya dan semoga hari-hari lebaran disambut dengan penuh rasa syukur. Akhir kata, saya menyusun sepuluh jari jika ada tersilap dan terkasar bahasa di sepanjang berbengkel dengan ‘Sifu’. Doakan saya berjaya menghasilkan buku sendiri satu hari nanti berkat ilmu yang Puan sampaikan.

Sehingga bertemu lagi.

Salam inspirasi,
Bb Wilmi
Kota Bharu Kelantan

ridzwan bakar  on  10/01  at  09:38 PM

Salam Eid Mubarak,

Moga Allah menerima usaha kita mempertingkatkan diri melalui amal soleh di bulan Ramdhan.

Kepada Pn. Ainon, En. Arief, En. Faris, En. Imran dan semua warga kerja PTS - Eid mubarak minal aidin wal faizin.

Ridzwan Bakar
Shah Alam

 on  10/02  at  09:44 PM

Asalamualaikum, Puan Sifu yang dihormati.

Selamat Hari Raya kepada Puan sekeluarga, warga PTS, dan penulis-penulis PTS.

Semoga kemesraan dan kasih sayang bertambah erat pada musim perayaan ini.

Rihan Hashim

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: