Thursday, June 14, 2007

Selebriti dan Royalti

Ini gosip tentang cerita daripada sesama rakan penerbit buku. Ada sebuah penerbit yang berminat menerbitkan buku masakan dalam dua edisi, satu edisi Bahasa Melayu, satu lagi edisi bahasa Inggeris.

Si penerbit pun mencari seorang chef yang sudah ada nama, yakni sudah selalu muncul di TV supaya menjadi 'penulis' buku masakan itu.

Faktor 'nama' memang penting dalam sektor buku masakan, sebab buku yang 'ditulis' oleh chef popular terbukti jualannya lebih baik daripada buku yang ditulis oleh chef tanpa nama.

Tetapi chef tersebut meletakkan harga yang terlalu tinggi bagi poket si penerbit, lalu penerbit itu pun menarik balik tawarannya, dan sekarang sedang mencari chef lain.

Moral gosip ini: Hendakkan banyak sangat, langsung tidak dapat royalti...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Ini Dia Fantasi Bermutu Sastera! Previous entry: Doa Nabi Yusuf
MBA  on  06/14  at  05:07 PM

Puan Sifu;

Adakah PTS juga berhasrat untuk mengeluarkan buku resepi masakan?. Yalah, untuk memandaikan bangsa melalui masakan.

Ada sebuah penerbit datang berbincang dengan saya untuk terbitkan buku resepi asli Kek Lapis Sarawak (myJICA ada cawangan di Sarawak yang mengkhusus dalam kek lapis Sarawak). Tetapi ada syarat-syarat yang perlu kami patuhi yang menyebabkan kami terpaksa berfikir terlalu lama :-(
——-

Fable Fox  on  06/14  at  05:41 PM

Maaf Puan Ainon, dalam kes ini, mesti ada ‘standard price’ dan ‘give and take’.

Katakanlah Jackson biasanya dibayar 1 juta untuk konsert, dan biasanya penganjur konsert mendapat keuntungan 1 juta.

Tiba-tiba datang seorang pengajur mahu bayar sekadar RM 100,000. bila ajen Jackson kira-kira, penganjur akan untung RM 1.9 juta.

Dalam kes ini Jackson mesti terima atau tidak? Kalau terima, bagaimana jika masa hadapan penganjur berpakat-pakat tawarkan RM 100,000 sahaja, kononnya, murah-murah pun Jackson akan terima juga.

Saya tidak tahu nilai sebenar dalam kes cerita Puan Ainon, tetapi saya yakin pihak chef itu tahu keuntungan sebenar, lagipun dia chef ternama, dia tahu keuntungan yang biasa diperoleh melalui buku masakan. Jadi dia juga tahu kes di mana penerbit ambil terlalu banyak keuntungan (kes biasa di Malaysia dalam banyak hal / perniagaan).

Dari segi psikologi, bila kita ada terlalu banyak wang, benda yang lain menjadi lebih penting, rehat, masa, prinsip - terutamanya prinsip. Sean Connery tidak mahu bayaran tinggi kerana tidak mahu berlakon Idiana Jones terbaru.

Pemain tenis yang baru menang mahukan berehat dan tidak mahu bertanding di pertandingan seterusnya - yang biasa dimenanginya dan telah menyertainya sebanyak 7 kali.

Moral dari cerita itu? Mungkin chef itu ingin mengajar penerbit supaya jangan makan untung seorang-seorang banyak sangat, mesti pilih win-win situation. Chef itu mungkin rugi, tetapi sebagai chef terkenal - dia tidak akan terasa sengatnya grin

Maaf, En. FOX, ‘standard price’ tidak ada bagi produk-produk yang bukan komiditi.

Fable Fox  on  06/14  at  05:46 PM

Oh, lagi satu, saya tidak dapat hadir kursus 16 dan 17 hb, disebabkan oleh kekangan kewangan :-(

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/02  at  04:50 PM

salam puan ainon!ada kah pihak puan masih mencari chef untuk buku masakan?mungkin saya boleh membantu hubungi saya di alamat ini .(JavaScript must be enabled to view this email address) terima kasih

Juraiza Abdul Aziz (Nomie Aziz)  on  12/16  at  08:14 AM

Saya menulis ebook berkenaan dengan Rahsia Membuat Kek Gulung Lapis Sarawak dan telah diterbitkan oleh Berita Publishing.  Apa pun, ia terpulang kepada niat seseorang bila mahu menulis berkenaan dengan resipi.  Anda boleh menulis resipi sebanyak mana yang anda tahu tapi sekiranya tidak mengetahui teknik2 pembuatannya, ia agak sukar.  Keikhlasan penulis juga amat penting kerana bukan senang ya untuk menulis rahsia;-).  Amat berharap agar ada pihak publisher yang boleh menerbitkan buku yang sedaya upaya cuba untuk memahamkan pembacanya..

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: