Wednesday, November 14, 2007

Selepas Berjaya Mengekspot Lesen Buku ke Indonesia, ke Mana Pula PTS?

Hubungan PTS dengan komuniti penerbit di Jakarta dan Bandung sudah stabil dan semakin berkembang. Matlamat kita adalah mendapatkan lebih banyak rakan niaga di sana yang mahu melesen lebih banyak judul-judul PTS.

Selepas kejayaan PTS menembusi pasaran Indonesia, kita berminat mengekspot judul-judul kita ke Thailand, Vietnam dan Filipina. PTS sudah mula menghantar misi pegawai-pegawainya ke pesta-pesta buku di Bangkok dan di Manila bagi memperkenalkan diri dan membuka hubungan dengan penerbit-penerbit di sana.

Salah satu halangan teknikal yang kita alami adalah isu bahasa. Kita memerlukan penterjemah Melayu-Thai-Melayu, Melayu-Tagalog-Melayu dan Melayu-Vietnam-Melayu.

Jika kita mahu mengekspot judul kita ke negara-negara lain, kita perlu mengimpot judul-judul mereka. Begitulah adat orang berniaga, mestilah saling menguntungkan.

Novel awal remaja siri "ADAM KECIL" sudah ada pihak yang berminat melesennya bagi diekspot ke Vietnam, tetapi itu dalam bahasa Inggeris.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Pemasaran Buku
(3) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: "Game Book" dari PTS Previous entry: Surat Pilihan: Kalau Sudah Rezeki!
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/14  at  03:24 PM

Bagaimana pula dengan kecenderungan buku-buku motivasi dalam bahasa mandarin Puan?

Secara kasar saya lihat dalam pameran buku popular, buku-buku seperti ini melambak diterjemah dari buku luar dan ditulis oleh penulis berbangsa cina

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/15  at  12:30 AM

Cikpuan Zulika,

Kita memang memikirkan pasaran buku PTS dalam bahasa Cina. Barangkali jalannya belum terbuka. Namun kita akan terus berusaha.

Baru-baru ini saya bercakap dengan seorang penerbit buku besar di negara ini, yang berbangsa Cina. Saya meminta pandangan beliau tentang kemungkinan kita melesenkan buku-buku agama PTS kepada penerbit Cina di negara Cina, memandangkan di sana ramai orang Cina Islam.

Menurut beliau, masanya belum berapa sesuai, kerana bahagian negara Cina di mana penduduk Islamnya ramai terletak di sebelah utara dan pedalaman, di mana kawasan di sana masih miskin, dan tidak sekaya dan semaju kawasan sebelah selatan.

Jadi beliau menasihatkan supaya kita bersabar dahulu. Sementara itu kita perkuatkan pasaran buku-buku PTS dalam negara, dan di Indonesia. Sambil itu tengok-tengok juga peluang melebarkan pasaran di wilayah ASEAN.

Menurut nasihat beliau lagi, banyakkan produk PTS yang berkualiti, nanti apabila pintu peluang terbuka, PTS sudah bersedia dengan produk-produk itu.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/16  at  01:14 AM

Salam,

Apabila saya belek-belek buku motivasi Cina, saya dapati kebanyakan buku-buku itu banyak cerita. Semua contoh dalam bentuk cerita. Semua teori juga dalam bentuk cerita dan hanya sedikit penerangan.

Ayat-ayat pun yang mudah-mudah sahaja.

Lagi satu, waktu ditunjukkan buku motivasi pengarang yang paling laris jualannya, cerita dalam buku motivasinya banyak dialog.

Moga dapat membantu bagi yang ingin menembusi pasaran buku motivasi Cina.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: