Saturday, August 11, 2007

Selepas “Laskar Pelangi” 3 Lagi Novel Andrea Hirata akan Terbit

Inilah wajah ganteng novelis Laskar Pelangi yang menerima sambutan baik di Malaysia. Dalam masa kurang 6 bulan, novel itu habis terjual dan akan diulangcetak.

Tentang novel Laskar Pelangi:

“Menyentuh...” kata Garin Nugroho.

“Mengharukan...” kata Korrie Layun Rampan.

“Menarik...” komentar Sapardi Djoko Damono.

“Kemelaratan yang indah...” tulis Tempo.

“Novel tentang dunia anak-anak yang mencuri perhatian...” puji Gatra.

PTS Litera Utama sudah mendapat lesen menerbitkan semua karya Andrea, termasuk novel keempatnya, Maryamah Karpov yang sedang disiapkan sekarang.

Andrea Hirata muncul tiba-tiba dalam dunia sastera Indonesia dan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Novel trilogi beliau memang sedari awal dirancang sebagai trilogi. Ketiga-tiganya adalah zaman kecilnya sendiri.

Beliau adalah ahli ekonomi lulusan fakulti ekonomi Universitas Indonesia, kemudian mendapat MA dari Sheffield Hallam University (UK), dan Universite de Paris Sorbonne, (Perancis). Beliau kini bertugas sebagai eksekutif di syarikat telekom Bandung.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Orang Sibuk Hendak Berpuasa, PTS Sibuk Suruh Orang Buat Bisnes Previous entry: Tip Survival Penerbit: Jaga Disiplin Kewangan - Jangan Merompak Syarikat Sendiri
sf  on  08/12  at  05:36 PM

Novel dia ini pakai teori surah Yusuf ya?

.

Masih belum baca? Ya, banyak unsur-unsur keindahan dalam surah Yusuf digunakan dalam Laskar Pelangi. Pertama-tama, LP adalah berdasarkan kisah benar. Kedua, watak utamanya watak ideal. Ia ditulis menggunakan Bahasa Indonesia Tinggi. Banyak lagi unsur-unsur keindahan lain…
——-

sf  on  08/13  at  12:06 AM

: )

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  11:01 AM

Kenapa saya suka novel ini.
1. Temanya yang mengangkat perihal perjuangan insan yang melawan deraan persekitaran terhadap kemahuan.
2. Perjalanan cerita yang provokatif.
3. Bahasa yang lancar secara alami.
4. Gambar sampul yang menarik dan ketebalan buku yang sesuai.
5. Terbitan PTS ada jaminan kualiti.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  04:50 PM

Assalamualaikum.

Tetapi, mengapakah novel-novel jibunsyi fortuna berlandaskan teori surah Yusof, keindahannya bagai bunga kembang tak jadi? Tiada ‘jiwa’, hambar dan seolah-olah membaca buku teks?

Sayangnya, jalan cerita novel-novel ini baik tetapi, tiada apa-apa yang dapat disantap oleh jiwa yang inginkan nikmat membaca. Maaf, saya tidak dapat menerima novel-novel ini sebagai karya sastera.

Saya membaca Laskar Pelangi dan saya sukakannya. Hairan. Ia amat berlawanan dengan teori surah Yusof puan. Kecuali sebahagian kecil yang puan sebut dalam komen saudara Sf.

Deskripsi watak-watak di dalam LP adalah lengkap. Pakaian mereka, rambut, fizikal dan semua ini tidak dibolehkan dalam teori puan.

Dialog yang ada tidak banyak. Tidak mengikut teori suruh Yusof yang menyarankan 74% (secara purata). Lukisan alam yang disampaikan begitu terperinci sehinggakan nama saintifik bagi pohon-pohon dan haiwan turut diberikan penulis. Teori surah Yusof tidak membenarkan ini. Novel ini juga menceritakan keadaan sesemasa. Konsep ‘time bound’ ini tidak dibenarkan dalam teori surah Yusof. Dan ini, antara beberapanya.

Semasa saya membaca novel ini, saya dapat merasakan penulisnya melanggam karyanya dengan penuh ikhlas. Tanpa sebarang ikatan kepada sebarang teknik-teknik penulisan. Pastinya setiap pengkarya mahukan begitu. Berkarya dengan bebas.

Bagi penerbit pula, pastinya ingin menjaga bisnes. Mereka pasti mahukan wang yang dilabur untuk penerbitan adalah berbaloi. Jadi, untuk mengikat penulis dengan gaya penerbitannya, itu tidak dihairankan. Penerbit lebih memahami kehendak pasaran.

Tetapi, biarlah secara munasabah. Apa yang penulis-penulis hasilkan, adalah karya seni. Pengikatan penerbit terhadap penulis, dengan memberinya ‘guideline’ yang terlalu ketat, umpama menghasilkan acuan. Lalu, penulis-penulis ini mula menghasilkan karya mengikut acuan-acuan itu dan penerbit menjadi seperti sebuah kilang. Karya seni yang dikilangkan, akan hilang seninya dan tidak lagi boleh dinamakan seni lagi.

Maafkan saya. Saya tidak berniat menyakiti hati sesiapa. Cuma menyampaikan apa yang saya rasa. Saya pasti perasaan, keinginan dan kefahaman setiap orang tidak sama. Ini, cuma apa yang saya rasa. Maaf.

.

Teori dan teknik surah Yusuf telah membolehkan orang yang tidak mempunyai bakat sebagai sasterawan besar justeru tetap dapat menghasilkan novel-novel remaja dan dewasa sebagai medium menyampaikan mesej - juruhebah radio Orang Asli, akauntan, kartunis, doktor, pakar bius, mahasiswa, juruteknik, mantan gadis kilang, guru agama tadika, pengusaha tadika, OKU, guru sekolah rendah, jurutera, profesor, peguam, suri rumah, pesara kerajaan, namakan sahaja….

Dan mereka menghasilkan lepas satu, satu karya, macam air mengalir…. dan terbukti jualannya pun baik.

Malah novel-novel mereka dapat dinikmati oleh pembaca semua lapisan usia, anak 12 tahun pun sudah dapat membaca dan faham seluruh isi novel-novel yang pada asalnya ditargetkan kepada pasaran dewasa.

Moga-moga mereka akan terus menghasilkan karya, semakin hari semakin indah hendaknya karya-karya mereka, dan hendaknya evergreen belaka.

Saudara yang dikurniai Tuhan dengan bakat sebesar bakat Andrea Hirata (mungkin lebih), ya, tulislah novel agung saudara itu, kita terbitkan! (Ini janji saya, Chairman PTS). Karya sebagus karya Andrea, jangankan PTS, DBP pun mahu….

sf  on  08/13  at  06:00 PM

Puan janganlah emosional. smile

.

Kalau dapat karya Malaysia macam karya Andrea Hirata, mahu saya tidak emosional…. itu lubuk duit!!

sf  on  08/13  at  06:25 PM

Ramai yang boleh buat macam itu, cuma Puan sahaja yg sejak dari dahulu mengekang mereka. smile

.

Saudara jadi jurucakap orang lain nampaknya….
Karya Andrea, saya terbitkan, bukan satu, empat!
Tulis sahajalah karya agung saudara itu.

sf  on  08/13  at  06:31 PM

: )

Sy bercakap atas diri saya sendiri. Tak perlu bercakap atas platfom org lain. smile
Janganlah emosional sgt.

.

Gunakan ejaan sempurna. Ejaan singkat tidak dapat dibaca oleh sofwer mentee saya yang buta.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  06:47 PM

Assalamualaikum.

Saudara Sf seolah-olah memendam sesuatu.

Puan, sekiranya disampaikan ke tangan puan karya-karya bermutu dihasilkan pengkarya-pengkarya Malaysia di luar sana (saya tidak maksudkan karya daripada saya sendiri, kerana saya cuma pembaca dan pengenang keindahan) apakah mungkin hasil tangan mereka tidak dicantas dan diubah kepada gaya ‘in house’ yang ada sekarang.

Maafkan saya sekiranya luahan rasa saya tidak menyenangkan hati pembaca-pembaca dan puan juga di sini. Saya cuma terlalu sayangkan hasilan seni anak-anak tempatan. Mereka mempunyai daya kuasa yang tidak boleh diperlekehkan. Setanding malah lebih lagi daripada pengkarya-pengkarya yang ada di luar sempadan geografi bumi bertuah bernama Malaysia ini.

Berilah mereka peluang mencipta keunikan, kawallah mereka sekiranya keunikan itu melampaui ruang moral. Selebihnya, kuasa di langit sana akan menentukan. Kerbau yang diikat tali hanya menurut. Manusia yang diikat minda akan memberontak. Maaf sekali lagi.

.

Sudah baca “Curahan Cinta Niagara”?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  06:57 PM

Saya kembali!

Perbincangan yang sangat menarik tentunya.  Mungkin kebebasan harus diserlahkan lagi untuk memungkinkan karya seindah Laskar Pelangi muncul di PTS.

.

Tuan Hamid,

Tulis karya agung itu, karya yang baik, penerbit berebut-rebutan mahukannya. Cakap-cakap tidak jadi duit! (Ini orang bisnes bercakap.)

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/13  at  07:26 PM

Maaf, puan. Belum.

Curahan Cinta Niagara adalah dibawah PTS Millennia, bukan? Sebagaimana Mekar Sakura di Mimbar Cinta. Dari pemerhatian cetek saya, mungkin kedua-dua novel ini amat berbeza daripada siri-siri jibunsyi. Saya katakan ini berdasarkan kredibel PTS Millennia yang selalunya menghasilkan buku-buku tip dan popular yang segar. Serta, hebahan-hebahan daripada pihak Millennia yang mencari karya-karya berunsur cinta islamik. Ingin menautkan kesinambungan kejayaan Ayat-Ayat Cinta, mungkin? Andai persembahan dalam Curahan Cinta Niagara dan Mekar Sakura di Mimbar Cinta cuma setara dan segaya dengan siri-siri Jibunsyi, saya khuatir kesinambungan itu tidak akan bertautan.

Tetapi, ini hanya pandangan yang tentunya kurang adil dari saya. Bagi benar-benar mendapatkan perbezaan antara karya-karya PTS Fortuna dengan PTS Millennia, saya perlu membacanya terlebih dahulu. InsyaAllah saya akan mendapatkannya. Terima kasih atas perhatian puan. Semoga sentiasa dirahmati.

.

Hmm… tulis, jangan tidak tulis novel tuan itu. Kita semua berjuang (dengan nanah, darah dan air mata) bagi memandaikan bangsa!

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: