Wednesday, November 26, 2008

Seloka PPSMI

SELOKA NASIB MELAYU

Aduhai malang nasibmu Melayu
dagang lalu disangka wali
rupanya dagang mencari pitis
ada tanah dilaburkan
anak sendiri hidup menumpang
ada bahasa dibuang-buangkan
bahasa penjajah juga dipandang
kerana anak lemah Inggeris
seluruh ilmu hendak diInggeriskan
aduhai malang nasibmu Melayu
ada pemimpin asyik bersengketa
hidup rakyat tidak terbela
orang lain berjalan lurus
engkau berjalan bengkang-bengkok
aduhai malang nasibmu Melayu
bahasa orang diwajibkan di universiti
bahasa sendiri kurang dipercayai

oleh: Nassury Ibrahim

Disalin dari blog Dato' Baha Zain 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Isu PPSMI: Testimoni Pelajar Sekolah Melayu Previous entry: Tahniah!
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  11/25  at  08:40 PM

Tahniah kepada Dato` Baha Zain atas perlantikan beliau sebagai Presiden baru Pena dalam mesyuarat Agung persatuan itu Ahad lalu.

Selain suatu amanah, saya berharap jawatan itu juga akan menjadi satu semangat kepadanya dalam memperjuang dan mendaulatkan semula bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.

Wassalam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: