Tuesday, February 12, 2008

Ada-ada Sahaja: Takut Tengok Posmen

Selama Sifu tinggal di Janda Baik, banyak sahabat handai datang ziarah, maklumlah tempat ini aktif dengan pelancong yang hampir 100% datang makan angin dari Lembah Kelang.

Semasa musim cuti Tahun Baru Cina, seorang sahabat lama dan isterinya tiba-tiba datang singgah ke rumah Sifu di Janda Baik. Beliau seorang wakil rakyat BN dan sudah lama bergelar Datuk.

Saya hairan, lalu bertanya, "Mengapa pada cuti Raya Cina hang tidak pergi beraya ke rumah-rumah wakil rakyat Cina?"

Lalu beliau memberitahu beliau tidak berminat hendak mengekalkan kerusinya sebab sedang mengalami tekanan fikiran akibat terlalu banyak masalah pelaburan bisnesnya yang berakhir dengan masalah kewangan dengan bank, ditipu partner, dan masalah saman di mahkamah, walaupun beliau masih tinggal dalam rumah berharga RM1 juta dan mempunyai 2 buah Mercedes yang sudah dibayar tunai.

"Sekarang ini, Kak Ainon," katanya, "nampak posmen pun saya takut!" 

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(6) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sai-Fai yang Ditulis Menggunakan Teknik Surah Yusuf dan Bahasa Melayu Tinggi Previous entry: "Proving the Other Guy is Wrong"
Tengku Asmadi bin Tengku Mohamad  on  02/12  at  04:03 PM

Assamualaikum Puan Sifu,

Nampaknya hanya penulis-penulis PTS sahaja yang gembira nampak posmen kalau-kalau dalam sampul itu ada cek pembayaran royalti.

smile

Sekarang ini saya bukan nampak posmen takut tetapi nampak SMS takut sebab editor di PTS Millennia sedang hambat saya.  Nampaknya kena hantar juga manuskrip dalam minggu ini.  Masih sedang menaip dan meng’edit’ lagi.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/12  at  08:47 PM

Alaikumussalam, YM Dr. Tengku,

Tulis buku itu! Cepat siapkan.

Jika tidak, bagaimana pula Dr hendak naik pentas utama di Pesta Buku 2008 nanti. Takkan hendak tunjuk buku tahun 2007….

Tim PTS sudah kenal pasti nama-nama pengarang PTS yang akan dinaikkan ke pentas utama dalam PWTC. Pengarang yang ngetop-ngetop akan naik pada hari Sabtu dan Ahad. Maklumlah sewa pentas pada hari-hari hujung minggu amat mahal. Itu pun setiap tahun ada penerbit bergaduh-gaduh dengan penganjur sebab tidak dapat slot!

Pengarang yang belum ngetop, tetapi ada aura akan ngetop suatu hari nanti, mereka naik pada hari-hari lain, sebab sewa pentas murah. Kita beri mereka berlatih bagi membuang darah gemuruh dahulu (macam penulis buku TIP-TIP POLIGAMI itulah…).

Alang  on  02/12  at  11:34 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

“Saya dengar, dan saya patuh…”

Minta dibuat semula posting tentang teknik bercakap ‘tentang buku kita, tetapi tanpa menyentuh sedikit pun isi dalam buku itu.’

Puan pernah ada posting ini, tetapi di blog Unika yang lama. Ingin saya buat sedikit ulang kaji sebelum berpeluang membuang darah gemuruh ini.. smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  02/13  at  07:20 AM

Tuan Alang,

Hmmm…. yang mana pula, ya?

rastom  on  02/13  at  08:38 AM

Puanku Sifu dan Tuanku Alang al Bi-Dara,

Yang Tuan Alang maksudkan itu saya tahu. Itu mengenai memberi penulis berceramah mengenai sesuatu topik (misalnya mengenai poligami)tanpa beria ia mempromosikan buku tulisan kita. Biar orang lain yang jual buku kita. Kehadiran kita di atas pentas itu sudahpun satu promosi secar tidak langsung.

Mengenai darah gemuruh saya ada banyak tip. Kerja saya sentiasa berisiko darah gemuruh, seperti menginterviu orang yang lebih pandai seperti para prof, doktor dan para menteri yang sesetengahnya celupar dan super laser. Para artis yang glamor dan rakyat marhaen juga. Ada dua puaka yang menggemuruhkan darah kita. Yang pertama ialah mikrofon dan yang kedua ialah khalayak. Kita jadi takut dengan mikrofon - yang ini perkara biasa, kerana yang hebat misai tebal ular sawa, yang berganda PhD pun takut bila diunjurkan mikrofon kepada mereka, artis yang ngetop albumnya pun sama walaupun sudah berkali kali di atas pentas. Faktor dalaman kita yakni “takut salah atau silap cakap” itulah puncanya. Para artis yang penakut dengan realiti seperti ini mencari jalan mententeramkan dengan menggunakan dadah sehingga ada yang akhirnya jadi penagih.

Yusof Chong yang pandai mimik VIP itu pun mengaku dia sentiasa rasa gentar sejurus sebelum ke atas pentas. Kita bimbang kerana takut khalayak mengkritik jika kita silap. Anggap saja setiap orang yang dihadapan kita itu orang orang yang bersimpati dengan kita atau cuma fokuskan pandangan kita kepada muka muka yang kita kenal dan mesra dengannya. Saya lebih suka naik pentas waktu malam kerana sinaran spot light membuatkan kita tidak nampak muka sesiapapun. Itu tip ringkas, kalau nak panjang nanti jadi buku pula.

Alang  on  02/13  at  01:15 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu & Pak Sheikh Rastom Al-Attassekali,

Ya, itulah yang Pak Rastom perkatakan itulah yang saya maksudkan itu… smile

Nampaknya saya kena belajar mengawal rasa ‘darah gemuruh’ itu…sejak dari sekarang.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: