Seminar Bahasa Rojak
Semalam 18hb dan hari ini 19hb, sedang berlangsung Seminar Bahasa Rojak di Dewan Bahasa dan Pustaka. Ucap utama disampaikan oleh Dato' Hassan Ahmad. Sudah dijangka, beliau akan mengulangi teorinya bahawa bahasa yang tidak baik tidak mungkin dapat menghasilkan pemikiran yang elok-elok.
Bagi kita di PTS, bahasa yang tidak elok bukan stakat tidak dapat menghasilkan buku yang elok-elok, malah ia tidak membolehkan PTS berkembang.
Buku-buku yang mengandungi bahasa rojak tidak diterima oleh Kementerian Pelajaran bagi dibekalkan ke perpustakaan sekolah. Perpustakaan Negara Malaysia pun tidak akan membelinya bagi dibekalkan kepada semua perpustakaan awam. Hendak diekspot ke Indonesia pun tidak dapat.
Bahasa Quran dan bahasa Nabi Muhammad itu adalah bahasa yang 100% Arab, tatabahasanya betul, peri-peri bahasanya indah. Tidak ada unsur bahasa campur-campur, sekerat ular sekerat belut.
.
.
Bagi kita di PTS, bahasa yang tidak elok bukan stakat tidak dapat menghasilkan buku yang elok-elok, malah ia tidak membolehkan PTS berkembang.
Buku-buku yang mengandungi bahasa rojak tidak diterima oleh Kementerian Pelajaran bagi dibekalkan ke perpustakaan sekolah. Perpustakaan Negara Malaysia pun tidak akan membelinya bagi dibekalkan kepada semua perpustakaan awam. Hendak diekspot ke Indonesia pun tidak dapat.
Bahasa Quran dan bahasa Nabi Muhammad itu adalah bahasa yang 100% Arab, tatabahasanya betul, peri-peri bahasanya indah. Tidak ada unsur bahasa campur-campur, sekerat ular sekerat belut.
.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Kata Sinaganaga, bahasa campur jangan dipanggil ‘bahasa rojak’, sebab rojak itu sedap. Katanya, kita kena panggil ‘bahasa sampah’. Sampah bercampur dan tidak sedap
Setuju! Mengapa setuju - sebab bahasa sampah memang dipopularkan oleh rancangan TV, radio, buku picisan dan majalah-majalah yang isinya bertaraf sampah, yang tidak memandaikan bangsa.
——-
Pn Sifu,
Tidaklah dapat dipastikan kesan seminar bahasa rojak di DBP itu meskipun dihadiri begitu ramai pakar bahasa, pengamal media dan diresmikan pula sebentar tadi oleh pengantin baru, Tengku Nazreen.
( Sifu tidak kelihatan hari ini )
Bahasa kita yang baru berkembang penggunaannya sebagai bahasa ilmu telah diragut oleh bahasa Inggeris dengan bantuan orang Melayu sendiri.
Kemudian untuk lebih malang muncul pula telefon bimbit yang melahirkan satu lagi masalah baru yang tidak kurang hebat cabaranya iaitu perkataan `pesanan ringkas`.
Maka, bahasa rojak yang ditambah `perasa baru` (sms) itu, dijangkakan `menambah-nazakkan` lagi bahasa kita.
Meskipun nampak berkobar-nobar, selalunya usaha kita hanyalah sekadar hangat-hangat tahi ayam. Kita tidak konsisten dalam memertabatkan bahasa kita sebagai contoh penukaran semula kepada istilah Bahasa Malaysia.
Kita cuma berharap dan tentunya akan menyokong orang yang peka dan menyayangi bahasa seperti PTS sahaja untuk terus memertabatkan bahasa `malang` ini.
Umumnya, kita ini semangatnya kuat, tetapi sayang disiplinnya lemah. Maksud saya, pada ketika kita tidak “membuat dan membuang sampah” kerana menyampah kepada bahasa sampah, kita terbuat dan tanpa sengaja berbahasa yang salah (termasuklah saya).
Jadi saya selalu mengingatkan diri saya, “sesudah menulis… semak, semak, dan semak”. Saya benar-benar bimbang kalau-kalau ada yang salah pada tanda baca, ejaan, pemilihan kata, dan struktur bahasa saya.
Saya amat pasti bahawa Saudara Adnan bukanlah sengaja mengeja diresmikan untuk dirasmikan, cabaranya untuk cabarannya, berkobar-nobar untuk berkobar-kobar, memertabatkan untuk memartabatkan, ditambah untuk ditambahkan, tanda titik (.) selepas ayat dalam kurungan (Sifu tak…) dan tanda koma (,)sebelum kata iaitu.
Barangkali Saudara Adnan lupa untuk menyemak tulisannya yang cukup bertenaga itu. Saya berharap agar Saudara Adnan berlapang dada dengan teguran saya ini.
Saya memang kagum akan teguran-teguran membina Puan Sifu yang konsisten terhadap tulisan-tulisan yang muncul di sini. Kita dapat bersama-sama belajar daripada teguran membina begitu dan kemudian mendisiplinkan penggunaan bahasa kita.
Dan Tuhan pun menyuruh kita berpesan-pesan demi kebaikan. Iktibar daripada suruhan Tuhan ini, saya ingin berpesan: Kepada Saudara-saudara yang menghasilkan sebarang tulisan, buatlah penyemakan.
Saudara Suhaimi,
Terima kasih atas kesemua pembetulan yang saudara buat untuk komen saya di atas.
Saya menerimanya dengan rasa amat terbuka tanpa sedikit pun rasa kecil hati.
Ia baik untuk saya yang kadangkala tergesa-gesa apatah lagi semalam saya memang mengejar masa.
Terima kasih daun keladi.
Wassalam
Post a comment