Sunday, December 10, 2006

Seminar Novel Popular di DBP

DBP menganjurkan seminar yang kontroversial seperti di bawah:




Tema: Novel Popular - Antara Komersialisme dengan Intelektualisme




Tarikh: Khamis 14 Disember 2006 & Jumaat 15 Disember 2006

Masa:
8.00 pagi - 5.00 petang

Tempat:
Dewan Seminar, Tingkat 2, Menara DBP.


Masuk PERCUMA.




Nota kaki: SifuPTS akan hadir dan mendengar sahaja (sedang puasa cakap!)


.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(75) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sumbangan Positif Novel Cinta Previous entry: PTS dan "Sastera Hasanah"
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/04  at  11:19 PM

Wah, bagus mbuanget! Pasti ngetop gitu!

Puan Ainon Mohd.  on  12/04  at  11:21 PM

Pak Mya,

Apabila dalam seminar nanti…. jangan cakap Jawa. Ingat, di situ bukan pejabat Menteri Besar Selangor!

Diem-diem aje loh, pak!

Puan Ainon Mohd.  on  12/05  at  06:51 AM

Panel yang berteori pada seminar itu adalah bukan calang-calang orangnya:

  Prof. Madya Dr. Mohamad Mokhtar Abu Hassan (UM)
  Prof. Madya Dr. Hashim Ismail (UM)
  Mohamad Saleeh Rahamad (UM)
  Dr. Hjh Amida @ Hamidah Abdulhamid (UM)
  Prof. Dr. Sahlan Mohd Saman (UKM)
  Prof. Madya Dr. Rosnah Baharudin (UKM)
  Dr. Misran Rokimin (UKM)
  Prof. Madya Dr. Ruzy Suliza Hashim (UKM)
  Dr. Kamariah Kamaruddin (UPM)
  Dr. Haji Talib Samat (UPSI)
  Hj A. Rahim Abdullah (ASWARA)
  Hjh Zalila Sharif (DBP)
  Hj Hamzah Hamdani (GAPENA)

zeti  on  12/05  at  08:44 AM

Saya hairan, mengapa DBP sanggup menganjurkan seminar seperti ini. Tidakkah mereka terfikir ia ibarat menjatuhkan status DBP sebagai ejen pengembang bahasa dan budaya? Apakah DBP sendiri mahu mengikut kata beberapa ‘kerat manusia’ dan mengambil jalan selamat?

Saya berharap ada sesuatu yang baik dari sana. Mungkin ada sesuatu yang terhasil, Insya Allah.

rastom  on  12/05  at  09:13 AM

Seperti banyak agensi kerajaan, DBP tidak terlepas dari penyakit gila glamor, biar di “nampak” gah oleh umum, implikasi dan praktis tidak penting. Panggil Menteri buka, sorotan media besar-besaran. Limpahan neon itu ibarat suntikan botox.

Puan Ainon Mohd.  on  12/05  at  10:10 AM

Tuan Rastom,

.... lagi-lagi botox! Masakan DBP itu macam jelitawan yang sudah mula hilang kejelitaaannya, maka perlu suntikan botox. DBP itu ibarat perwira yang sudah kehilangab kerisnya kot!

Belalang  on  12/05  at  12:11 PM

Saya lihat barisan panel sarat “keIntelektualismenya”. Golongan “YusufHaslam/Razak Maidin” (baca “Komersialisme”) takde langsung, hampir semuanya geng “NorArai/YasminAhmad?” konon-kononnya.

Maka natijah (baca resolusi) seminar ini sudah khatam lagi terpahat.

Apa pun, pemilihan panel tak gambarkan imbangan yg harus ada apabila pokok perbincangan merupakan pertentangan antara dua pola sebegini.

Tapi nak hairan ape kan? Dewan yg anjur.

Saya tak pergi. “Kontroversi” begini terlalu naif lagi daif.

Lainlah kalau last minit, Dewan cancel separuh panel itu dan pilih SifuPTS, penguasa2 di ALAF21, Karangkraf, Creative dll sebagai panel baru.

Bayar tiket pun saya tak kisah.

Puan Ainon Mohd.  on  12/05  at  01:09 PM

Sdr Belalang,

Ya, saya setuju dengan pandangan sdr bahawa sepatutnya kaum (baca bos-bos) penerbit novel popular perlu diundang jadi panel! Sebab merekalah yang menjadi faktor utama kelahiran novel-novel popular. Merekalah yang mengeluarkan modal cetak berjuta2 ringgit mencetak novel-novel itu, dan mereka juga yang mengaut keuntungan berjuta2 ringgit!

Sudut pandang mereka perlu juga didengar, biar kita faham apa yang mendorong mereka menerbitkan novel-novel popular. Jika tidak, memang seminar itu macam ‘tidak lengkap’.

Ada satu lagi kumpulan yang patut ada wakilnya dalam panel seminar itu: wakil guru-guru disiplin sekolah menengah sebab banyak guru disiplin buat periksaan mengejut, tengok apa ada dalam beg-beg sekolah budak perempuan, kalau terjumpa novel popular, terus disita! Kita hendak tahu mengapa mereka sita novel2 popular itu?

Puan Ainon Mohd.  on  12/05  at  01:27 PM

Saya tidak anggap semua novel yang kita labelkan sebagai novel popular itu tidak bagus isinya. Ada yang bagus. Ada yang lebih bagus daripada sesetengah novel yang pernah diterbitkan oleh DBP (Saya akan pertahankan kenyataan saya ini!)

Saya yakin individu-individu yang lantang mengutuk novel-novel popular itu, mereka belum membaca semua novel itu….

Ini biasa berlaku, istilahnya disebut psikologi apple-in-a-basket, iaitu disebabkan apel yang mula-mula kita ambil dari bakul itu kebetulan masam, maka kita membuat kesimpulan ‘semua apel dalam bakul itu masam belaka’. Padahal dia belum periksa semua apel yang ada dalam bakul itu, apakah semuanya masam belaka.

Penggunaan perkataan ‘popular’ itu sendiri dapat mencipta kesan negatif terhadap sesuatu yang dilabelkan ‘popular’. Jadi hanya disebabkan kita melabelkan sesuatu novel itu sebagai ‘novel popular’, maka kita terus mengenakan prejudis kita ke atas novel itu.

zeti  on  12/05  at  02:22 PM

Dari gosip yang saya dengar, mereka sendiri tidak mahu pergi biarpun dijemput, kerana memang tahu akan kena tembakan bertubi-tubi. Jadi tewas dimedan perang, lebih baik simpan sahaja bala tenteranya.

Mahu dijadikan pekasam agaknya..

zeti  on  12/05  at  02:33 PM

maaf “Jadi tewas dimedan perang..” sepatutnya dibaca ’ jadi dari tewas dimedan perang…’

Puan Ainon Mohd.  on  12/05  at  04:52 PM

Sdr Zeti…... ambooooi! cikpuan oii! bab tumpang sekaki mengutuk taiko-taiko novel popular…. nuuu!

Mana kita tahu besok-besok novel jibunsyi pun dilonggokkan dalam satu bakul bersama-sama dengan novel-novel popular, mana tahu….

Itulah sebabnya, insyaAllah saya akan pergi ke seminar itu. Nak tengok sebesar dan sebanyak mana peluru-peluru meriam yang mereka akan bedilkan ke arah kubu novel popular.

Saya hendak buat persiapan awal, kot kot suatu hari nanti ada pula pakar sastera yang mengklasifikan novel jibunsyi PTS pun termasuk dalam kategori novel popular, barangkali dengan mengemukakan hujah seperti jibunsyi2 itu laku keras dalam pasaran, ataupun ia ditulis dengan menggunakan gaya penceritaan yang mudah diadaptasikan menjadi filem ataupun telenovela.

Nasib baik saya sedang puasa cakap, jadi saya tidak akan bercakap dalam seminar itu. (Sebenarnya saya jaga aura! Hehehe!!!)

Kalau dikatakan “Ranjau Sepanjang Jalan” itu karya sastera, apa kayu ukurnya. Dan apakah kayu ukur itu berdasarkan nas, ataupun berdasarkan penilaian manusia-manusia biasa yang belajar teori-teori sastera ciptaan manusia-manusia biasa juga (baik manusia yang mencipta teori-teori itu adalah beragama Islam ataupun bukan Islam).

Kriteria ciptaan siapakah yang sekarang ini diguna pakai (oleh pakar2 sastera itu) bagi menentukan novel yang layak masuk kategori ‘novel sastera’ dan ‘novel popular’. Saya mahu dengar apa nas-nas yang mereka gunakan sewaktu membuat klasifikasi itu.

Inilah isu-isu yang akan saya bawa bersama saya sewaktu pergi mendengar pakar-pakar sastera yang menjadi panel dalam seminar itu mengeluarkan butir-butir mutiara mereka.

Saya yakin seminar ini banyak manfaatnya. Marilah kita pergi beramai-ramai…..

Belalang  on  12/05  at  08:22 PM

Seperti musibat, manfaat ada di mana-mana. Mika berdua ni dari dulu memang duduk serumah.

Cuma ironisnya, apabila 2 golongan sebegini bertempur menegak benang basah masing2 - rakyat ramai juga yg akan dipersalahkan.

Puak intelek akan kekal megah dgn “daya pemikiran tinggi” hingga ramai di kalangan mereka berhujah kenapa perlu ada 7 lapis syurga itu sebagai justifikasi beza tahap fikir.

Puak komersil akan kata mereka mengisi keperluan rakyat ramai kerana produk sebegitulah yg ramai mahu. Dan bikin duit. Tugas pengeluar memenuhi permintaan.

Di medan tempur, masing2 tak kalah tak menang sebab masing2 tak mahu kalah. Mereka tak dapat kalahkan satu sama lain.

Nah ..., hala tuju tempur pun berubah. Seseorang PERLU kalah. Tapi bukan mereka. Mesti ada pihak yg SALAH. Kalau tidak seminar akan kantoi lagi merpu panci.

Lalu org Melayu kita dihujahkan memang begitu. Tolol dan bonsai kerana tak tahu menilai intelek. Hanya suka berJom Heboh, berhibur, bersantai dll yg sewaktu dgnnya.

Apa boleh buat - itu kehendak majoriti marhaen. Kami org berniaga. Kami memenuhi niat dan hasrat.

Di hujung usianya di planet bumi ini, Imam Khomeini pernah berpuisi lebih kurang begininya :-

  Let the doors of tavern be opened,

  and let us go there day and night.

  Because, I become disgusted with,

  the Mosque as well as from the School.

  I took off the dress of ascesticm and dissimulation.

  And become awakened after wearing the robe

  of a tavern’s haunters.

Dengar2, puak Blues Gang jamm kat Alang Sedayu. Tentu depa nyanyi lagu “Apo Nak Dikato”. Eh, jom pi.

Puan Ainon Mohd.  on  12/05  at  08:34 PM

Tuan Belalang,

Mengapakah tuan hamba marah-marah, dan kepada siapa yang tuan marah-marah itu?

Puisi Melayu sudah tidak adakah?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/06  at  08:55 AM

Saya juga teringin untuk menghadirkan diri (kalau cuti diluluskan).

Saya berpendapat kita kena menghasilkan buku yang rakyat ingin baca terlebih dahulu. Kemudian kita masukkan falsafah dan ilmu sedikit demi sedikit. Buat apa menulis dan mencetak buku yang tidak ada orang mahu baca ( nasib baik ada perpustakaan kalau tidak ?). Industri buku bukan industri syok sendiri.

Novel popular juga berkualiti (mana yang ikut gaya bahasa ikut DBP menerapkan ilmu dan cerita). Penulis novel popular juga inginkan tempat untuk masyarakat mengiktiraf sumbangan mereka.

Ya, saya juga masih keliru istilah “Novel sastera” apakah kriteria yang menjadi tunjang penulisan ini. Gaya bahasakah? Orangnya kah? Berapa ribu yang lakukah? Ikut geng manakah? Ada politikah?

Pernah baca novel “Arca Berdiri Senja?”

Puan Ainon Mohd.  on  12/06  at  09:37 AM

Sdr MAL,

Siapakah tuan hamba ini, maka tuan hamba bercakap bagaikan tuan hamba seorang penerbit swasta? Saya teruja ingin tahu wajah tuan hamba di sebalik topeng “MAL” itu.

Bab mencetak buku sastera yang sukar dipasarkan itu, biarlah beban itu digalas oleh DBP sebab memang itu tugas murni DBP. Dan nampaknya seolah-olah DBP memang sebuah pakar No 1 lagi bertaraf dunia dan global, dalam hal-ehwal dan kemahiran menerbitkan buku-buku yang tidak laku.

Saya cadangkan kita tubuhkan Persatuan Penulis Novel Popular Malaysia (PPNPM). Dengan cara ini kita dapat menaikkan martabat novel popular di negara kita. Dan kita dapat menjadi warga sastera Malaysia yang bukan hanya kaya dengan duit royalti, malah dipandang mulia di mata masyarakat.

Kita pilih presiden dan barisan pemimpin PPNPM yang terdiri daripada individu2 yang dapat memberi kepimpinan yang berilmu, berideologi dan ber’aura’.

Apa pendapat tuan?

zeti  on  12/06  at  01:47 PM

Puan, saya rasa kita perlu ada satu takrifan khusus tentang ‘novel pop/popular’ atau ‘karya pop/popular’.

Apakah ia kerana kuantiti yang dijual, kerana tema dan cerita yang dihidangkan atau popular kerana.. entah. Mungkin kerana penulisnya atau idea yang ada didalamnya. Jika tiada takrifan khusus, sampai ke sudah kita bercakaran tanpa mengetahui apa yang dibisingkan. Selepas itu, kita boleh guna pakai takrifan ini untuk merujuk kepada sesuatu karya, supaya ada satu dinding pemisah antara yang komersil dan budaya.

~Ini sekadar pandangan seorang budak yang baru belajar. Sudah terlalu lama menjadi pemerhati, mungkin!~

Puan Ainon Mohd.  on  12/06  at  03:02 PM

Sdr Zeti,

Istilah ‘popular literature’ (sastera populer - Indon) adalah ciptaan orang Barat. Ia kemudian dipinjam oleh pengkritik sastera tempatan.

Maksud asalnya adalah karya fiksyen yang ditulis bagi tujuan komersil, sebagai contoh “The DaVinci Code” ataupun “Memoirs of a Geisha” adalah sastera komersial.

Saya sendiri tidak selesa bercakap menggunakan istilah ‘sastera popular’ ataupun ‘novel popular’ sebab istilah ‘popular’ itu disama-ertikan oleh pengkritik sastera tempatan dengan perkataan-perkataan lain yang membawa makna ‘tidak berkualiti’, ‘picisan’, ‘murahan’, dan ‘sampah’.

Saya lebih selesa dengan istilah SASTERA HASANAH.

Perkataan ‘hasanah’, justeru ‘sastera hasanah’ lebih mudah ditakrifkan secara teknikal iaitu dengan menggunakan al-Quran dan Sunnah sebagai term-of-reference-nya.

zeti  on  12/06  at  03:27 PM

Puan, semoga idea Puan ini diterima. Lebih elok kita mulakan di PTS sebab adanya konsep Surah Yusuf dan lain-lain.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/06  at  03:42 PM

Saya tertarik dengan konsep apple-in-a-basket puan ainon tu. Saikologinya adalah sama dengan sebiji durian didalam sebakul penuh durian. Orang kita apabila hendak beli sebiji durian yang betul-betul bagus tetapi harganya mahal,akan belek durian itu betul-betul tetapi jika ditawarkan sebakul durian yang berisi hampir 30 ke 40 biji durian dengan harga yang sama, saya fikir mereka tidak akan belek-belek dan terus ambil satu bakul itu bawa balik.Saya fikir konsep memandang nilai sesebuah buku itu harus dipandang begini. Maksudnya?, beli semua buku dan bawa balik ke rumah baru baca..(hehehe)

Puan Ainon Mohd.  on  12/06  at  03:46 PM

Sdr PanahArjuna,

Orang yang membeli kuih kacang bagaimana? Perlu beli semua satu talam kuih kacang itukah! Hehehe!

Cantiklah kulit buku saudara Sahabat Kole Kacang yang baru nih. Tetapi mengapa budak perempuan itu duduk corot di belakang?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/06  at  03:55 PM

Alamak puan!, dah ramai yang tanya ni, saya rasa yang afdhal menjawabnya adalah saudara Faizal. (heheheehe)

Puan Ainon Mohd.  on  12/06  at  03:59 PM

Sdr PanahArjuna,

Saudara Faisal membisu seribu bahasa!

Beliau perlu belajar mengampu boss besar PTS (yang kebetulan perempuan)!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/07  at  12:29 PM

Puan Ainon,

Kaget banget bila ulasan saya mendapat perhatian. Itu belum lagi saya menulis di Forum UM atau Surat ke BH. Saya orang biasa. Persatuan Penulis Novel Popular Malaysia? Rasanya Persatuan Penulis Novel Malaysia pun belum ada lagi. Kenapa tidak diwujudkan Persatuan Penulis Profesional Malaysia. Ini lebih bererti dan menjadikan bidang penulisan satu kerjaya yang gah di mata masyarakat. Keahlian dibuka kepada semua yang telah menghasilkan sekurang-kurangnya satu novel.

Kemudian tiap tahun diadakan satu Persidangan Agung penulis-penulis bersama penerbit mereka. Semua akan dapat manfaatnya. Tukar-tukar maklumat.

Rasanya PTS, melalui kepimpinan Pn Ainon mampu mewujudkan persatuan ini - Persatuan Penulis Profesional Malaysia. Di dalam persatuan ini ada seksyen Novel Popular, Jibunsyi, Penulis Buku Pelancongan etc. Sub Comm masing-masing bergerak di bawah PPPM. Apa macam?

p/s : Saya orang biasa yang pernah terlepas kursus penulisan Puan ...

Puan Ainon Mohd.  on  12/07  at  01:26 PM

Sdr MAL,

Saya suka dengan idea yang sdr kemukakan itu. Bagus sekali!

Nampaknya kita tubuhkan persatuan PPPM (Persatuan Penulis Profesional Malaysia) dengan semua mentee Sifu jadi ahli pelopornya!

Nanti kita tubuhkan seksi (section) bagi tiap-tiap genre penulisan.

Seksi Travelogue - Sheikh Alang (memangku Seksi Motivasi Polimgami)
Seksi Terjemahan Kreatif - Tuan Rastom
Seksi Novel Cinta Islami - ZA Imad
Seksi Novel Pahlawan Islam - Latip Talib
Seksi Novel Qurani - Norma Sir
Seksi Motivasi MLM - Tan Sri Arrazi Mansur
Seksi Buku Komputer - Fable Fox
Seksi Buku Kartun - Alif Firdaus
Seksi Sastera Rakyat - Alif Redzuan
Seksi Novel Air Mata - Engku Zainon
Seksi Thriller Remaja - Ashadi Zain
Seksi Novel Motivasi Remaja - Umi Ngah

Page 1 of 3 pages  1 2 3 >

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: