Sunday, July 05, 2009

Semua Buku dalam Siri ini Laku Keras Kecuali Buku ‘Senangnya Memasak Makanan Laut’ Ini

Sebanyak 15 judul akan terbit dalam siri "Senangnya Memasak..." Sampai saat ini 6 judul sudah terbit dan sudah berada dalam pasaran. Judul-judul lain sedang dalam proses percetakan dan akan berada di kedai-kedai buku sebelum bulan puasa.

Siri ini mendapat sambutan baik semasa mula-mula diperkenalkan dalam Pesta Buku ReadMalaysia yang baru lalu.

Editor siri ini adalah Cik Ashikin Wahid. Beliau memberitahu saya beliau telah melakukan pemerhatian tingkah laku pembeli. Beliau mendapati buku ini banyak dibeli oleh wanita Cina, kerana kebetulan majoriti pengunjung pesta ReadMalaysia masih merupakan kaum Cina.

Perkara kedua yang beliau perhatikan adalah para pembeli buku ini cenderung membeli semua judul yang ada, kecuali judul "Makanan Laut" ini.

Bagi mengetahui mengapa judul ini tidak dibeli, Cik Ashikin bertanya kepada salah seorang pembeli yang tidak membeli judul ini. Jawapan pembeli itu adalah, "Saya alergik seafood."

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS

Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bahasa Menyebabkan Filem P Ramlee Jln Ampas Evergreen, Filem P Ramlee Merdeka Studio Tidak Evergreen Previous entry: 500 Fiksyen Inggeris, 6000 Fiksyen Melayu

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: