Semua Kursus PTS adalah Terbuka dan Gratis
Masih ada lagi yang bertanya apakah syarat kelayakan masuk kursus PTS dan berapa yurannya.
Dimaklumkan sekali lagi, kursus-kursus anjuran PTS adalah percuma dan sesiapa sahaja yang mahu menjadi penulis PTS wajib menghadiri kursus-kursus PTS.
.
Dimaklumkan sekali lagi, kursus-kursus anjuran PTS adalah percuma dan sesiapa sahaja yang mahu menjadi penulis PTS wajib menghadiri kursus-kursus PTS.
.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Teringat kali pertama saya mengunjungi kursus PTS. Puan bertanya kepada saya, “Kenapa dulu tidak datang kursus PTS?”
Dan sebenarnya saya sendiri pada waktu itu baru tahu PTS ada membuat kursus walaupun hati sudah lama mendengar nama Puan Ainon.
Rasanya Puan Ainon kena tulis pada setiap pemberitahuan kursus yang ia adalah percuma. Sebab ramai yang bertanya-tanya akan bayarannya yang tidak dijelaskan.
Jarang ada kursus yang percuma!
——-
Saya pun kadang-kadang tersasul bertanya tentang bayaran untuk kursus di PTS. Bukan apa, orang suka buat kursus sekali dengan meniaga, kadang-kadang yuran macam tidak hendak bagi orang masuk saja.
Kak zalisa adalah orang yang bertangungjawab dalam meyakinkan saya untuk ke bengkel anjuran pts.
teringat lagi di mana saya telah mengunjungi blog kak zalisa dan tidak silap saya saya ada meletakkan nombor telefon saya di dalam blog saya, lalu kak zalisa menghubungi saya dan memuji salah atu cerita yang saya paparkan dalam blog, . terima kasih kak zalisa.
Salam semua,
‘Gratis’
wah, Sifu ini uslub Indonesia.
Terima kasih memperkayakan lagi perbendaharaan kata saya.
Post a comment