Tuesday, July 05, 2011

Apa Itu Sastera ‘Pelit’?

PTS menerbitkan siri novel yang disebut dengan istilah pelit (personal literature). Novel pelit ditulis dalam bentuk catatan diari watak utama.

Dalam siri pelit PTS, yang paling terkenal adalah siri Diari Mat Despatch karya Bahruddin Bekri, sasterawan muda paling popular dan paling produktif masa ini. Nama-nama lain adalah Aizam Aiman, Ahmad Fairoz Daud, Nia Imran, Natasha Effyzal dan Tie Maryam.

Siri Diari Mat Despatch mendapat sambutan baik dalam pasaran. Ia terkenal di kalangan Mat-Mat Despatch, sehingga mereka mula membaca!

Pada masa ini sektor fiksyen remaja sudah menjadi Laut Merah. Banyak penerbit memasuki sektor ini dan majoriti produk yang ditawarkan hampir serupa sahaja temanya dan gaya penceritaannya.

Penerbitan genre pelit adalah salah satu strategi survival bisnes PTS bagi membekalkan pelbagai bahan bacaan alternatif kepada penggemar fiksyen Melayu. Pembaca mahukan banyak pilihan.

Siri pelit PTS ditargetkan kepada golongan remaja. Ia dijual dengan harga murah supaya:

(i) Golongan yang berpendapatn rendah mampu membelinya.

(ii) Golongan yang malas membaca pun sanggup membacanya kerana ia kecil dan nipis sahaja.

Meskipun pelit PTS ditulis menggunakan gaya bercerita yang ringan namun kandungannya tetap memandaikan pembaca.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(1) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Buku-Buku PTS Masuk Semua 20 Cawangan Carrefour di Seluruh Negara Previous entry: Jadual Iklan Radio untuk Kempen Promosi Buku-Buku PTS Sempena Ramadhan
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/06  at  01:03 PM

Salam Puan Ainon dan warga kerja PTS. Semoga semuanya sihat dan ceria selalu.

Idea sebegini bagus sekali. Tiba-tiba saya teringat dengan penyanyi tersohor dan namanya dikenang hingga kini seperti Allahyarham P.Ramlee dan Allahyarham Sudirman. Mereka mencipta lirik dan lagu untuk semua golongan. Ada lagu untuk penjual ubat, ada lagu untuk golongan penganggur, basikal tua, dan bermacam lagi. Sungguh nostalgik. Kebaikannya sudah pastilah orang yang mendengar juga semakin meluas golongan pendengarnya. Mereka mendidik dan menghibur audiens dengan lagu-lagu mereka.

Betul seperti kata puan seperti yang terdapat dalam entri-entri sebelum ini, kena ikut cara penyanyi berkarya.
Terima kasih, wassalam.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.