Thursday, August 16, 2007

Sensitiviti Pegawai Kerajaan Terhadap Kereta Trainer

Apabila klien saudara adalah jabatan kerajaan, gunakan kereta yang lebih mahal sedikit sahaja daripada kereta milik pegawai latihan yang menguruskan sesi kursus saudara. Jika beliau memandu Wira, saudara bolehlah memandu Waja.

Simpan BMW saudara di rumah. Gunakan buat bawa isteri dan anak-anak makan angin, maklumlah trainer selalu out-station....

Jangan datang dengan memandu kereta saudara yang mahal, walaupun second-hand.

Kereta mahal menyakitkan mata dan hati pegawai latihan jabatan kerajaan, apatah lagi apabila kualiti kursus yang saudara kendalikan itu setakat cukup makan.

Mereka berasa saudara buat duit berlebih-lebihan, tidak padan dengan kualiti kursus saudara. Mereka berasa saudara tipu mereka, sebab kualiti kursus saudara setakat biasa-biasa, tetapi saudara tekan harga premium, sampai mampu beli kereta mahal.

Jaga hati dan perasaan pelanggan, kalau salah pilih kereta, memang itulah kali pertama dan terakhir saudara buat bisnes dengan mereka.

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Bisnes Training
(4) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Gosip Kontrak Pembelian Buku BTP Previous entry: Diskusi Quran Saintifik Di Alamanda Putrajaya Sabtu, 18 Ogos 2007
Denai  on  08/16  at  12:06 PM

Tahniah puan kerana berjaya membawa pelbagai isu dan menarik pelbagai golongan dan lapisan umur ke sini.
——-

fudzail  on  08/16  at  12:13 PM

Salam Puan SifuPTS,

Saya membaca 4 buah buku hari ini, ‘Memulakan Bisnes Sendiri’ oleh Puan SifuPTS, ‘Cerita saya’ Oleh Lim Goh Tong, ‘May 13’ kua Kian Soong dan ‘Dalam Ribuan Mimpi Gelisah’ Said Zahari, sepanjang turun naik LRT, bas, teksi dan jalan kaki dalam 10 km di KL. Untuk mencari ilham menulis buku…dan mengenal Malaysia hari ini secara dekat.

Tetapi membaca entri ini memberikan saya ilham lain pula untuk sebuah cerpen.

Tidak sangka begitu sekali tahap ‘budaya’ kita mengenai kereta dan trainer.

Tidak di Dubai, malah seorang kawan Melayu yang membuat bisnes sebagai trainer pun naik teksi sahaja ke mana-mana. Tiada siapa peduli kereta apa yang dia ada atau tiada!

Wallahualam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/16  at  05:15 PM

Assalamualaikum,

Sungguh ‘stress’ saya membaca entri-entri tentang kereta ini.

Sambil membaca saya bersyukur. Alhamdulillah perniagaan yang saya pilih ini, cara untuk menjaga dan meyakinkan pelanggan hanya dengan bahasa dan etika kerja yang baik. Tidak perlu ada benda-benda mewah yang perlu saya kumpulkan untuk mendapatkan pelanggan. Asalkan peralatan dan kelengkapan yang saya ada sesuai dengan apa yang mereka ada, sudah mencukupi.

Saya boleh jalan kaki, naik bas, naik teksi, pakai kereta buruk, baru, mewah atau biasa, mereka tidak peduli. Ada seorang penterjemah yang tinggal di sebuah kapal layar yang sedang mengelilingi dunia.

Mungkin dari segi baki di bank saya jauh tertinggal daripada yang berkereta mewah, namun adakah benar seseorang yang hartawan itu hanya boleh diukur sifat hartawannya dengan itu?

Apapun, saya memang suka melihat, menaiki, memandu dan membaca apa sahaja tentang kereta. Terutama jika kereta itu ada pemandunya dan saya duduk di belakang sebagai penumpang grin.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/17  at  01:31 AM

Assalamu’alaikum Puan Sifu.

Saya tertarik dengan ide menarik Cik Siti Hajar:

“Apapun, saya memang suka melihat, menaiki, memandu dan membaca apa sahaja tentang kereta. Terutama jika kereta itu ada pemandunya dan saya duduk di belakang sebagai penumpang grin.

Dalam maksudnya, bijak, bijak ...
Terima Kasih

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.