Tip Mempromosi Buku Sendiri dalam Pesta Buku

Sepanjang Pesta Buku Antarabanhgsi Kuala Lumpur 2011 yang lalu, banyak penulis PTS datang ke booth PTS bagi mengisi pelbagai aktiviti promosi di ruang yang tersedia.
Selesai aktiviti, banyak penulis yang terus mempromosi buku mereka dengan pergi lokasi di mana buku mereka dipamerkan dan mengambil peluang memperkenalkan karya mereka kepada pengunjung yang berminat.
Foto menunjukkan Tn. Muhammad Alexander (berkopiah) berdiri di tempat bukunya dipamerkan.
Apabila ada orang memegang buku itu, beliau memberi penerangan bahawa Yakjuj-Makjuj itu adalah manusia biasa, bukan makhluk lain.
Salah seorang yang mendengar penerangan beliau terus membeli 1,000 naskhah tunai, dan dia mahu semua naskhah itu dihantar ke stor beliau pada hari yang sama.....
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment