Strategi Pengembangan Bisnes PTS: Mengeksport Lesen Hakcipta ke Indonesia

PTS mempunyai strategi pembangunan bisnesnya yang dinamik. Selain meneroka pasaran di dalam negara, PTS juga sedang memandang ke luar.
Pasaran dalam negara adalah pasaran yang relatif 'kecil', oleh itu PTS aktif meneroka pasaran di luar negara.
Bagi memudahkan PTS mengkeport judul-judulnya ke Indonesia, PTS telah menubuhkan anak syarikat joint-venture dengan PT Mizan Grup, penerbit kedua terbesar di Indonesia. Anak syarikat itu adalah PTS Litera Utama Sdn. Bhd. yang sudah 4 tahun beroperasi.
Sehingga hari ini PTS sudah melesenkan hampir 100 judul terbitannya kepada beberapa penerbit utama Indonesia bagi diterbitkan semula di negara itu dalam Bahasa Indonesia.
Proses mengeksport judul-judul terbitan PTS ke Indonesia melibatkan sesi rundingan antara pegawai-pegawai PTS dan pegawai-pegawai dari syarikat penerbit di Indonesia.
Ada masanya PTS menghantar delegasi pergi ke ibu pejabat penerbit-penerbit Indonesia di Jakarta, Bandung dan Jogjakarta. Di sana pegawai-pegawai PTS memilih judul-judul mereka yang PTS berminat melesennya bagi diterbitkan semula sebagai edisi Malaysia.
Pada masa yang sama PTS memperkenalkan kepada mereka sampel buku-buku terbitan PTS yang sesuai diterbitkan semula di Indonesia.
Ada masanya penerbit Indonesia yang menghantar pegawai-pegawainya datang ke PTS.
NOTA: Foto di atas menunjukkan sesi negosiasi antara pegawai-pegawai PTS dan pegawai-pegawai PT Mizan Grup dari Bandung. Sesi negosiasi ini dijalankan di ibu pejabat PTS di Kuala Lumpur.
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Post a comment