Thursday, February 18, 2010

Populariti TVPTS

Tuan Izwan Ariff adalah eksekutif di jabatan marketing PTS yang menjadi penerbit rancangan-rancangan promosi buku-buku PTS di TVPTS. Siaran TVPTS mendapat sambutan yang baik.

Beliau melaporkan, sebanyak 10 siri kuliah sedang dan akan diterbitkan sempena Maulud Nabi yang akan datang. Sebanyak 4 siri video sudah pun dimuat naik ke siaran YouTube.

Siri pertama sudah pun disaksikan seramai 266 penonton dalam masa 6 hari.

Episod 1: http://www.youtube.com/watch?v=Th0DDZMVhUA

Di bawah ini adalah jumlah klik tontonan rancangan TVPTS yang tertinggi:

Rancangan  Diskusi Bersama Andea Hirata  -  13,057.

Rancangan Bersama Dato' Dr. Hj. Fadzilah Kamsah  -  12,184.

Pelancaran Buku 55 Silap Mata Mudah  -  6,418.

Rancangan Ain Maisarah, Aku Mahu ke New York  -  5,299.

Rancangan Dear Yayah The Diary  -  3,307.

Rancangan Leftenan Adnan  -  3,260.

Rancangan Hidup Bahagia dengan Poligami  -  2,571.

Nota: Dalam foto di atas Tuan Editor Syafiq Zulakifli sedang menyampaikan tazkirah untuk rancangan TVPTS khusus bagi siaran sepanjang musim perayaan ulang tahun kelahiran Nabi Muhammad. Tuan Syafiq adalah editor sastera jantan di PTS Fortuna Sdn. Bhd. Beliau lulusan Universiti al-Azhar dalam bidang syariah.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel Cinta Islami Terbaru dari PTS Previous entry: Lokasi Ideal bagi Membuka Kedai Buku

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.