Saturday, June 27, 2009

Setahun Selepas Sinopsis Lulus…......

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Kepada Puan Ainon Mohd. Moga dirahmati Allah serta dimurahkan rezeki buat puan dan semua warga PTS. Saya berdoa agar semua usaha dan cita-cita puan akan termakbul.

Nama saya (dirahsiakan). Pada 29 Mei 2008 saya sudah menghantar sinopsis novel berunsur sains fiksyen dan fantasi kepada pihak PTS. Sinopsis tersebut telah lulus pada 1 Jun 2008. Untuk makluman pihak puan, sehingga kini saya masih belum menerima sebarang maklum balas daripada pihak puan. Secara umumnya sudah melebihi satu tahun. Saya tidak mengetahui status sinopsis tersebut. Jadi, besarlah harapan saya untuk memohon kembali sinopsis tersebut daripada pihak puan untuk simpanan saya. Bagaimanakah caranya saya boleh mendapatkan kembali sinopsis tersebut? Adakah saya boleh menarik kembali sinopsis tersebut secara automatik kerana ia belum menjadi manuskrip lagi? Di sini saya lampirkan sinopsis tersebut untuk rujukan pihak puan.

Yang benar,
Mohd ZI

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(10) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Strategi RM10 bagi PTS Mengembangkan Sayapnya ke Bandar-bandar Kecil Seluruh Negara Previous entry: MPH Midvalley KL Menokok Ruang Buku Melayu 4000%
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/27  at  10:25 PM

Banyak bersabar…  Belum tiba masanya ia diterbitkan.  Ada banyak lagi skrip yang sudah dilulus dan disimpan.  Tunggulah masa ia disenarai pendek untuk diterbitkan.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/28  at  08:01 AM

Assalamualaikum Puan Sifu dan semua blogger.

Semoga Puan sihat dan selamat di bawah lindungan Allah.

Saya sendiri tidak pasti sebanyak mana kes-kes terpencil seperti ini berlaku dalam PTS. Walau bagaimana pun, saya berharap dan berdoa PTS terus maju dan maju untuk memandaikan bangsa.

Saya juga antara kes serupa seperti di atas. (serupa tapi tidak sama). Manuskrip saya (terjemahan Ibn Taimiyah, siap diterjemah dan binding) sudah dua tahun dihantar ke pejabat editorial (by hand), tapi hingga ke hari ini, tiada apa-apa tindakan susulan dari editor.

Walau bagaimana pun, saya tidak pernah prejudis pada PTS dan timnya… Saya tahu PTS bekerja keras menjaga kualiti buku-bukumya umtuk memandaikan bangsa. Takkan la kerana manuskrip saya itu tidak menjadi buku, saya tergamak membuang PTS dalam hidup saya atau memburuk-burukkannya. Oh, tidak sama sekali… Saya sayangkan PTS.

InsyaALLAH, ada mood menulis dan idea di hari-hari saya sudah tua sedikit, saya akan kembali menulis. Jika tidak menerbitkannya dengan PTS, mungkin dengan penerbit lain. Jika mood itu tiada, saya akan terus menjadi pembaca sahaja grin

Kepada calon-calon penulis yang lain, saya percaya PTS ikhlas menerbitkan buku-buku yang bagus mengikut strategi dan jadual berkala mereka yang tersendiri. Sekiranya tuan tidak dapat menunggu giliran yang lama, tuan boleh saja mengambil karya tersebut dengan cara yang baik dan mencari penerbit lain. Saya yakin, PTS tidak ada masalah dengan tuntutan tersebut.

Sekiranya tuan mahu juga menerbitkannya dengan PTS, mestilah bersabar menjadi mentee Puan Ainon sehingga terbit karya sulong dan bersabar menunggu giliran untuk karya tersebut dicetak. Kuncinya ialah sabar.(hal ini kerana PTS ialah penerbit ‘kuih tempah’)

Pilihan di tangan tuan.

Yang paling penting, hidup tanpa prejudis dan percaya bahawa Allah itu Ar-Razaq (Pemberi rezeki. InsyaALLAH hati tenang…

Sekian, wassalam.

Rafidah  on  06/28  at  02:56 PM

Salam kepada semua.

Didoakan individu yang menulis email yang dipaparkan kepada Pn.Sifu senantiasa berada di dalam kesejahteraan Ilahi.

Tn…

Sebenarnya apa yang dialami oleh tuan juga turut dialami oleh saya dan saya yakin mungkin juga ada penulis-penulis lain. Ada juga karya yang saya tulis sudah lengkap manuskripnya namun sehingga kini masih ada yang belum diterbitkan. Malah ada yang sudah menjangkau 2 tahun lebih.

Namun, tuan harus mengerti kadangkala memang setiap penulis mengharapkan karyanya segera diterbitkan. Tetapi kita sedia maklum, bahawa bilangan penulis di PTS semakin bertambah dan pihak PTS sendiri perlu melihat keadaan pasaran buku-buku yang perlu dipasarkan mengikut kehendak pembaca.

Jabatan editorial sendiri mempunyai jadual bagi semua karya-karya yang dihasilkan oleh penulis. Mereka memang berkeinginan untuk terus membantu karya setiap penulis diterbitkan namun semua penulis juga perlu memahami bahawa sistem giliran diwujudkan oleh pihak PTS untuk memastikan semua penulis mendapat hak yang sama.

Jika tuan mahukan kepastian, berhubung terus dengan pihak editor agar segala kekusutan dan pertanyaan tuan mendapat jawapan yang sewajarnya. Saya yakin mereka akan memberikan jawapan yang memuaskan kerana saya pernah menghadapinya. Mereka sentiasa memberikan kerjasama yang baik.

Saya menyatakan demikian bukan kerana ingin membela sesiapa namun ia adalah pengalaman saya sendiri. Cuma apa yang diharapkan dalam apa jua pekerjaan yang kita lakukan, kesabaran perlu ada dan saya yakin satu hari nanti tidak mustahil karya tuan akan diterbitkan dan jika sememangnya sudah tercatat rezeki tuan, mungkin karya itu akan menjadi bestseller. Setiap kesulitan itu pasti akan ada hikmah disebaliknya. Yakinlah!

Jangan berputus asa dan teruskan berkarya.smile

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  07:46 AM

Sdr. Mohd ZI,
Pada pandangan saya, jika sekiranya PTS telah meluluskan sinopsis, maka Sdra perlulah mula menulis manuskripnya. Berikan tarikh jangkaan bilakah ia akan siap, dan serahkan kepada PTS.

Kes manuskrip yang tidak diterbitkan setelah dihantar biasanya berlaku jika manuskrip itu ditulis tanpa sinopsis. Maksudya, seseorang itu menulis manuskrip dan terus dihantar ke PTS, tanpa berbincang dgn PTS sebelum ianya ditulis.

Ini pandangan daif dari insan yang daif.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/29  at  07:56 AM

Salam,

Semoga semua di dalam perlindungan Allah.

Saya rasa teruja untuk mengetahui apa jawapan pihak editorial PTS untuk kejadian di atas. Saya rasa ini bukan kali pertama emel sebegini dihantar kepada puan.

Sekiranya penangguhan kerana tidak cukup tangan, maka ini adalah satu kerugian pada pihak PTS sebenarnya. Mungkin sinopsis/manuskrip yang digajahputihkan ada potensi.

Sekiranya ini kerana sinopsis/manuskrip tidak memenuhi piawaian, maka agak kejam jika penulis dibiarkan sahaja tergantung tidak bertali! Mungkin lebih elok dinyatakan keputusan dan sebab. Boleh juga penulis baiki apa yang kurang, atau dijadikan pengajaran untuk hasil akan datang. Sekiranya manuskrip yang ditendang, penulis bolehlah menjaja ke penerbit lain. mana tahu ada yang berminat. Mungkin tidak seuntung jika diterbitkan PTS, tapi sekurang-kurangnya pulang modal penat yang diusahakan.

Kalau ditangguhkan kerana kes kuih tempah, penulis mungkin lebih mudah faham. Bukan kualiti yang menjadi pertikaian. Semangat menulis justru tidak luntur.

Mungkin bagus juga jika dikongsi bersama workflow/approval process untuk process pengeditan sinopsis/manuskrip. Kadang-kadang penulis pun bukanlah pandai sangat dengan proses pengeluaran buku.

Gantung tak bertali ini tak seronok. Ayat mungkin digula-gulakan tapi sebenarnya masih tak seronok. Tak best lah kena gantung tak bertali ni. Tak percaya tanya sahaja kakak-kakak di mahkamah syariah.

wassalam

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/30  at  10:17 AM

Assalamualaikum

Saya salah seorang editor PTS ONE. Saya memandang serius hal ini. Mengikut disiplin yang saya amalkan, kami akan memberitahu tarikh bila manuskrip itu bakal diterbitkan. Tidak kira sama ada ia diterbitkan dalam satu tahun ataupun tahun berikutnya.

Saya mewakili editor PTS, meminta Encik memberi email kepada editor berkenaan secara terus. Saya juga galakkan encik menyimpan nombor telefon editor sebagai kemudahan komunikasi.

Terima kasih kerana berminat menerbitkan karya di PTS.

mardihah  on  06/30  at  12:56 PM

Salam semua,

saya juga menghadapi situasi yang sama dengan saudara. Namun semengat saya tidak terus mundur begitu sahaja. Pernah juga saya emailkan kepada editor dan Pn Ainon mengenai manuskrip saya yang katanya lulus dan bakal diterbitkan pada Disember 2008. Ketika itu, hanya tuhan sahaja yang tahu, betapa saya penuh gembira. Namun, kerana beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan, editor memberi email dan minta bersabar. Fahaman saya, mestinya editor sedang bertungkus lumus menerbitkan banyak manuskrip. Bayangkan banyak manuskrip harus diteliti dan diterbitkan bag sebuah cita-cita murni kita semua. Kemudian saya terus bersabar dan terus bersabar sehingga minggu lepas editor menghubungi saya dan mengatakan akan membuat pruf dan saya menyemak novel berkenaan. Adakala, dalam menjadi penulis saya belajar banyak perkara yakni
sabar, tekun dan sentiasa berusaha. Rezeki itu pasti ada. paling penting hantarlah manuskrip yang enak pada pandangan mata dan berserta sinopsisnya sekali.

Salam raikan cinta,
Mardihah Adam.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/30  at  06:08 PM

Assalamualaikum.

Bagi tuan/puan yang mengalami masalah yang sama di atas, harap dapatlah mendampingi editor supaya editor-editor ini ingat kepada tuan/puan dan segera memberi respon yang baik.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  06/30  at  11:47 PM

Salam Buat Sifu dan rakan-rakan semua…

Setelah membaca diskusi kuliah ini beberapa hari.
Saya bersyukur kerana saya tahu bukan saya seorang yang terpaksa menghadapi rintangan-menerbitkan buku dengan PTS.

Tetapi seperti rakan-rakan lain di atas yang mendoakan tentang kesabaran, kesucian hati & keimanan kepada Allah dalam perkara ini. Saya juga begitu.
Walaupun sudah lebih dari setahun tarikh yang ingin diterbitkan tetapi saya tetap bersabar dan berterima kasih atas jasa baik kedua-dua editor PTS PRO yang pernah dan sedang menguruskan manuskrip buku saya itu.

Walaupun ada kalanya sepi tanpa berita tetapi EDITOR TETAP MEMAKLUMKAN perkembangan terbaru manuskrip saya itu terutamanya tentang penangguhan..


Jasa baik Sifu, En Roslan dan En Aizat amat saya hargai termasuk warga kerja PTS keseluruhannya.

Moga-moga Allah merahmati kita semua..

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/01  at  10:51 AM

Assalammualikum w.b.t,

Baru setahun? Manuskrip biasanya akan mengambil masa 2 tahun walaupun ia sudah siap ditulis. Proses mengedit juga akan mengambil masa dan kemudian jadual penerbitan yang padat. Lainlah jika kita sudah ada nama. Segala halangan akan diminimumkan sebab peminat sudah ternantikan buku terbaru kita.

Pengalaman melihat manuskrip menjadi buku adalah nikmat yang tidak terperi. Tetapi hanya seminggu sahaja lepas itu kita akan berhadapan pula dengan perasaan lain pula. Bagaimana khalayak menerima naskah yang kita hasilkan.

Jadi jangan lupa berdoa. InsyaAllah akan dipermudahkan.

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: