Setiap Bulan 2 Komik Malaysia
Dalam suatu temubual dengan editor pengurusan Siri KOMIK MALAYSIA, Tuan Wanzu, beliau memberitahu Sifu bahawa mulai bulan April 2008, PTS akan menerbitkan 2 buah komik sebulan, tiap-tiap bulan.
Jumlah ini akan dinaikkan menjadi 3 buah dan seterusnya 4 buah sebulan.
Penerbitan KOMIK MALAYSIA adalah secara konsisten setiap bulan dan mudah-mudahan berkekalan selagi ada bulan dan matahari.
Beliau juga memaklumkan bahawa salah satu strategi bisnes beliau adalah mengalihkan novel-novel terbitan PTS FORTUNA menjadi novel grafik dalam siri KOMIK MALAYSIA.
Menurut beliau lagi, hal itu dapat dilakukan dengan relatif mudah disebabkan novel-novel FORTUNA ditulis menggunakan teknik Surah Yusuf di mana dialog dan aksi sudah diterangkan dengan jelas, hanya tinggal memilih dialog dan aksi yang mahu dikomikkan.
Dalam menjalankan tugas-tugasnya, Tuan Wanzu menerima sokongan dan dukungan kuat daripada ahli-ahli PeKOMIK.
Hidup KOMIK MALAYSIA!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Alhamdulillah dan Tahniah!
Alhamdulillah.
Teringat artikel tentang komik dan dakwah dalam komik Alwan.
Semoga berjaya. Saya doakan.
Post a comment