Monday, December 06, 2010

Setiap Kali Selepas Majlis Penyampaian Hadiah, Orang Sastera Marah-Marah

Setiap kali, selepas diadakan majlis penyampaian hadiah sastera, baik Hadiah Sastera Perdana Malaysia (HSPM) mahupun Hadiah Sastera Kumpulan Utusan (HSKU), pastilah ada artikel dalam media perdana yang ditulis oleh orang sastera dengan nada kecewa dan marah-marah terhadap banyak isu sastera yang tidak memuaskan hati mereka. Tulisan Aznan Bakar adalah contohnya.

Salah satu isu lama yang tidak pernah selesai adalah karya-karya yang menang itu tidak ada di dalam kedai-kedai buku.

Ada banyak faktor yang menyebabkan karya yang menang tidak ada di dalam kedai buku. Antaranya faktornya adalah penerbit karya itu tidak mempunyai tangan pendegaran yang panjang dan besar dalam pasaran terbuka. Sebagai contoh adalah penerbit Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) yang tidak mengedarkan buku-buku terbitannya melalui kedai-kedai buku utama.

Dari sudut bisnes penerbitan, kemenangan dalam bentuk anugerah dan hadiah tidak menjamin karya itu akan laku dalam pasaran. Ini kerana faktor-faktor yang menyebabkan sesebuah karya itu menang hadiah tidak serupa dengan faktor-faktor yang menyebabkan sesuatu buku itu laku dijual dengan larisnya.

Panel hakim menggunakan kriteria mereka sendiri bagi memilih buku, manakala pembeli buku menggunakan kriteria lain.

Fenomena 'buku menang tetapi tidak laku' bukan hanya berlaku dalam dunia sastera Melayu. Di Amerika pun begitu juga. Majoriti karya yang memenangi National Book Award (Hadiah Buku Nasional) di USA tidak meningkat angka jualannya.

Yang pasti adalah anugerah dan hadiah-hadiah itu menaikkan status karya yang menang, dan sekaligus menaikkan status sang karyawan, meskipun tidak menjamin angka jualan buku yang menang itu akan naik.

Apa yang dapat dilakukan adalah, selepas memenangi anugerah dan hadiah, sebaiknya pengarang menulis judul-judul baru yang mempunyai ciri laku keras dalam pasaran.

Dengan memiliki status yang lebih baik dan dengan menghasilkan buku-buku baru yang memenuhi kehendak pasaran, maka barulah buku-buku baru itu laku keras. Apabila buku-buku baru laku keras, ia membantu penjualan buku yang telah menang anugerah dan hadiah itu.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Novel dalam Internet Memenangi Russian Booker Prize Previous entry: Novel ke-12 Abd. Latip Talib dalam Tahun 2010 dengan Judul 'Hijrah' Terbit Sempena Maal Hijrah

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.