Sunday, August 19, 2007

Si Bongkok Tanjung Puteri

Baca di Berita Minggu hari ini. "Si Bongkok Tanjung Puteri" adalah gelaran seorang pemuda cacat yang memimpin pasukan menentang penjajah Inggeris di Johor.

Novel sejarah ini adalah karya Abdul Latip Talib. Ini adalah novel sejarah beliau yang ke-6 dengan PTS FORTRUNA.

Beliau baru sahaja menyelesaikan novel ke-7nya "Sultan Muhammad al-Fateh", pahlawan muda belia yang berjaya mengalahkan penjajah Romawi di kota Costantinople, lalu menamakan kota itu Istanbul.

Kini Abdul Latip Talib sedang menuliskan sejarah bagaimana tentera Mongolia di bawah pimpinan Hulagu Khan, cucu Genjis Khan, berjaya menawan Baghdad.

Empat (4) buah novel Siri Pahlawan Islam beliau telah dilesen serentak oleh Jakarta.

Kita positif novel "Sultan Muhammad al-Fateh" dan "Hulagu Khan" juga akan dilesen oleh Jakarta.

Apabila itu berlaku, Abdul Latip Talib akan menjadi penulis Malaysia paling banyak bukunya diterbitkan di Indonesia!

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(11) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Pengaruh Sastera Klasik Previous entry: DBP+PTS+UPND = 1%
Riduan Khairi  on  08/19  at  09:25 AM

Tahniah PTS dan Tuan Latip Talib!
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/19  at  09:31 AM

Syabas dan tahniah kepada PTS dan Tuan Abdul Latip Talib. Semoga Allah memberi kekuatan kepada tuan untuk terus berkarya.

Alang Kelana  on  08/19  at  01:18 PM

Assalamu’alaikum Puan Sifu,

Tahniah, Pak Latip, tahniah…!

Syabas kepada team PTS!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/20  at  02:49 AM

Tahniah Pak Latip dan PTS!

Abang Long  on  08/20  at  03:09 AM

Assalamu’alaikum dan salam hormat buat Puan Sifu.

TAHNIAH diucapkan kepada Puan Sifu dan Tim PTS.
TAHNIAH juga buat Kekanda Abdul Latip.
Dan TAHNIAH kepada mereka yang telah memiliki Si Bongkok Tanjung Puteri.

Wassalam.

Puan Ainon Mohd.  on  08/20  at  04:19 AM

Tuan Latip,

En. Ashadi Zain menulis komen ucapan tahniah kepada Tuan, tetapi saya terpadam! Saya tersalah klik sewaktu memadam spam laman-laman cabul!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/20  at  04:32 AM

Tahniah Tuan Latip,

Saya mengharapkan buku-buku sebegini akan dibekalkan dan dipilih untuk menjadi koleksi pusat sumber dan perpustakaan di seluruh negara selain menjadi koleksi wajib peminat buku di negara kita.

Saya teringat koleksi perpustakaan desa di kampung saya, entah apa-apa koleksinya.

Salam hormat,
KS

Abdul Latip  on  08/20  at  04:47 AM

Assalamualaikum semoga Allah SWT memberi hidayah kepada kita semua.

Terima kasih kepada semua yang mengucapkan tahniah. Semoga memberi ransangan kepada kita semua untuk terus menulis dengan PTS.

Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada wargakerja PTS terutama Sifu Puan Ainon yang tidak jemu memberi motivasi kepada kita dan juga Editor-Editor PTS yang berkerja keras bagi membaguskan novel-novel terbitan PTS.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/20  at  08:09 AM

Tahniah Pak Latif dan saf PTS,

Semoga Allah mengurniakan kuasa yang superb kepada Pak Latif agar menguasai pemikiran generasi muda sekarang agar cintakan perjuangan pejuang Islam berbanding Superman dan yang sewaktu denganya.

Saya pasti menjadikan buku-buku hasil garapan Pak Latif di antara koleksi buku-buku berilmu yang saya dan ahli keluarga saya wajib membacanya.

Mya Marja  on  08/20  at  08:43 PM

Tahniah Tuan Latip dan Puan Ainon!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  12/03  at  07:56 AM

saya nak dapatkan skrip cerita ini
kepada sesaper yang sudi membantu

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.