Siapa Beli Buku PTS
Sempena pesta buku PBAKL, kita mengambil kesempatan menjalankan hitung kepala di booth PTS bagi mengetahui demografi pembeli buku-buku PTS.
Berikut adalah analisis kita:
a. 80% adalah pengunjung perempuan tetapi 40% sahaja yang membeli.
b. 60% adalah 25 tahun ke bawah.
c. 50% adalah pelajar sekolah menengah dan IPT.
d. Lelaki membeli buku bisnes, pengurusan, pembangunan diri dan rujukan universiti. 90% lelaki yang masuk booth membeli buku. 40% membeli lebih daripada 1 buku.
e. Pelajar sekolah menengah perempuan membeli buku-buku motivasi remaja, buku panduan berkasih sayang, dan novel teens.
f. Pelajar sekolah rendah perempuan membeli komik-komik ibadah dan novel teens.
g. Ibu-ibu muda membeli buku-buku parenting.
Kata seorang penerbit besar, “Kalau tidak ada perempuan, kita semua tutup kedai!”
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

alamak.. saya keluar statistik la pn ainon..
saya beli novel je..
“aku lelaki” lagu afdlin shauki
——-
orang perempuan jugalah yang paling ramai beli roti di kedai saya..
puan, sy dah ada dua produk PTS sebelum pesta lepas… saja nak bgtau…
Post a comment