Friday, October 24, 2008

Siapa Buat Untung Lebih

Di kalangan penulis yang sudah banyak menerbitkan buku pun ada yang yakin bahawa dalam bisnes buku para penerbit adalah pihak yang paling untung.

Logik penulis senang sahaja. Harga bukunya RM20. Royaltinya 10% iaitu RM2. Penerbit dapat 90% iaitu RM18!

Menggunakan logik begini banyak penulis yang menyimpan rasa tidak puas hati terhadap penerbit mereka. Mereka berasa perjanjian penerbitan yang ditandatangani dengan penerbit lebih menguntungkan penerbit. Inilah faktor yang menyebabkan ada penulis-penulis novel yang mengambil keputusan menerbitkan novel mereka sendiri.

Siapakah sebenarnya yang hidup bergantung pada jualan buku saudara?

Para pengedar menerima potongan antara: 35% - 45%.

Pencetak menerima: 25%.

Pengurusan syarikat penerbitan: pengangkutan, penstoran, penjualan dan editorial: 15%

Royalti yang diterima penulis: 5%, 7%, 10%, 11%

Margin untuk penerbit: 3% - 5%! (penulis mendapat lebih daripada penerbit!)

Mengapakah pengedar menerima 35% - 45% diskaun? Kerana pengedar pula terpaksa memberi antara 25% - 35% diskaun kepada pekedai buku dan 'runners'. Kedai buku pula memberi diskaun 10% kepada pembeli.

Jika penerbit hanya mendapat antara 3% - 5% margin, bunyinya macam tidak berbaloi melabur modal besar menubuhkan syarikat penerbitan.

Margin yang kecil itu adalah daripada sebuah buku. Penerbit yang besar menerbitkan ratusan, malah ribuan judul buku. Jumlah 5% daripada jumlah jualan ratusan judul setiap tahun adalah cukup bagi membolehkan penerbit hidup selesa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Fakulti Sains Penulisan
(2) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Surat Pilihan: Ikut Macam Artis Buat Previous entry: Bahasa Melayu di Bawah Pentadbiran Khalid Ibrahim
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/25  at  12:01 AM

Bagaimana pula dengan e-buku ?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  10/25  at  05:44 AM

Mungkin PTS boleh menyediakan beberapa pakej kepada penulis.

Di samping pakej seperti yang diterangkan di atas, mungkin boleh diadakan pakej yang lebih berciri berkongsi risiko dengan penerbit. Contoh, harga pencetakan dibahagi 2 antara penerbit dan penulis. Juga mungkin harga design cover, mana tahu penulis mungkin mahu mencuba pelukis2 freelance professional kegemaran seperti Aie, Tembakau, pakar2 dari laman sesawang Pergh.com dll. Pembahagian royalti justru harus berbeza. Perkongsian risiko juga boleh membabitkan aspek ‘expediting’ dan potong ‘que’.

Isu pengurusan seperti siapa punya kuasa veto rasanya juga penting dikenalpasti. Untuk mengelak kesan sampingan rasa syok sendiri penulis mentah/novice yang terasa harus diberi lebih kuasa hanya kerana konon mengeluar belanja.

Pendekatan sebegini ada bagusnya kerana:
1 - Meringankan beban modal pusingan di kalangan penerbit.
2 - Motivasi untuk penulis menghasilkan produk berkualiti, kerana mereka turut berkongsi risiko material dan bukan sahaja intelektual.
3 - Penulis lebih berpeluang untuk mendapatkan khidmat professional penerbit pilihan mereka.

Risiko pendekatan sebegini cuma, di pihak pengurusan, mungkin akan ada pilih kasih untuk memilih buku dengan pakej ‘kongsirisiko’, dan menganaktirikan pakej biasa.

Buku bukan seperti nasi. Orang ulang beli nasi berperisa sama. Tapi orang tidak ulang beli buku bertajuk sama. Mengurangkan keluaran buku bertajuk baru mungkin bukan sesuatu yang bijak dalam menghadapi zaman kegawatan ekonomi.
Saya bila ke kedai buku, biasanya saya akan cari tajuk baru untuk dibeli.

WaAllahu a’lam

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.