Friday, July 13, 2007

Siapa Dapat Duit Gadis Muda

Gadis-gadis muda menyumbang banyak kepada industri buku dan majalah dalam pasaran terbuka. Siapakah yang paling banyak berjaya mengambil wang dari dalam beg duit mereka?

Apabila perempuan muda masuk kedai buku, mula-mula dia akan pergi ke rak majalah hiburan.

Kemudian dia pergi ke rak novel cinta.

Kemudian dia keluar...

.

.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti : • Novel
(7) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Sedikit Ilmu yang Berguna Previous entry: Kemaraan POPULAR: Dapatkah David Melawan Goliath
.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  04:03 PM

Betul dan tidak syak lagi.Termasuklah pelajar-pelajar IPTA.
——-

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  04:26 PM

Assalamualaikum,

Pn Sifu,

Saya memang pernah terbaca artikel mengenai hasil suatu kajian yang mengatakan wanitalah yang merupakan pembeli utama buku dan majalah malah kaset atau album .

Majalah yang isinya mengenai wanita termasuk resepi dan fesyen apatah lagi kisah selebriti memang boleh memberikan keuntungan lebih lumayan meskipun bilangan majalah sebegitu agak banyak dalam pasaran.

Hal sebaliknya pula dengan majalah yang relevan dengan lelaki kerana lelaki `agak bakhil` dalam bab membeli tetapi mereka membacanya sambil berdiri di kaki lima kedai berkenaan.

Selain itu jika kita perhatikan album atau kaset pun kebanyakan pembelinya remaja perempuan. Lihatlah album artis berkumpulan wanita tidak segah artis berkumpulan lelaki sebab remaja perempuan sangat cepat `cair` dengan artis lelaki.
Maka merekalah pembeli utama album artis lelaki berkenaan.

Lebih terserlah, cuba lihat kesemua pemenang program realiti TV terutama Akademi Fantasia golongan yang mana memonopoli kemenangannya jika tidak lelaki kerana `kemaruknya` remaja perempuan sehingga sanggup menghabiskan wang ibu bapa untuk mengundi.

Justeru, setelah dikira jelas remaja dan wanita merupakan `sasaran` bagi penerbit buku atau majalah maka sediakan sahaja produk yang boleh `mencairkan` selera mereka itu.

Hai PTS, tiada impiankah untuk menerbit majalah pula?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  04:34 PM

Saya bersetuju sangat dengan idea yang menyarankan agar PTS menerbitkan majalah sendiri. Banyak manfaatnya.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  04:50 PM

En Adnan,
Saya salah seorang yang sanggup berdiri 2 jam dalam Popular untuk membaca buku dan majalah.

Buku Dale Carniege saya habiskan dalam masa sebulan sebelum membelinya tetapi buku Azizi Ali boleh dikatakan hampir kesemua sirinya saya habiskan dalam membaca dalam Popular sebelum membelinya kecuali buku Bersara Jutawan.


Buku-buku PTS?

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  04:58 PM

Pn sifu,

Ha.ha . tengok Sifu.. kan saya dah kata orang lelaki `kurang` minat membeli tapi masih mahu terus membaca macam Mr April ni…

Bijak dan jumat Mr April tapi lebih elok kita beli kerana kita boleh baca dengan lebih kusyuk. Boleh baca berulang-ulang malah boleh dijadikan rujukan.

Gunakan BMT!

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  07/13  at  05:07 PM

Bukan macam tu. Saya akan habiskan bacaan saya tu sebelum membelinya.

Samalah dengan buku PTS juga. Contohnya buku terbaru yang saya beli ialah Tukang Gunting Rambut….. Saya habiskan di Popular dulu baru saya beli.

Sekarang ini dalam poses membaca buku-buku John C Maxwell.

Perangai ni sebnarnya bermula dari sekolah rendah lagi.Saya suka layan perasaan membaca di kesibukan orang ramai.

Agaknya sebab tu salah satu Popular di Kuantan sudah tutup kedai!

Sebab mesti ada ramai lagi orang macam Mr April ke sana.

Riduan Khairi  on  07/13  at  08:37 PM

Bukan buku sahaja. Kuasa beli kaum wanita sama seperti kuasa undi pilihanraya. Melebihi kaum lelaki. Oleh itu, banyak sekali produk yang diiklankan ditujukan kepada kaum wanita. Bukankah begitu?

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Name:

Email:

Location:

URL:

Smileys

Remember my personal information

Notify me of follow-up comments?

Submit the word you see below: