Friday, July 31, 2009

Siapa di Sebalik PTS

PTS adalah sebuah syarikat pengeluar barangan konsumer, sama seperti Ramly Burger, Adabi Food, Kicap Kipas Udang dan banyak lagi syarikat pengeluar barangan konsumer yang produk-produk mereka dijual di semua rangkaian supermarket. Bezanya, PTS mengeluarkan buku, manakala produk PTS dijual di semua rangkaian 'supermarket buku'.

Pada hari ini jumlah anggota staff sepenuh masa PTS sudah 82 orang dan nilai pasaran jualan buku-buku PTS bagi tahun 2008 adalah RM27 juta (yakni, sebelum diskaun kepada agen), manakala target bagi tahun 2009 adalah RM30 juta. PTS akan menambah jumlah staff menjadi 100 orang pada akhir 2009, selaras dengan targetnya menerbitkan 450 judul baru pada tahun 2010. 

Pada hari ini PTS adalah penerbit buku komersial tempatan yang paling aktif dalam pasaran, dengan menerbitkan 30 judul baru sebulan dan mengulangcetak 50 judul setiap bulan.

Saham PTS dimiliki 100% oleh adik-beradik kepada Chairmannya, yakni ia benar-benar milik Bumiputera 100%. Mereka adalah Ainon Mohd. (Chairman PTS), Abdul Aziz Mohamad, dan Arifin Mohamad.

Semua staff PTS adalah Bumiputera, kecuali seorang wanita India yang menjaga kebersihan bangunan.

Buku-buku PTS dipamerkan di semua rangkaian kedai buku elit dan kedai-kedai buku indie yang terkenal di kawasan masing-masing.

Jumlah penulis yang menerbitkan karya mereka dengan PTS sudah hampir 400 orang. Pada masa ini setiap tahun PTS membayar lebih RM1 juta dalam bentuk royalti kepada mereka.

PTS juga memiliki sijil dari Kementerian Kewangan yang mengesahkan bahawa PTS adalah syarikat yang bertaraf 'Bumiputera' dan layak menjadi kontraktor pembekal buku kepada kerajaan. Namun PTS tidak masuk tender kerajaan. PTS hanya menjual buku-bukunya kepada mana-mana kontraktor yang mendapat tender kerajaan. Pada masa ini 90% perolehan PTS adalah melalui jualan buku-bukunya dalam pasaran terbuka di kedai-kedai buku.

PTS mempunyai harta dalam bentuk bangunan ibu pejabatnya yang dibeli pada nilai RM5.7 juta, dengan nilai pasaran semasa RM7 juta.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(5) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Bagaimana Buku-Buku Melayu untuk Remaja Membodohkan Remaja Previous entry: Bagaimana Penulis PTS Membelanjakan Royaltinya
Iskandar  on  08/01  at  10:32 AM

Salam Puan Ainon,

Saya ada berbual pendek dengan wanita India itu.Rajin beliau bekerja mencuci koridor PTS semasa saya datang mengambil buku baru-baru ini.

razifembi  on  08/03  at  07:40 AM

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya adakah terdapat sebuah buku yang bertajuk ibnu battuta yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa melayu baru-baru ini.

adakah buku ini turut dijual di sini.

Terima kasih.

MBA  on  08/03  at  03:16 PM

Tuan razifembi;

Buku pengembaraan Ibnu Batuta ada diterjemah dan diterbitkan oleh DBP.

.(JavaScript must be enabled to view this email address)  on  08/06  at  03:49 PM

Salam Puan Ainon.
Nak tanya, kalau tak silap Tuan Arifin Mohamad ada mengusahakan sebuah Chalet peraginan di kawasan Janda Baik. Benarkah?

SifuPTS  on  08/06  at  09:55 PM

Tuan Adli,
Ya benar. Ini blog chalet itu sakinahriverlodge.blogspot.com

Page 1 of 1 pages

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.