Saturday, October 08, 2011

Ciri-Ciri Psikologi ‘Remaja Awal’?

Remaja yang berusia antara 10 – 14 tahun dikategorikan sebagai remaja awal.

Mereka sudah dapat membaca dengan cepat, perbendaharaan kata yang mereka kuasai sudah banyak, dan IQ mereka sudah tinggi, oleh itu mereka juga sudah berfikir dan membuat penilaian secara kritikal.

Daripada sudut membaca, mereka sudah mula mahukan bahan-bahan bacaan yang kompleks isinya dan mengandungi maklumat-maklumat baru di luar buku-buku liputan buku teks dalam bidang-bidang yang mereka minati. Pada usia ini mereka sudah mempunyai angan-angan tentang apa yang mereka ingin lakukan apabila mereka dewasa nanti.

Daripada sudut emosi, pada usia ini mereka sudah mula tertarik dengan kaum yang satu lagi, dan sudah mempunyai konsep mereka sendiri tentang ciri-ciri pasangan yang ideal bagi mereka. Maka tidak hairanlah apabila remaja awal perempuan menjadi pembeli dan pembaca kepada novel-novel cinta.

Buku-buku yang diminati oleh kelompok ini sudah serupa dengan buku-buku yang dapat dinikmati oleh pembaca lebih dewasa. Sebagai contoh, siri Harry Porter dinikmati oleh remaja awal dan juga dewasa. Faktor ini menyebabkan siri Harry Porter diterbitkan dengan dua wajah. Satu design kulit bukunya menggunakan wajah yang sesuai dengan remaja awal manakala satu lagi wajah menggunakan wajah untuk pembaca dewasa, tetapi isinya serupa.

 

-------------------------------------------
Nota Kuliah:

Puan Ainon Mohd.'s avatar

Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Dalam Kategori/Fakulti :
(0) Diskusi Kuliah | Permalink
Next entry: Top 200 Jualan September 2011 Berdasarkan Jumlah Unit Terjual Previous entry: 600 Judul Buku Terbitan PTS Dipilih Memasuki Pasaran Buku Awan

Post a comment

Commenting is not available in this weblog entry.