Tip Survival Penerbit: Siapa Membeli Buku Kanak-kanak
Buku kanak-kanak dibeli oleh ibu-ibu, bukan oleh kanak-kanak. Saya pernah melihat dengan mata kepala saya sendiri bagaimana seorang kanak-kanak berusia 4 tahun beria-ia mahu membeli buku Bacakan Saya Satu Cerita, tetapi sampai habis ibunya tidak mahu membelikan buku itu.
Justeru, apabila menulis dan menerbitkan buku kanak-kanak, yang perlu diberi tumpuan adalah keperluan ibu-ibu, bukan keperluan kanak-kanak.
Jadi, fahami apa yang dicari oleh ibu-ibu apabila mereka memilih buku untuk kegunaan anaknya.
Buku yang dipilih oleh ibu-ibu belum tentu disukai oleh anaknya, jadi banyak buku pilihan si ibu tidak dibaca oleh si anak. Apabila ini berlaku, dari sudut bisnes ia menguntungkan sebab buku itu sudah terjual.
Tetapi, apabila si anak tidak suka, lain kali si ibu pun tahu, jadi dia tidak akan membeli lagi buku seperti itu sebab ia cuma merugikannya sahaja.
Justeru, buku kanak-kanak MESTI disukai oleh si ibu dan juga si anak!
-------------------------------------------
Nota Kuliah:
Puan Ainon Mohd
Presiden,
Universiti Terbuka PTS
.(JavaScript must be enabled to view this email address)
Hakcipta Terpelihara Universiti Terbuka PTS 2006

Salam Puan Sifu. Maaf dipohon terlebih dahulu; saya ingin menyatakan pendapat ikhlas saya.
Saya melihat keengganan ibu tadi membelikan anaknya buku BSSC bukan kerana tidak memenuhi citarasa ibu tetapi kerana harganya yang mahal.
Oleh kerana buku tersebut dibuat dengan sedemikian rupa; kulit keras berspan, kertas berkilat dan ilustrasi berwarna-warni, maka harganya meningkat tinggi. Buku itu mempunyai nilai cerita yang disukai oleh ibu dan anak tetapi kos menjadikannya suatu halangan. Saya berani berkata begini kerana saya telah menjual buku tersebut lebih dari 90 naskah secara peribadi. Jika bukan kerana kosnya yang tinggi lebih ramai yang ingin memilikinya.
Post a comment